06/03/2026
5 Mac 2026 | Khamis | 10am
BENGKEL PEMANTAPAN JPKK DAERAH PORT DICKSON DAN KEMPEN SIFAR PLASTIK 2026
Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan peranan JPKK sebagai penggerak pembangunan komuniti di peringkat akar umbi bersama agensi kerajaan.
Pengisian bengkel ini antaranya perkongsian daripada pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Perhilitan, KKDW, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kemajuan Masyarakat, AADK serta agensi berkaitan lain.
Program ini telah dirasmikan oleh YB DATO' HAJI MOHD FAIZAL BIN RAMLI, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Adun Linggi . Turut hadir bersama Pegawai Daerah Tanah Port Dickson Ybhg Puan Nurhazelin binti Makli.