Persatuan Pegawai Kanan Kastam Cawangan Selangor

Persatuan Pegawai Kanan Kastam Cawangan Selangor "BERSATU MAJU, SENTIASA SETIA" TUJUAN PERKASA

1. Untuk menjamin perpaduan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam

2.

Untuk memaju dan membangunkan ekonomi, sosial, pelajaran, kebudayaan dan kebajikan para ahlinya mengikut mana-mana cara yang sah disisi undang-undang.

3. Untuk menambah dan mentadbir tabung kewangan bagi mencapai tujuan dan cita-cita Persatuan.

4. Bersetuju sekiranya diputuskan oleh Persidangan Perwakilan untuk mengaudit, mencetak, menerbit dan mengedar apa-apa jurnal, majalah, berita atau lain-

lain hasil penulisan bercetak bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan atau meningkatkan kepentingan ahli-ahli.

5. Pada amnya untuk melakukan apa-apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang bagi melaksanakan cita-cita Persatuan.

18/07/2026

Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat (CSR) bersama JKDM Selangor telah berjaya dilaksanakan pada 16 Julai 2026.

Melalui program ini, kami berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada:

πŸ“ Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah
πŸ“ Baitul Salam (Rumah Perlindungan Mualaf)
πŸ“ Maahad Tahfidz Darul Furqan, Pulau Indah

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada para penerima dan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.

Semoga semangat kebersamaan, keprihatinan dan budaya memberi ini terus subur dalam keluarga PERKASA. 🀝❀️

Terima kasih Tuan atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di JKDM Selangor. Segala jasa, pe...
18/07/2026

Terima kasih Tuan atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di JKDM Selangor. Segala jasa, pengorbanan dan komitmen Tuan akan sentiasa kami kenang dan hargai.

Setinggi-tinggi penghargaan juga atas keprihatinan serta sokongan Tuan yang sentiasa mempermudahkan setiap urusan dan aktiviti pertubuhan kami. Kerjasama dan bantuan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kebajikan ahli sentiasa terpelihara serta memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

Semoga Tuan terus melakar kejayaan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu. Semoga segala pengalaman dan kepimpinan Tuan terus memberi inspirasi serta membawa kecemerlangan kepada organisasi di mana jua Tuan berkhidmat.

"BERSATU MAJU, SENTIASA SETIA"

πŸŒ™ Salam Aidilfitri 1447H / 2026MDengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami di Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysi...
20/03/2026

πŸŒ™ Salam Aidilfitri 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami di Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) Selangor ingin mengucapkan:

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨

Semoga Syawal kali ini membawa seribu makna, mengeratkan silaturahim, dan menghidupkan kembali kenangan indah bersama keluarga tercinta β€” tidak kira di kampung halaman atau di mana sahaja kita berada.

Raya tetap meriah bila hati kita disatukan dengan kasih dan kegembiraan 🀍

Ikhlas daripada,
PERKASA Selangor

12/03/2026

Bingkisan Aidilfitri PERKASA Selangor 2026

Posting Pegawai PERKASA Selangor πŸ₯°πŸ˜
Love sangat 😘

Anda gembira, kami teruja ❀️
Terima kasih utk setiap satu statusnya.
You know who you are πŸ˜‰β˜ΊοΈ

Address

Wisma Kastam Selangor Pulau Indah
Port Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Kanan Kastam Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share