26/08/2026
PROGRAM INSPIRE I-TALENT 2026 DAERAH PORT DICKSON BERJALAN LANCAR
Port Dickson, 26 Ogos - Program INSPIRE iTalent merupakan pelan strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Teras II RMK-11, iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi Pembudayaan Sukan Untuk Semua yang diwujudkan bagi mencungkil bakat s**an baharu dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat akar umbi, khususnya bagi mereka yang bercita-cita dan berkecenderungan untuk menjadi atlet paralimpik Negara. Sejak tahun 2014, program ini telah dilaksanakan dengan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam pembanungan s**an.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah berganding bahu menganjurkan Program INSPIRE i-Talent Tahun 2026 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Panglima Adnan, Port Dickson pada hari ini. Seramai 30 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari sembilan buah sekolah menengah dan sekolah rendah telah disenaraipendekkan oleh Unit PPKI PPD Port Dickson bagi menyertai program ini.
Kebanyakkan peserta terdiri daripada kategori masalah pembelajaran dan anggota/fizikal. Bagi mengenalpasti bakat dan kecenderungan terhadap s**an, para peserta dikehendaki menjalani beberapa ujian seperti ujian antropometri yang mengukur fizikal peserta, ujian larian 20meter bagi menguji kelajuan peserta, ujian keseimbangan statik untuk menguji keseimbangan peserta dan ujian ketangkasan 505 untuk menguji tahap ketangkasan peserta.
Pas**an penguji yang diketuai oleh Encik Nor Faizal Nordin, Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBS Negeri Sembilan telah menjalankan sesi ujian dengan teliti dan teratur. Semua dapatan ujian akan dikumpulkan bagi menilai kecenderungan setiap peserta oleh pihak penguji bertauliah.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Encik Muhammad Zulkiflee, Penolong Pegawai PPD Pendidikan Khas dan Encik Jamaludin Sulaiman, Bendahari Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang serta para Guru PPKI dari setiap sekolah. Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah terlibat telah disampaikan oleh Encik Mohd Zamir Che Cob, Penolong Kanan Pendidikan Khas, SK Panglima Adnan.
**anOKU
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBSNegara JBS Negeri Sembilan
Rakan Muda belia.my
Majlis Belia Daerah Port Dickson