HALWA SELAT KLANG

HALWA SELAT KLANG Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HALWA SELAT KLANG, Public Service, SELAT KLANG, Port Klang.

๐‘ณ๐’†๐’๐’”๐’‚ ๐’‰๐’‚๐’“๐’Š ๐’Š๐’๐’Š ๐Ÿ“ทSuasana pagi di program jualan rahmah bergerak madani. Bertempat di sekolah islam al-farabi,kg delek,kla...
13/06/2026

๐‘ณ๐’†๐’๐’”๐’‚ ๐’‰๐’‚๐’“๐’Š ๐’Š๐’๐’Š ๐Ÿ“ท

Suasana pagi di program jualan rahmah bergerak madani. Bertempat di sekolah islam al-farabi,kg delek,klang. Turut dihadiri oleh Dr. Halimah Ali.

Berjalan dengan lancar dan dihari pelbagai lapisan masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya daripada halwa selat yang bertugas hari ini.

13/6/2026
Selat Klang

๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐‘š๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘”, ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐‘™๐‘Ž๐‘”๐‘– ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘™.."Bagitu lah perumpaan apabila kita berasa simpati melihat kesusahan atau ...
13/06/2026

๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐‘š๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘”, ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐‘™๐‘Ž๐‘”๐‘– ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘™.."

Bagitu lah perumpaan apabila kita berasa simpati melihat kesusahan atau penderitaan orang lain, tetapi yang lebih menanggung beban dan penderitaan sebenar ialah mereka yang mengalaminya.

Halwa selat klang terus giat menyantuni mereka yang ditimpa ujian kesihatan disamping menyambung silaturrahim di sekitar selat klang .
Terima kasih tanpa jemu menyantuni dan menziarahi mereka yang memerlukan kata kata semangat untuk sihat kembali. Semoga Allah kurniakan kesihatan terbaik buat mereka yang diuji.

12/6/2026
Selat klang

12/06/2026

๐Ÿ˜Ž

Faham Dulu!1.Dalam perjuangan Islam, semangat sahaja tidak memadai. Semangat boleh membara pada hari ini, tetapi boleh p...
10/06/2026

Faham Dulu!

1.Dalam perjuangan Islam, semangat sahaja tidak memadai. Semangat boleh membara pada hari ini, tetapi boleh pudar apabila berdepan ujian, tekanan dan cabaran.

2.Sebab itu asas kepada perjuangan yang berkekalan ialah ilmu dan kefahaman.

3.Allah SWT memulakan penurunan wahyu dengan firman-Nya:

ุงู‚ู’ุฑูŽุฃู’ ุจูุงุณู’ู…ู ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ

โ€โ€œBacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.โ€

โ€(Surah Al-โ€™Alaq: 1)

4.Ayat pertama yang diturunkan bukan memerintahkan umat Islam berperang, berhimpun atau berpolitik, tetapi memerintahkan mereka membaca, memahami, mengkaji dan menuntut ilmu.

5.Ini menunjukkan bahawa perubahan manusia dan pembinaan tamadun mesti bermula dengan ilmu dan kefahaman.

6.Allah SWT juga berfirman:

ู‚ูู„ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุณูŽุจููŠู„ููŠ ุฃูŽุฏู’ุนููˆ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุจูŽุตููŠุฑูŽุฉู ุฃูŽู†ูŽุง ูˆูŽู…ูŽู†ู ุงุชู‘ูŽุจูŽุนูŽู†ููŠ

โ€โ€œKatakanlah: Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada Allah dengan penuh basirah (ilmu dan kefahaman yang jelas).โ€

โ€(Surah Yusuf: 108)

7.Perkataan โ€œbasirahโ€ menunjukkan bahawa dakwah dan perjuangan mestilah berasaskan kefahaman yang jelas, bukan semata-mata emosi dan semangat.

Rasulullah SAW juga bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ูŠูุฑูุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูŠูููŽู‚ูู‘ู‡ู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู

โ€โ€œBarang siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memberinya kefahaman dalam agama.โ€

โ€Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim

8.Hadis ini menunjukkan bahawa ukuran kebaikan seseorang bukan hanya pada semangatnya, tetapi pada kefahamannya terhadap agama.

9.Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat di Mekah selama 13 tahun. Baginda membina akidah, iman dan kefahaman terlebih dahulu.

10.Apabila iman telah mantap, mereka sanggup menghadapi penyeksaan, pemulauan, kehilangan harta dan ancaman nyawa tanpa meninggalkan Islam. Mereka memahami apa yang diperjuangkan.

11.Saidina Bilal RA diseksa di tengah padang pasir, keluarga Yasir syahid, ramai sahabat berhijrah meninggalkan tanah air, namun mereka tetap teguh kerana perjuangan mereka dibina atas dasar kefahaman, bukan semangat sementara.

12.Sebab itu Imam Hassan al-Banna meletakkan Al-Fahm (Faham) sebagai rukun pertama dalam Rukun Baiah.

13.Selepas faham barulah ikhlas. Apabila seseorang memahami tujuan perjuangan, dia akan beramal dengan ikhlas kerana Allah SWT. Dia tidak mengharapkan pujian manusia atau kedudukan.

14.Dalam PAS, seseorang mesti memahami dasar perjuangan Islam yang menjadi asas parti. Jangan masuk PAS kerana kagum kepada individu tertentu.

15.Jangan juga kerana marah kepada musuh politik. Jika asasnya individu, maka apabila melihat kelemahan pemimpin, dia akan kecewa dan meninggalkan perjuangan.

16.Sedangkan pemimpin adalah manusia biasa yang tidak maksum. Mereka boleh melakukan kesilapan dan mempunyai kekurangan. Namun perjuangan Islam tidak bergantung kepada seseorang individu.

17.Sebab itulah PAS menitikberatkan usrah, kuliah, tamrin dan tarbiyah. Ahli-ahli perlu dibina dengan kefahaman yang sahih tentang Islam dan perjuangan.

18.Apabila ada pemimpin yang meninggalkan jamaah, mereka tidak ikut kerana mereka memahami bahawa mereka berjuang untuk Islam, bukan untuk individu.

19.Akhirnya pemimpin yang meninggal perjuangan hidup segan mati tidak mahu.

20.Semangat tanpa faham ibarat api jerami; menyala besar tetapi cepat padam. Sebaliknya faham akan melahirkan keyakinan.

21.Keyakinan melahirkan keikhlasan. Keikhlasan melahirkan pengorbanan. Dan pengorbanan yang berasaskan iman akan melahirkan istiqamah hingga ke akhir hayat.

Firman Allah SWT:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุงุตู’ุจูุฑููˆุง ูˆูŽุตูŽุงุจูุฑููˆุง ูˆูŽุฑูŽุงุจูุทููˆุง ูˆูŽุงุชู‘ูŽู‚ููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชููู’ู„ูุญููˆู†ูŽ

โ€โ€œWahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu, tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh kejayaan.โ€

โ€(Surah Ali โ€™Imran: 200)

21.Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman yang benar terhadap Islam dan perjuangan, kerana orang yang faham akan terus bersama perjuangan walaupun badai melanda, kerana dia berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana manusia.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS Perak
9 Jun 2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐Œ๐”๐’๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ (๐ƒ๐Œ๐๐๐’)๐ƒ๐Œ๐๐๐’ ๐Œ๐„๐๐˜๐Ž๐Š๐Ž๐๐† ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐€๐’ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š...
10/06/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐Œ๐”๐’๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ (๐ƒ๐Œ๐๐๐’)

๐ƒ๐Œ๐๐๐’ ๐Œ๐„๐๐˜๐Ž๐Š๐Ž๐๐† ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐€๐’ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐”๐€๐ ๐”๐Œ๐Œ๐€๐‡

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PAS Pusat berhubung halatuju kerjasama politik antara PAS dan BERSATU sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden PAS.

DMPNS berpandangan bahawa keputusan ini merupakan hasil pertimbangan strategik yang komprehensif oleh Majlis Syura Ulamak serta Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, berteraskan prinsip perjuangan, keteguhan dasar dan penilaian menyeluruh terhadap maslahah ummah dalam konteks semasa.

Dalam kerangka yang lebih luas, langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula pendekatan politik parti bagi memastikan kelangsungan perjuangan yang lebih berfokus, berintegriti dan berimpak tinggi, di samping memelihara kestabilan serta keharmonian landskap politik negara.

DMPNS menegaskan bahawa agenda Penyatuan Ummah kekal sebagai paksi utama perjuangan PAS. Keputusan ini bukanlah suatu penamat, sebaliknya membuka ruang kepada pengukuhan naratif kesatuan serta penerokaan model kerjasama yang lebih dinamik, inklusif dan berorientasikan kepentingan umat serta negara.

DMPNS turut merakamkan penghargaan terhadap segala bentuk kerjasama yang telah terjalin sebelum ini, dan menyeru seluruh ahli serta penyokong agar terus mengamalkan pendekatan matang, berlapang dada serta memperkukuh ukhuwah dalam mendepani perbezaan.

Sehubungan itu, DMPNS komited untuk memperkasa gerak kerja jentera muslimat di semua peringkat secara lebih tersusun dan berstrategi, bagi memperkukuh saf perjuangan serta memastikan hala tuju parti dilaksanakan dengan disiplin, kesetiaan dan iltizam yang tinggi.

DMPNS juga menyeru seluruh ahli dan penyokong agar terus memperkukuh dan meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan parti serta mendepani cabaran semasa dengan pendekatan yang berhemah, konstruktif dan berpaksikan kepentingan bersama.

PAS akan terus istiqamah dalam memperkasa agenda Penyatuan Ummah sebagai teras kepada pembinaan kekuatan umat, kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

Sekian, terima kasih.

Ustazah Hajah Wan Hasrina binti Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Bertarikh: 9 Jun 2026




๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ค๐—”๐— ๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—จ๐— ๐— ๐—”๐—›PAS Selangor menyokong dan menerima sepenuhnya keputusan yang ditetapkan oleh...
10/06/2026

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ค๐—”๐— ๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—จ๐— ๐— ๐—”๐—›

PAS Selangor menyokong dan menerima sepenuhnya keputusan yang ditetapkan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Jun 2026 berhubung hala tuju kerjasama politik PASโ€“BERSATU.

Sebagai parti yang berprinsip, PAS sentiasa meletakkan Islam, maslahah umat dan kepentingan negara mengatasi pertimbangan politik kepartian. Justeru, agenda Penyatuan Ummah kekal menjadi teras perjuangan PAS dalam usaha membina kekuatan umat, mengurangkan perpecahan politik dan mewujudkan kestabilan negara.

PAS Selangor melihat keputusan ini bukan pengakhiran kepada agenda tersebut, bahkan membuka ruang yang lebih luas untuk meneroka persefahaman dan kerjasama politik yang lebih menyeluruh demi menjayakan agenda Penyatuan Ummah serta membina landskap politik yang lebih stabil dan matang untuk masa depan negara.

PAS Selangor menghargai segala bentuk kerjasama yang pernah terjalin dan menyeru seluruh ahli serta penyokong agar terus memperkukuh saf perjuangan, berlapang dada serta istiqamah mendukung usaha penyatuan umat.

PAS akan terus istiqamah dengan agenda Penyatuan Ummah kerana perpaduan adalah kunci kekuatan umat, kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

YB DATO DR AB HALIM TAMURI
Pesuruhjaya PAS Selangor
22 Zulhijjah 1447H | 9 Jun 2026


๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ค๐—”๐— ๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—จ๐— ๐— ๐—”๐—›

PAS Selangor menyokong dan menerima sepenuhnya keputusan yang ditetapkan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Jun 2026 berhubung hala tuju kerjasama politik PASโ€“BERSATU.

Sebagai parti yang berprinsip, PAS sentiasa meletakkan Islam, maslahah umat dan kepentingan negara mengatasi pertimbangan politik kepartian. Justeru, agenda Penyatuan Ummah kekal menjadi teras perjuangan PAS dalam usaha membina kekuatan umat, mengurangkan perpecahan politik dan mewujudkan kestabilan negara.

PAS Selangor melihat keputusan ini bukan pengakhiran kepada agenda tersebut, bahkan membuka ruang yang lebih luas untuk meneroka persefahaman dan kerjasama politik yang lebih menyeluruh demi menjayakan agenda Penyatuan Ummah serta membina landskap politik yang lebih stabil dan matang untuk masa depan negara.

PAS Selangor menghargai segala bentuk kerjasama yang pernah terjalin dan menyeru seluruh ahli serta penyokong agar terus memperkukuh saf perjuangan, berlapang dada serta istiqamah mendukung usaha penyatuan umat.

PAS akan terus istiqamah dengan agenda Penyatuan Ummah kerana perpaduan adalah kunci kekuatan umat, kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

YB DATO DR AB HALIM TAMURI
Pesuruhjaya PAS Selangor
22 Zulhijjah 1447H | 9 Jun 2026


๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆโ€“๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, ...
10/06/2026

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆโ€“๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PASโ€“BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

โ€œKembali Kepada Penyelesaian Islamโ€

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

10/06/2026

MUSLIMAT PAS TAAT KEPUTUSAN PARTI

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian PAS Pusat untuk menamatkan kerjasama politik dengan parti Bersatu. Pendirian ini selaras dengan kenyataan Tuan Guru Tan Sri Presiden PAS yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengkaji semula hubungan politik dengan parti tersebut.

DMPP berpandangan bahawa kerjasama antara PAS dan Bersatu selama ini dibina atas asas "ta'awun siyasi" yang berpaksikan prinsip saling membantu dalam perkara kebaikan serta demi kepentingan Islam dan ummah. Justeru, setiap bentuk kerjasama politik yang dijalin sewajarnya menjadi pemangkin kepada agenda yang lebih besar iaitu memperkukuhkan gagasan penyatuan ummah yang menjadi perjuangan utama PAS sejak sekian lama.

Gagasan penyatuan ummah merupakan asas penting dalam membina kekuatan politik umat Islam dan rakyat yang cintakan kestabilan negara. Agenda ini terbukti mampu menjadi formula yang lebih kukuh dalam menghadapi cabaran politik semasa serta memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera menjelang pilihan raya akan datang.

Namun demikian, apabila kerjasama yang terjalin tidak lagi membantu ke arah memperluaskan penyatuan ummah, malah berdepan dengan pelbagai kekangan dan halangan tertentu, maka pendirian yang diambil oleh PAS Pusat pada ketika ini adalah satu keputusan yang wajar dan bertepatan dengan keperluan semasa.

DMPP menyeru seluruh muslimat PAS di semua peringkat agar menerima keputusan ini dengan penuh ketaatan, kematangan dan jiwa yang besar. Sesungguhnya setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pertimbangan yang terbaik demi maslahat perjuangan Islam, jamaah dan ummah.

Insya-Allah, PAS akan terus istiqamah memperjuangkan Islam serta memperkukuhkan usaha penyatuan ummah demi masa depan negara yang lebih sejahtera dan diberkati Allah SWT.

Sekian.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
9 Jun 2026 bersamaan 23 Zulhijjah 1447H

Address

SELAT KLANG
Port Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALWA SELAT KLANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HALWA SELAT KLANG:

Shortcuts

Share

Category