Rejimen Kedua Kor Armor Diraja

Rejimen Kedua Kor Armor Diraja Sejarah Rejimen ini bermula dengan penubuhan Rejimen Kereta Perisai Persekutuan (FACR) pada 1 Sep 1952

Sejarah Rejimen ini bermula dengan penubuhan Rejimen Kereta Perisai Persekutuan (FACR) pada 1 Sep 1952 dan Batalion Pertama, Rejimen Persekutuan (Federation Regiment) pada 16 Dis 1953. Apabila kedua-dua pasukan ini digabungkan pada 1 Jan 1960 dan ditukar namanya kepada Rejimen Peninjau Persekutuan (Federation Reconnaisance Regiment), rejimen ini ditukar nama kepada Rejimen Kedua Peninjau Persekutu

an (Second Federation Reconnaisance Regiment). Pada awal Ogos 1960, Lt Kol R F Nixon telah mengambil alih sebagai Pegawai Memerintah dan Lt Kol Bennet telah mengambil alih daripada beliau dan memerintah rejimen mulai 1962-1964. Pada 24 Okt 1963, rejimen dianugerahkan Panji-panji Agong oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Berek Sunggala, Port Dickson. Rejimen ini telah pun ditugaskan untuk melaksanakan tugas operasi di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Kejayaan rejimen ini di Tawau, Sabah ialah membunuh seorang dan menangkap 7 Indonesian Border Terrorists (IBTs). Pada Okt 1964, rejimen ini telah pun ditugaskan untuk melaksanakan operasi di Singapura apabila tercetusnya perkelahian kaum. Lt Kol Zain Hashim mengambil alih jawatan Pegawai Memeriantah dan pada pertengahan 1965 beliau menyerahkan tugasnya kepada Lt Kol Asna bin Mohamad Sutan. Pada penghujung 1965, rejimen ini berpindah ke Kem Batu Lima, Mentakab, Pahang. Rejimen ini seterusnya terlibat dalam 'EX DAMAK' pada tahun 1966, 'EX BERSAMA' pada tahun 1967 dan 'EX IKUTAN' pada tahun 1968. Pada tahun 1969, rejimen ini sekali lagi berpindah ke Kem Batu 10, Kuantan, Pahang. Lt Kol Lim Eow Swee mengambilalih jawatan Pegawai Memerintah daripada Lt Kol Asna bin Mohamad Sutan pada penghujung Januari 1969. Seterusnya Lt Kol Idris Othman Merican mengambilalih daripada Lt Kol Lim Eow Swee pada Feb 1970. Rejimen ini kekal di Kem Batu 10, Kuantan sehingga Dis 1981 di mana ianya berpindah ke Kem Penrissen, Kuching, Sarawak. Di Sarawak, rejimen ini telah melaksanakan pelbagai operasi termasuk 'OP JALA AMAN' dimana 2 anggotanya terkorban pada tahun 1983. Pada Dis 1985, rejimen ini telah berpindah ke Kem Sunggala, Port Dickson. Rejimen ini telah sekali lagi diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama MALBAT II mulai 22 Ogos 1995 hingga 27 Mac 1995 dan bersama MALCON II IFOR mulai 10 Jun 1996 hingga 24 Dis 1996.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŠπ‡π”π“ππ€π‡ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ„π“πˆπ†π€ πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆ...
07/11/2025

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŠπ‡π”π“ππ€π‡ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ„π“πˆπ†π€ πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„-πŸ’πŸ—.

Port Dickson: Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja (2 KAD) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khubah Khas Solat Jumaat Sempena Hari Ulang Tahun Divisyen Ketiga Infantri Malaysia ke-49 bertempat di Surau Al-Hidayah, 2 KAD, Kem Sungala pada 7 November 2025.

Majlis telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah 2 KAD bersama 20 Peg dan 235 Anggota LLP dimulakan dengan bacaan Yasin diikuti dengan Tahlil dan seterusnya Khutbah Khas yang bertajuk β€˜Gabungan Penggempur Aspirasi Malaysia MADANI’ serta Solat Jumaat secara berjemaah yang dipimpin oleh Kapt Muhammad Nazir Shauqy bin Zulkefely, Pegawai Agama Pasukan.

Terdahulu, Khatib mengingatkan para jemaah untuk memperbaharui Iltizam untuk bersatu hati dalam membentuk gabungan penggempur terbaik demi menentukan kelangsungan jaminan keselamatan yang konsisten kepada negara dan rakyat jelata, menerusi pelaksanaan tanggungjawab dengan professional, dedikasi dan ikhlas.



π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘ π—žπ—˜π—§π—œπ—šπ—” π—œπ—‘π—™π—”π—‘π—§π—₯π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—¬π—”π—‘π—š π—žπ—˜-𝟰𝟡 Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Rej...
01/11/2025

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘ π—žπ—˜π—§π—œπ—šπ—” π—œπ—‘π—™π—”π—‘π—§π—₯π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—¬π—”π—‘π—š π—žπ—˜-𝟰𝟡

Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja (2 KAD) mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Ke-49 buat seluruh warga Semerah Sehitam.

Semoga sambutan Hari Ulang Tahun yang diraikan pada setiap 1 November ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan Divisyen Gabungan Penggempur, serta menaikkan semangat juang dan kesatuan dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta.




ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π ππ€πŠπ€π‘ 𝐉𝐋𝐉 π‘π„π‰πˆπŒπ„π πŠπ„-𝟐 πŠπŽπ‘ π€π‘πŒπŽπ‘ πƒπˆπ‘π€π‰π€ (𝟐 πŠπ€πƒ)Pemeriksaan Pakar JLJ Tahun 2025 selama 5 hari bermula 27 seh...
31/10/2025

ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π ππ€πŠπ€π‘ 𝐉𝐋𝐉 π‘π„π‰πˆπŒπ„π πŠπ„-𝟐 πŠπŽπ‘ π€π‘πŒπŽπ‘ πƒπˆπ‘π€π‰π€ (𝟐 πŠπ€πƒ)

Pemeriksaan Pakar JLJ Tahun 2025 selama 5 hari bermula 27 sehingga 31 Oktober 2025 telah dilaksanakan di kawasan Kem Sungala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pemeriksaan ini telah diketuai oleh Lt Kol Mohd Suhaimi bin Ta’at bersama 2 orang Peg dan 14 anggota LLP.

Proses pemeriksaan ini dimulakan dengan πΈπ‘›π‘‘π‘Ÿπ‘Žπ‘›π‘π‘’ 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘀𝘦 melalui taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 2 KAD, Lt Kol Ahmad Faisal bin Muda kepada Tim Pemeriksa.

Selesai taklimat, Tim Pemeriksa melaksanakan pemeriksaan dokumentasi dan fizikal terhadap Kenderaan Jenis A dan B, senjata, alat pelbagai, instrumen serta alat elektronik. Pemeriksaan Pakar JLJ merupakan rutin pemeriksaan yang dilaksanakan terhadap setiap pasukan bertujuan bagi memastikan semua peralatan di bawah tanggungjawab pasukan berada dalam keadaan berfungsi dan diselenggara dengan baik. Pemeriksaan ini turut berperanan sebagai langkah pencegahan terhadap sebarang kemungkinan penyalahgunaan atau kecuaian dalam pelaksanaan penyelenggaraan Kenderaan Jenis A dan B, senjata, alat pelbagai, instrumen serta alat elektronik dilaksanakan mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Pemeriksaan telah diakhiri dengan sesi 𝘌𝘹π˜ͺ𝘡 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘀e yang telah diadakan di Bilik Gerakan Pasukan bagi membentangkan hasil pemeriksaan kepada pasukan. Pembentangan disampaikan oleh Ketua Tim Pemeriksa dan majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Pemerintah kepada Ketua Tim serta seluruh ahli Tim Pemeriksa.


π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ 𝟐 πŠπ€πƒSeluruh Warga Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja (2 KAD) merakamkan setinggi-...
30/10/2025

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ 𝟐 πŠπ€πƒ

Seluruh Warga Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja (2 KAD) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Memerintah 2 KAD, Lt Kol Ahmad Faisal bin Muda, atas pengurniaan Pingat Kesatria Angkatan Tentera (KAT).

Penganugerahan berkenaan telah disempurnakan sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) pada 30 Oktober 2025 bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.


𝟐 πŠπ€πƒ π“π„π‘π‹πˆππ€π“ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘π€π ππ€ππ‰πˆ-ππ€ππ‰πˆ πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† 𝐃...
23/10/2025

𝟐 πŠπ€πƒ π“π„π‘π‹πˆππ€π“ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘π€π ππ€ππ‰πˆ-ππ€ππ‰πˆ πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† π‘π€πŒπƒ, πŠπ€πƒ 𝐃𝐀𝐍 π“π”πƒπŒ

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan bercemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kor Armor Diraja (KAD) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi dan melibatkan empat detasmen dengan kekuatan seramai 34 pegawai dan 472 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada RAMD, KAD dan TUDM.

Istiadat Perbarisan yang bersejarah ini telah melibatkan seramai 8 Pegawai dan 85 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja (2 KAD) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Ahmad Faisal bin Muda, Pegawai Memerintah 2 KAD selaku Ketua Perbarisan KAD dan turut diiringi oleh Pancaragam Pusat KAD yang diketuai oleh Kol (DOM) Zaiful Azman bin Zainul Abidin.

Setelah lebih dua dekad berlalu, Kor Armor Diraja telah melakar sejarah dalam melaksanakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak 18 November 2000 dan 2 KAD sebagai π»π‘œπ‘šπ‘’ π‘œπ‘“ π‘‘β„Žπ‘’ π΅π‘™π‘Žπ‘π‘˜ π΅π‘’π‘Ÿπ‘’π‘‘ sekali lagi meneruskan legasi kecemerlangan, keutuhan tradisi serta kesetiaan yang kekal abadi kepada Raja dan Negara.

Dalam perbarisan penuh istiadat ini, Pegawai dan Anggota 2 KAD telah melakar kebanggaan sebagai Pengawal Pengiring Detasmen Pertama bersama elemen gabungan RAMD dan TUDM, diikuti Detasmen Ketiga yang turut melibatkan Pegawai dan Anggota 2 KAD sebagai No.3 Pengawal Perbarisan.

Perbarisan yang dilaksanakan dengan penuh disiplin, ketelitian serta keunggulan ini menampilkan barisan Pegawai dan Anggota 2 KAD di mana Mej Nik Ahmad Faiz bin Nik Arzami @ Nik Azmi selaku Penolong Ketua Perbarisan, Mej Khairusthani bin Mohamad, Ketua No.3 Pengawal, Mej Muhammad Zulhelmi bin Muhammad Isa, Pegawai Logistik, Lt Muhammad Farris Danial bin Mohd Munir, Pegawai Panji-Panji Lama, Lt Ahmad Farhan bin Abd Ghapar, Pegawai Panji-Panji Baru, PW I Muhammad Aqbal bin Samludin, SMR Panji-Panji Lama dan PW II Muhammad Azwan bin Harun selaku Rejimen Kuartermaster.

Turut sama hadir menghadiri istiadat gilang-gemilang ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, bersama Panglima-Panglima Perkhidmatan, yang turut mengiringi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepanjang istiadat perbarisan ini berlangsung.


π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πƒπ„π„ππ€π•π€π‹πˆ Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja mengucapkan selamat ...
19/10/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πƒπ„π„ππ€π•π€π‹πˆ

Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.

Semoga cahaya Deepavali kali ini diraikan penuh kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran dan menyinari semangat perpaduan dalam suasana harmoni, hormat menghormati serta penuh toleransi.


π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ„π“πˆπ†π€ πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€Pegawai Memerintah dan Seluruh Warga Rejimen Ke-2 Kor ...
16/10/2025

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ„π“πˆπ†π€ πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Pegawai Memerintah dan Seluruh Warga Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Angkatan Tentera (P.S.A.T.).

Penganugerahan berkenaan telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (D.K.A.T.) Tahun 2025, pada 16 Oktober 2025 bertempat di Istana Negara.




Address

Rejimen Kedua Kor Armor Diraja
Port Dickson
71050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen Kedua Kor Armor Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category