MARA Daerah Port Dickson

MARA Daerah Port Dickson Government Organization

09/04/2026
20/03/2026
20/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ

๐—จ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ, ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป. ๐— ๐—ฎ๐—ฎ๐—ณ ๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ & ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป








๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› Dalam lipatan sejarah pembangunan negara, tersulam sebuah hikayat yang terbit rasa tanggungjawab dan a...
01/03/2026

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—›

Dalam lipatan sejarah pembangunan negara, tersulam sebuah hikayat yang terbit rasa tanggungjawab dan amanah untuk membela nasib bangsa dan kemajuan di bumi pertiwi.

Tatkala bara nasionalisme menyala marak di dada anak watan, suara bumiputera bergema lantang menuntut keadilan dan peluang yang saksama dalam arus perubahan zaman.

Tanggal 1 Mac 1966, lahirlah Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah nama keramat yang menjadi lambang era baharu, sebuah badan berkanun yang termaktub di bawah Akta Parlimen, hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama tahun 1965. MARA, era baharu yang meneruskan amanah perjuangan dan mandat bagi memaju, menggalak serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan, khususnya di wilayah luar bandar yang sekian lama mendambakan pembelaan.

Kini genaplah enam dekad berlalu.

Dalam tempoh yang panjang itu, MARA berkembang mekar menjadi institusi unggul bertaraf dunia. Dari ruang kuliah yang sederhana hingga ke pusat inovasi yang canggih, dari desa terpencil hingga ke pentas antarabangsa, jejak langkah MARA terpahat megah dalam lembaran pembangunan negara. Ia tidak sekadar menunaikan mandat yang diamanahkan, bahkan mencipta legasi yang diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi.

Maka terzahirlah logo MARA 60 Tahun, sebuah angka yang bukan sekadar bilangan tetapi lambang perjalanan kegemilangan daripada akar sejarah yang kukuh hingga ke pengukuhan peranan MARA dalam membentuk masa depan bangsa yang gemilang.

Di sebalik angka itu terhimpun usaha, pengorbanan, serta keringat warga yang setia menjunjung amanah selama enam dekad, sehingga nama MARA masyhur di persada dunia. MARA bukan hanya sebuah institusi. MARA ialah suara harapan yang tidak pernah sepi. MARA ialah tiang kekuatan yang tidak pernah rapuh. MARA ialah amanah yang terus dijunjung, bukan sekadar dipikul, dipelihara bukan sekadar dilafazkan demi agama, bangsa dan negara, selagi hayat dikandung badan.

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ˆ๐˜ผ๐™๐˜ผ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ ๐™š 60 ๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ.








Iklan Sewa Arked MARA Port Dickson!!!Anda sedang mencari lot kedai/premis untuk perniagaan?Premis Perniagaan MARA mempun...
26/01/2026

Iklan Sewa Arked MARA Port Dickson!!!
Anda sedang mencari lot kedai/premis untuk perniagaan?

Premis Perniagaan MARA mempunyai lot kosong untuk disewa!

โœ…Perniagaan sepenuh masa
โœ…Bumiputera berumur 18 tahun-60 tahun
โœ…Memiliki lesen pendaftaran perniagaan SSM
โœ…Mempunyai idea dan konsep perniagaan yang bersesuaian

Permohonan secara online
https://mypremis.mara.gov.my/portal/

Tarikh Tutup Permohonan :
04 Februari 2026

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat MARA Daerah Port Dickson.

Pejabat MARA Daerah Port Dickson
G3-G4 Bangunan Arked MARA
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan

Tel: 06-6471051 / 014-3477897

MARA Negeri Sembilan





23/01/2026

*NEXT-GEN CONTENT CREATOR PROGRAMME*

Anjuran: MARA Negeri Sembilan
๐Ÿ“… Tarikh: 4 hingga 6 Februari 2026
๐Ÿจ Lokasi: Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan

๐ŸŒŸ Modul Kursus:
โœ” Pengenalan industri penciptaan kandungan
โœ” Personal branding & *story telling*
โœ” Penulisan skrip & idea kreatif
โœ” Rakaman dan teknik penggambaran
โœ” *Editing & post production*
โœ” *AI tools untik content creator (Next-Gen Skill)*
โœ” *Platform growth*

๐ŸŒŸ Manfaat Peserta:
โœ… Peningkatan kemahiran teknikal penciptaan kandungan
โœ… Penguasaan strategi platform digital
โœ… Pembentukan *Personal Branding & Storytelling*
โœ… Penghasilan portfolio profesional
โœ… Peningkatan produktiviti menggunakan AI
โœ… Keupayaan menjana kandungan secara konsisten

๐Ÿ’ฅ TERHAD kepada 30 peserta sahaja
๐Ÿข Penginapan & makan/ minum disediakan
๐Ÿ’ธ Yuran Komitmen: RM100.00
๐Ÿ‘‰ Daftar Sekarang: https://myusahawan.mara.gov.my/public/Detail_Kursus.aspx?Id=1012080009090120260204&idx=3501

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan sila hubungi:
PUSMA Negeri Sembilan
Mohd Nizam (013-2098651)





LAWATAN KE BAZAR MARA PASIR PANJANG, PORT DICKSON.PORT DICKSON, 23 Januari 2026 - Puan Rohana binti Jusoff, Pengarah MAR...
23/01/2026

LAWATAN KE BAZAR MARA PASIR PANJANG, PORT DICKSON.

PORT DICKSON, 23 Januari 2026 - Puan Rohana binti Jusoff, Pengarah MARA Negeri, Negeri Sembilan telah mengadakan satu lawatan ke Bazar MARA Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan dan status kemajuan kerja di tapak bazar, di samping memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Turut hadir bersama semasa lawatan ini ialah Puan Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri (Pembangunan) dan Encik Ahmad Nazman bin Abd Malek, Pegawai MARA Daerah Port Dickson.

Diharapkan pembangunan Bazar MARA Pasir Panjang ini dapat memberi manfaat kepada usahawan tempatan serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

MARA Negeri Sembilan





KUNJUNG HORMAT MARA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) LINGGI, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN. ...
23/01/2026

KUNJUNG HORMAT MARA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) LINGGI, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

PORT DICKSON, 23 Januari 2026 - Pejabat MARA Negeri, Negeri Sembilan, diketuai oleh Puan Rohana binti Jusoff, Pengarah MARA Negeri, Negeri Sembilan berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Mohd Faizal bin Ramli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri di Pejabat ADUN Linggi, Port Dickson.

Sesi pertemuan ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara MARA Negeri Sembilan dan kepimpinan negeri khususnya dalam menyelaras hala tuju pembangunan bumiputera di daerah Port Dickson. Di samping itu, pelbagai perkongsian pandangan dan idea telah dibincangkan bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan sosioekonomi setempat.

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ini ialah Puan Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri (Pembangunan) dan Encik Ahmad Nazman bin Abd Malek, Pegawai MARA Daerah Port Dickson.

MARA Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB Datuk Mohd Faizal bin Ramli meluangkan masa bagi menjayakan sesi pertemuan ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi merealisasikan agenda pembangunan yang inklusif, progresif dan mampan.

MARA Negeri Sembilan





Address

Pejabat MARA Daerah Port Dickson, G3/G4 Bangunan Arked MARA
Port Dickson
71000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066471051

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARA Daerah Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARA Daerah Port Dickson:

Share