KD SRI KLANG

KD SRI KLANG KD SRI KLANG (KDSK) merupakan satu daripada unit dalam Markas Simpanan TLDM dan ditauliahkan pada 2 Dis 77. PENTAULIAHAN

KDSK ditauliahkan pada 2 Dis 77.

Perasmiannya telah dilakukan oleh Panglima Tentera Laut ketika itu iaitu Laksamana Muda Dato Mohd Zain bin Md Salleh. Tujuan utama penubuhan KDSK adalah untuk melahirkan pegawai dan anggota simpanan sukarela TLDM bagi membantu anggota tetap TLDM serta sebagai benteng kedua bagi TLDM dalam menghadapi ancaman musuh kepada maritim negara. KDSK pada asalnya merupakan ibu pejabat PSSTLDM yang kemudiann

ya menjadi sebuah unit dan diberikan nama KD SRI KLANG. KDSK pada awalnya bertapak di Masjd Negara Kuala Lumpur pada tahun 1954 kemudiannya berpindah ke Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1957 yang berfungsi sebagai ibu pejabat PSSTLDM. Setelah lebih separuh abad penubuhannya, KD SRI KLANG sekali lagi berpindah ke jalan Semarak Kuala Lumpur pada tahun 1977. Perasmian dilakukan oleh Laksamana Muda Dato Mohd Zain bin Md Salleh dan Pegawai Memerintah pada masa tersebut ialah Lt Kdr P. Ganeshan PK. Tahun pertama penubuhannya, seramai 10 orang bakal pegawai dan 20 orang LLP memulakan latihan di KD SRI KLANG. Terdahulu daripada itu, unit ini merupakan unit yang terawal menubuhkan kor wanita dalam angkatan tentera untuk berkhidmat di dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM pada tahun 1972. Rekrut wanita pengambilan pertama melapor diri di pangkalan TLDM Woodlands untuk menjalani latihan asas ketenteraan pada tahun 1978. Kini, jumlah anggota KD SRI KLANG (anggota tetap dan anggota simpanan) seramai 2000 orang. Sejajar dengan penyusunan dan perkembangan TLDM, KD SRI KLANG telah berpindah ke Bandar Armada Putra, Pulau Indah pada 3 Okt 2005. FUNGSI DAN PERANAN

• Melatih dan menguruskan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) LAUT daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

• Melatih Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS) dari Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah dan juga Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (L) Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

• Melatih anggota-anggota simpanan yang terdiri daripada pegawai dan anggota mengikut kepakaran masing-masing serta menyediakan ujian dan latihan lanjutan serta ujian kenaikan pangkat.

• Melaksanakan latihan kawad, latihan jasmani, bersukan, menembak, belayar, berakit, perkhemahan tahunan, ekspedisi dan aktiviti dan aktiviti luar juga telah dilaksanakan pada setiap tahun. VISI

Menjana angkatan pertahanan simpanan setanding angkatan TLDM. MISI

Menyedia sumber manusia yang kuat semangat juang, berkemahiran dan mempunyai kecekapan menepati kehendak TLDM. PENERANGAN LOGO

Mahkota. Mahkota yang bertulis perkataan Allah dan Muhammad sebagai tanda kesetiaan mempertahankan agama dan kedaulatan negara. Lingkaran Tali. Menandakan ilmu kelautan dan juga perpaduan yang tinggi antara anggota kapal. Bunga Raya. Sebagai bunga kebangsaan dan dilengkapkan dengan cogan kata Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu 'Sedia Berkorban'. Mahkota Sultan Selangor. Melambangkan KD SRI KLANG terletak di Negeri Selangor. Kota Jugra. Kota Jugra terletak di Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan dimajukan sebagai kota maritim. PROGRAM DAN LATIHAN

Cara perlaksanaan program dan aktiviti agak berbeza bagi ketiga-tiga perkhidmatan namun matlamatnya adalah sama bagi menyediakan Pasukan Simpanan yang lengkap untuk mendukung peranan utama yang ditetapkan iaitu membantu dan menggantikan angkatan tetap serta bersiap sedia dikerah untuk berkhidmat apabila keadaan memerlukan. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan sepanjang tahun di unit ini. Antaranya ialah ceramah-ceramah yang diadakan oleh unit-unit luar, latihan fizikal, latihan menembak, latihan fasa di laut, pengendalian bot dan lawatan ke unit-unit luar.

• Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.

• Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu dan tempoh latihan ialah antara 2 hingga 10 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 380 jam setahun.

• Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.

• Latihan Tahunan. Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.

• Latihan Anggota Pakar. Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan tahunan selama 15 hari setahun.

Address

KD SRI KLANG, Pangkalan TLDM Pulau Indah, Bandar Armada Putra
Port Klang
42009

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD SRI KLANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KD SRI KLANG:

Share