Badzli Bakar

Badzli Bakar Kesedaran keperluan pemerintahan Islam di Malaysia demi keselamatan dan keselesaan semua kaum dan agama

07/05/2022
27/08/2021

Tahniah dan takziah buat pimpinan PAS yang terpilih menganggotai Kabinet Kerajaan Persekutuan 2021.
Siiru 'ala barakatillah.

Ikhlas daripada:
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

MASA DEPAN EKONOMI NEGARA: SATU PANDANGANBicara Harakah pada minggu ini akan bersiaran dengan topik yang berkisar tentan...
15/03/2021

MASA DEPAN EKONOMI NEGARA: SATU PANDANGAN

Bicara Harakah pada minggu ini akan bersiaran dengan topik yang berkisar tentang ekonomi negara, dibarisi panelis yang hebat!

Panelis:
AlFadhil Ustaz Zaharuddin Muhammad, Pengarah Dokumen Hijau

YM Raja Dato' Idris Raja Kamarudin, Pengerusi Getah Malaysia

Moderator: Badzli Bakar

Tarikh : 17 Mac 2021 (Rabu)
Masa : 9 malam

Saksikan secara langsung di Facebook Harakah Daily, YouTube HarakahTV dan aplikasi Hijau FM.




https://facebook.com/196573983368/posts/10158324949503369/

LEFTENAN ADNAN BIN SAIDI(1915 - 1942)"Jika terdapat 10 orang seperti beliau (Leftenan Adnan), belum pasti Malaya jatuh k...
14/02/2021

LEFTENAN ADNAN BIN SAIDI
(1915 - 1942)

"Jika terdapat 10 orang seperti beliau (Leftenan Adnan), belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."

JENERAL TOMOYUKI YAMASH*TA
- Jeneral Tentera Imperial Jepun

"Pertempuran Pasir Panjang merupakan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (hand to hand combat) di antara Rejimen Melayu dengan Tentera Jepun yang direkodkan."

LEFT. JENERAL ARTHUR E. PERCIVAL
- Pemerintah Tentera British.






Badzli Bakar
KetPen Nismilan

BULI SIBER DI MALAYSIA, REALITI YANG MENYEDIHKAN– Kena Hentikan Sebelum Parah!Generasi masa kini menghabiskan masa di at...
14/02/2021

BULI SIBER DI MALAYSIA, REALITI YANG MENYEDIHKAN
– Kena Hentikan Sebelum Parah!

Generasi masa kini menghabiskan masa di atas talian lebih daripada sebelumnya gara-gara kewujudan internet.

Setiap hari mereka menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer bukan sahaja untuk hiburan dan pendidikan tetapi juga untuk bersosial.

Penggunaan gajet sebagai alat komunikasi bukanlah suatu yang membahayakan.

Namun, seperti mana-mana aktiviti sosial yang lain, risiko untuk kejadian buli boleh berlaku secara atas talian dalam bentuk cyberbully atau buli siber.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai gejala buli siber di Malaysia yang kian membimbangkan.

APA ITU BULI SIBER?

Ia didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan melalui media elektronik oleh individu atau kumpulan individu secara berulang kali dengan mesej bermusuhan atau agresif bertujuan untuk menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada yang lain.

Ini termasuklah dalam bentuk mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang.

Cyberbully kebiasaannya melibatkan remaja tetapi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

REALITI CYBERBULLY DI MALAYSIA

Buli siber merupakan ancaman siber ketiga terbesar di Malaysia, sejurus selepas penipuan dan penggodaman atas talian.

Menurut kajian Microsoft Global Youth Online Behaviour Survey pada tahun 2012, daripada 25 negara yang dikaji, Malaysia menduduki tangga ke-17 tertinggi dalam cyberbully.

Kajian terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 8-17 tahun tersebut mendapati kejadian cyberbully di Malaysia tidak jauh berbeza dengan statistik global sebanyak 37%, iaitu dengan 33% remaja Malaysia melaporkan pernah dibuli secara atas talian.

Dengan polisi sekolah dan pendidikan yang sangat terhad terhadap pembulian siber di Malaysia, remaja di Malaysia juga didapati tidak mempunyai sistem sokongan yang baik terhadap buli siber berbanding di negara lain.

Laporan cyberbully oleh Pusat Bantuan Cyber999 pada tahun 2017 juga turut menunjukkan bahawa lebih banyak kes buli yang melibatkan mangsa belia yang berusia berbanding kanak-kanak dan remaja.

Hal ini tidak lagi menghairankan kerana tokoh umum seperti selebriti dan aktivis sosial mungkin menjadi mangsa kecaman masyarakat.

Penggunaan akaun palsu dan rasa kebersamaan dengan pembuli lain yang turut menghamburkan komen agresif dan mengancam di dunia maya juga menyebabkan cyberbully sukar dibendung.

PEMBULI DAN MANGSA BULI

Meskipun pembulian siber berlaku tanpa mengira jantina, terdapat kajian yang mendapati cyberbully di Malaysia mungkin lebih banyak berlaku kepada dan oleh perempuan walaupun jurang perbezaannya tidak terlalu besar.

Berbeza dengan negara lain seperti Taiwan yang mungkin menggunakan khidmat pesanan ringkas sebagai alat buli siber, Malaysia yang mempunyai pengguna laman sosial seperti facebook yang ke-8 tertinggi di Asia didapati lebih kerap mengalami cyberbully di laman sosial.

Ini sedikit sebanyak dicerminkan dengan penggunaan istilah ‘mak cik bawang’ oleh netizen kerana fenomena umpatan dan mengeji orang lain di dunia maya yang lebih cenderung dilakukan oleh kaum perempuan berdasarkan kajian.

Di dunia sebenar, pembuli boleh menjadi mangsa buli dan begitu juga sebaliknya.

Perkara yang sama turut dilihat di media sosial dengan satu kajian di Kanada mendapati 16.7% mangsa buli siber membuli orang lain di atas talian juga.

Sementara hampir 27.3% pembuli mengaku menjadi mangsa buli siber di atas talian.

Kaitan antara kitaran pembuli dan mangsa buli ini penting untuk disedari kerana campur tangan untuk membendung buli siber ini harus melibatkan kedua-dua mangsa dan pembuli.

Ibu bapa yang ingin mendidik anak mereka dengan tata susila sosial di atas talian seharusnya menerangkan pencegahan diri daripada membuli dan dibuli di laman sosial.

KESAN BULI SIBER

Walaupun cyberbully kelihatan tidak meninggalkan kesan fizikal, gejala ini lebih berbahaya dan mengancam kesihatan mental mangsa kerana boleh dilakukan berulang kali dan beramai-ramai semudah menaip di hujung jari.

Penggunaan bahan rakaman atau gambar juga akan menyebabkan mangsa lebih tertekan kerana bahan tersebut akan terus tersebar dan dikongsi di atas talian.

Cyberbully juga kadangkala melibatkan ugutan yang seperti keganasan fizikal atau seksual.

Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan kematian akibat bunuh diri kerana tekanan mental dan emosi yang dihadapi mangsa.

Oleh itu, cyberbully harus dicegah bermula dengan diri anda sendiri, iaitu dengan penggunaan media sosial secara beretika dan tidak menggalakkan orang lain terlibat dengan buli siber.

Ingat, sebelum menulis komentar, tanya diri anda sendiri jika apa yang anda tulis akan memberi kesan negatif kepada sasaran anda atau tidak.

Semoga bermanfaat.







Badzli Bakar
KetPen Nismilan

Address

Port Dickson
71000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badzli Bakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category