Pejabat Laut Port Dickson

Pejabat Laut Port Dickson Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Laut Port Dickson, Public & Government Service, Port Dickson.

Laman ini merupakan inisiatif Kakitangan Pejabat Laut Port Dickson bagi mengemaskini segala aktiviti, program, masalah teknikal dan hal lain-lain berkenaan Pejabat Laut Port Dickson kepada umum.

03/01/2026

Negeri Sembilan Sedia Terima Pelancong Perubatan

PORT DICKSON–Enam buah hospital swasta di negeri ini bersedia menerima kehadiran pelancong perubatan terutamanya dari negeri jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, kesemua hospital kini sudah membuat pelbagai persiapan termasuk menambah fasiliti serta banggunan dalam menyokong hasrat Kerajaan Negeri menarik pelancong perubatan.

β€œIni sasaran kita kerana banyak pelancong dari luar sudah mula datang ke negara ini semata-mata untuk menjalani rawatan kesihatan. Buat masa ini, kita sasarkan negara jiran dahulu kerana lebih mudah,β€œKami akan adakan lebih banyak misi jualan ke negara jiran dan juga Kemboja,” katanya kepada pemberita selepas menyambut 163 pelancong dari Indonesia sempena Kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dan Negeri Sembilan di Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Jeti Penumpang Port Dickson merupakan antara 55 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di kesemua 13 negeri di negara ini sempena sambutan serentak pelancong, Dalam pada itu, Nicole menyatakan, Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 25 juta pelancong domestik dan juga antarabangsa dengan 60 peratus daripadanya adalah dari pelancongan pantai di daerah ini, 30 peratus p**a eco pelancongan dan 10 peratus pelancongan warisan.- KOSMO! ONLINE

Sumber Daripada:-https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/negeri-sembilan-sedia-terima-pelancong-perubatan/?

Program Welcoming Visit Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 turut diadakan di Terminal Penumpang Antara...
03/01/2026

Program Welcoming Visit Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 turut diadakan di Terminal Penumpang Antarabangsa Port Dickson pada 1/1/26

24/01/2025 JumaatKelab Rekreasi dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson telah menganjurkan Majlis solat sunat Dhua dan T...
27/01/2025

24/01/2025 Jumaat

Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson telah menganjurkan Majlis solat sunat Dhua dan Taubat
Bacaan Yasin dan Tahlil kepada ahli keluarga sahabat handai yang telah tiada
Bacaan Doa Selamat sempena keberangkatan kakitangan Pejabat Laut Lort Dickson En Hairilathaila Bin Anuar ke tanah suci menunaikan Umrah

Solat sunat diimamkan oleh pengerusi Encik Mohd Hakim Bin Che Mohd Nor selaku pengerusi kelab.

Juga disampaikan sedikit sumbangan dari kelab serta rakan-rakan kepada En Hairilathaila Bin Anuar.Selamat menunaikan umrah dan semoga mendapat umrah yang mabrur.Amin

Mesyuarat agung kali ke 4 bagi tahun 2024 Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson telah diadakan pada 13 ...
17/12/2024

Mesyuarat agung kali ke 4 bagi tahun 2024 Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson telah diadakan pada 13 Disember 2024 (Jumaat).

Mesyuarat dirasmikan oleh pengerusi Encik Mohd Hakim Bin Che Mohd Nor selaku pengerusi kelab.

Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai perlantikan Setiausaha dan AJK Kebajikan yang telah berpindah, aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2024,pembentangan kewangan tahun 2024 dan juga cadangan untuk aktiviti kelab bagi tahun 2025.

Tahniah diucapkan kepada Setiasusaha dan AJK Kebajikan yang baru

Setiausaha : En Putera Ameerul Adha Bin Zakaria menggantikan En Dinesh A/L Ramasamy

AJK Kebajikan : En Farid Bin Ashaari menggantikan
En Arezza Bin Mohammad Nor

25/10/2024JumaatPejabat Laut Port Dickson mengadakan bacaan yasin, solat hajat dan solat dhua diketuai oleh En Mohd Abdu...
26/10/2024

25/10/2024
Jumaat

Pejabat Laut Port Dickson mengadakan bacaan yasin, solat hajat dan solat dhua diketuai oleh En Mohd Abdul Hakim bin Che Mohd Nor selaku Ketua Pejabat Laut Port Dickson bersama kakitangan pejabat laut dan pekerja pembersihan.

Setinggi - tinggi tahniah diucapkan dr kami semua warga kerja Pejabat Laut Port Dickson.
09/10/2024

Setinggi - tinggi tahniah diucapkan dr kami semua warga kerja Pejabat Laut Port Dickson.

30 Sept 2024Jamuan Makan Malam Kelab Dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson meraihkan kakitangan yang berpindah.Selamat...
03/10/2024

30 Sept 2024
Jamuan Makan Malam Kelab Dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson meraihkan kakitangan yang berpindah.

Selamat bertugas di tempat baru En Arezza dan En Dinesh
Selamat maju jaya di masa hadapan dan semoga ikatan ukhwah kita kekal berpanjangan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 67 Malaysia Madani:Jiwa MerdekaMerdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ
30/08/2024

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 67

Malaysia Madani:Jiwa Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ




Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson Bil 2/2024.Mesyuarat telah dipengerus...
02/08/2024

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Pejabat Laut Port Dickson Bil 2/2024.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Mohd Abdul Hakim selaku Pengerusi Kelab.

Antara agenda yg dibincangkan adalah mengenai hala tuju dan perancangan kelab dan mengenai persiapan atlit ke Sukan Jabatan Laut Malaysia yg akan diadakan di Sabah pd thn ini.

12/06/2023Kapal milik Jabatan Laut Malaysia MV Polaris sedang menjalankan pengujian alatan Fire Fighting yang bertujuan ...
12/06/2023

12/06/2023

Kapal milik Jabatan Laut Malaysia MV Polaris sedang menjalankan pengujian alatan Fire Fighting yang bertujuan memadamkan kebakaran kapal semasa di laut.

Kapal ini akan terlibat di dalam Demonstrasi Taktikal Menyelamat Teknik Fast Roping dan Winching pada 14/06/2023 sempena Majlis Peluncuran Projek Katalis Lembah Wawasan Malaysia 2.0 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bertempat di Kawasan Lapang, Pantai Baru 1, Port Dickson. Orang ramai dijemput hadir ke Majlis ini bagi memeriahkan Majlis ini dan menyaksikan demonstrasi yang akan dijalankan.

Jom sertai kami!!
26/08/2022

Jom sertai kami!!

KURSUS FAMILIARISASI PENGAMAL PERUBATAN

Pengamal Perubatan yang telah dilantik oleh Jabatan Laut Malaysia atau mana-mana pengamal perubatan dengan permohohan baharu.

Pendaftaran kini dibuka bagi penyertaan Kursus Familiarisasi Pengamal Perubatan. Sila klik pada pautan di bawah untuk pendaftaran.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

MEDICAL PRACTITIONERS FAMILIARIZATION COURSE

Dedicated to any professional medical practitioner who has applied or has been officially/temporarily approved by the Marine Department Malaysia.

The Medical Practitioner Familiarization Course is currently accepting the registration of participants. To register, please click the link below.

https://forms.gle/vpiVZipKkida5ycS9


Kenali rumah api Tanjung Tuan dengan lebih dekat sempena sambutan hari terbuka rumah api Tanjung Tuan.Orang ramai dijemp...
05/08/2022

Kenali rumah api Tanjung Tuan dengan lebih dekat sempena sambutan hari terbuka rumah api Tanjung Tuan.
Orang ramai dijemput hadir.

Address

Port Dickson
71000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066477993

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Laut Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Laut Port Dickson:

Share