Kelab Rekreasi Dan Kebajikan AIMM

Kelab Rekreasi Dan Kebajikan AIMM Akaun Rasmi Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Akademi Imigresen Malaysia (REKA)🇲🇾
(No. Pendaftaran ROS : PPM-007-05-13122006)✅

PERSEDIAAN TEMPAT BAGI PROGRAM IBADAH KORBAN AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA TAHUN 2025M/1446H.Aktiviti gotong-royong persedi...
08/06/2025

PERSEDIAAN TEMPAT BAGI PROGRAM IBADAH KORBAN AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA TAHUN 2025M/1446H.

Aktiviti gotong-royong persediaan tempat bagi Program Ibadah Korban Akademi Imigresen Malaysia telah berlangsung pada 4 & 8 Jun 2025. Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk membuat persiapan bagi Program Ibadah Korban yang akan berlangsung pada 9 Jun 2025 (Isnin). Program ini merupakan anjuran Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Akademi Imigresen Malaysia (REKA).

Aktiviti gotong-royong ini melibatkan kakitangan Akademi Imigresen Malaysia serta ahli keluarga kakitangan yang terlibat.

AL-FATIHAH | Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan telah meninggal dunia di Institut...
15/04/2025

AL-FATIHAH | Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN). Salam takziah diucapkan ikhlas daripada pengurusan tertinggi serta seluruh ahli Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Akademi Imigresen Malaysia (REKA).

24/03/2025

Program Ihya Ramadhan 1446H / 2025M Bersama Warga Akademi Imigresen Malaysia.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah bergotong-royong menyediakan bahan-bahan masakan, memasak bubur lambuk, ketupat, dodol, rendang dan membakar lemang.Pengagihan bubur lambuk turut diberikan kepada komuniti setempat sekitar Akademi Imigresen Malaysia.

Program Ihya Ramadhan ini ialah anjuran Kelab REKA, Akademi Imigresen Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1446HSegala puji bagi Allah SWT atas nikmat dan rahmat-Nya, sekali lagi mengizinkan kit...
02/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1446H

Segala puji bagi Allah SWT atas nikmat dan rahmat-Nya, sekali lagi mengizinkan kita menyambut kedatangan bulan Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan ini hadir sebagai ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri dan mendekatkan hati dan diri kita kepada-Nya.

Pengurusan tertinggi AIMM dan Pengerusi Kelab REKA serta seluruh Ahli Kelab REKA mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1446H kepada seluruh umat Islam sama ada di dalam negara mahupun yang berada di perantauan. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.

SELAMAT BERSARA, ENCIK SYED AZIZAN BIN SYED ABDUL AZIZPengurusan Tertinggi serta seluruh ahli jawatan kuasa Kelab REKA A...
23/02/2025

SELAMAT BERSARA, ENCIK SYED AZIZAN BIN SYED ABDUL AZIZ

Pengurusan Tertinggi serta seluruh ahli jawatan kuasa Kelab REKA AIMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di Unit Perpustakaan, Akademi Imigresen Malaysia.

Semoga diberkati dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan di fasa baru kehidupan.

33 tahun sebagai Pejawat Awam.
( 1 Ogos 1992 hingga 21 Februari 2025 )

17 tahun bertugas di Akademi Imigresen Malaysia.
( 1 Oktober 2008 hingga 21 Februari 2025 )

23/02/2025

ZIARAH KEBAJIKAN ATAS PEMERGIAN ALMARHUM BAPA KEPADA PUAN SALMAH BINTI OSMAN.

Rembau, 22 Februari 2025 - Ziarah Kebajikan keatas pemergian Almarhum bapa kepada salah seorang kakitangan Akademi Imigresen Malaysia, Puan Salmah Binti Osman.

Pengurusan Jenazah telah disempurnakan oleh pihak AmalTeam Rembau dan disolatkan di Masjid Kampung Ulu Legong, Kota.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Legung Ulu untuk disemadikan.

Pengerusi Kelab REKA serta seluruh ahli Kelab REKA Akademi Imigresen Malaysia mengucapkan salam takziah kepada Puan Salmah dan keluarga.

MESYUARAT AGUNG KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN (REKA) AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA10 Januari 2025, 3.00 Petang - Telah berla...
22/02/2025

MESYUARAT AGUNG KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN (REKA) AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

10 Januari 2025, 3.00 Petang - Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Kelab Rekreasi Dan Kebajikan (REKA) Akademi Imigresen Malaysia yang bertempat di Solesor Kampung Beach Resort, Port Dickson.

Berikut adalah agenda mesyuarat :

1. Ucapan daripada Pengerusi Kelab REKA penggal 2023/2025.
2. Pembentangan laporan aktiviti daripada Biro Sosial, Biro Agama, Biro Sukan, Biro Sosial, Biro Ekonomi, Biro Kebajikan dan Bendahari Kelab bagi penggal 2023/2024.
3. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kelab REKA penggal 2023/2024.
4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab REKA bagi penggal 2025/2026.

Tahniah diucapkan kepada TPPK Azman Bin Adnan kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab REKA bagi penggal 2025/2026 dan tahniah juga diucapkan kepada barisan Ahli Jawatakuasa Kelab Rekreasi Dan Kebajikan AIMM yang baru. Selamat menjalankan amanah dan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab REKA.

Turut hadir bersama di mesyuarat ini, YBrs. Tuan Norazan Bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia dan YBrs. Puan Nur Fadhilah Binti Idris, Timbalan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia.

Address

Akademi Imigresen Malaysia (AIMM)
Port Dickson
71050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rekreasi Dan Kebajikan AIMM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category