Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang

Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang 03 31684444

ISNIN | 17 OGOS 2026Kebakaran Besar Musnahkan Enam Kedai di Pelabuhan KlangPelabuhan Klang, 17 Ogos 2026 – Satu kebakara...
17/08/2026

ISNIN | 17 OGOS 2026

Kebakaran Besar Musnahkan Enam Kedai di Pelabuhan Klang

Pelabuhan Klang, 17 Ogos 2026 – Satu kebakaran besar melibatkan enam buah rumah kedai sederet kelas B di Kampung Sungai Sireh Tambahan, Pelabuhan Klang awal pagi tadi, memusnahkan hampir keseluruhan premis.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima pada jam 5.38 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi. Operasi turut dibantu oleh BBP Klang Selatan serta agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Delek.

Setibanya di lokasi pada jam 5.50 pagi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan enam buah kedai dengan keluasan keseluruhan kira-kira 100 x 70 kaki persegi. Api marak dengan cepat dan memusnahkan kira-kira 80% struktur bangunan. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Komander Operasi, PBK I Nur Waheda binti Wahab bersama pegawai kanan TPgB II Ahmad Nazmi bin Halil, PKPgB ZulHaqim bin Zulkifli dan PBT II Mohd Saiful Munir bin Mohd Isa mengetuai operasi. Tindakan pantas anggota menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki serta tiga pancutan air daripada pam jentera dan bantuan water tanker berjaya mengawal api sepenuhnya menjelang jam 6.15 pagi. Operasi pemadaman dan overhaul selesai sepenuhnya pada jam 9.03 pagi.

JBPM menegaskan kebakaran ini tidak melibatkan sebarang korban jiwa, namun kerugian harta benda dianggarkan tinggi memandangkan hampir keseluruhan premis musnah. Punca kebakaran masih dalam siasatan.


RABU | 12 OGOS 2026KEBAKARAN RUMAH KEDAI 🔥Lokasi 📍Kedai Runcit Yasree,Jalan Batu Unjur 9Taman Bayu Perdana,KlangKebakara...
12/08/2026

RABU | 12 OGOS 2026

KEBAKARAN RUMAH KEDAI 🔥

Lokasi 📍

Kedai Runcit Yasree,Jalan Batu Unjur 9
Taman Bayu Perdana,Klang

Kebakaran melibatkan rumah kedai kelas A berada ditingkat 1 keluasan rumah 24 x 70 kaki persegi anggaran kebakaran 90 %. Terdapat 4 orang mangsa 2 orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam. 2 orang mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

Salam Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

👩‍🚒PEGAWAI KANAN YANG HADIR👨‍🚒
-PgKB I Ashrul Riezal Bin Asbar (PPON SELANGOR)
-PgKB I Ahmad Adli Bin Hj. Abdul Rahman (Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan)
-PgKB II Mohd Yunus Bin Ibrahim (Ketua Zon 3 Klang)
-TPgB II Ahmad Nazmi Bin Halil (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang)

Turut hadir ,
Pegawai KOK bertugas,
Pegawai Operasi Balai, PBT II Mohd Saiful Munir bin Mohd Isa,
Forensik JBPM Selangor
Unit Pengesan JBPM

Agensi Bantuan:
PDRM
KKM

Balai yg terlibat 🚒
👩‍🚒*BBP PELABUHAN KLANG*
👩‍🚒*BBP ANDALAS

Keanggotaan
(16 orang)

Bantuan dan Kecemasan sila hubungi :Talian MERS - 999 | BBP Pelabuhan Klang
03-31684444





HARI PENCEGAHAN KELEMASAN SEDUNIA 2026Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia, yang disambut pada 25 Julai setiap tahu...
24/07/2026

HARI PENCEGAHAN KELEMASAN SEDUNIA 2026

Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia, yang disambut pada 25 Julai setiap tahun, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di air. Sentiasa awasi kanak-kanak, patuhi langkah keselamatan dan pelajari kemahiran asas menyelamat. Setiap tindakan kecil kita mampu menyelamatkan nyawa.

TERBITAN:
Urus Setia Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA)
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

*ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA*Hari ke 3⃣JENIS INSIDEN : Kebakaran Sampah.TARIKH : 1...
11/07/2026

*ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA*

Hari ke 3⃣

JENIS INSIDEN : Kebakaran Sampah.

TARIKH : 11.07.2026

JARAK KE TEMPAT KEJADIAN : 10 KM

LATITUD : 2.981330
LOGITUD : 101.400900

ALAMAT : Lot 104629, (Bersebelahan Muhibbah Engineering Bhd) Lebuhraya Pulau Indah,Pelabuhan Klang.

BALAI TERLIBAT :
BBP Pelabuhan Klang
- SITRAK
- ⁠Water Tanker
- ⁠Hilux

KEANGGOTAAN :

- 12 Orang

SKUAD PANTAS : 6 orang

Unit Pencegahan Bencana Negeri, SUK SELANGOR : 4 Orang

KOMANDER OPERASI KANAN:
PBT II MOHD SAIFUL MUNIR

KOMANDER OPERASI :
PBK I WILLIAM MANDAP

LAPORAN AWAL :
Sampai di lokasi dan membuat "Size up” didapati kebakaran dari kawasan pelupusan sampah lama berkeluasan 64 ekar anggaran peratus kebakaran 25% berhampiran Muhibbah Engineering.

TINDAKAN OPERASI :
Dengan menggunakan Konsep "RECEO" anggota operasi melakukan pemadaman menggunakan pam angkut, 2 aliran 1000 kaki 3 nozel air terbuka. Peratusan pemadaman setakat hari ini, anggaran 5 peratus. Dan dibantu oleh 2 unit excavator serta dibantu oleh 6 anggota SKUAD PANTAS MBDK & 4 anggota Unit Pencegahan Bencana Negeri ,SUK. Operasi ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok, jentera bersama anggota balik ke balai.

Sekian, Terima Kasih.
BBP Pelabuhan Klang

JUMAAT | 10 JULAI 2026KEBAKARAN HUTAN 🔥Lokasi 📍Lot 104629, (Bersebelahan Muhibbah Engineering Bhd) Lebuhraya Pulau Indah...
10/07/2026

JUMAAT | 10 JULAI 2026

KEBAKARAN HUTAN 🔥

Lokasi 📍

Lot 104629, (Bersebelahan Muhibbah Engineering Bhd) Lebuhraya Pulau Indah,Pelabuhan Klang.

Kebakaran api hutan telah berlaku melibatkan kawasan seluas 64 ekar. Berdasarkan penilaian awal di lokasi, dianggarkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan kawasan tersebut telah terbakar. Operasi pemadaman dan pemantauan terus dijalankan bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar.

Pegawai Operasi PBT II Mohd Saiful Munir bin Mohd Isa,Penyelia serta anggota turut hadir ke lokasi untuk pengoperasian dan juga turut hadir daripada agensi-agensi lain.

Balai yg terlibat 🚒
👩‍🚒*BBP PELABUHAN KLANG*

Agensi lain
-*SKUAD PANTAS MBDK*
-*SSOC*

Keanggotaan
(13 orang)

Bantuan dan Kecemasan sila hubungi :Talian MERS - 999 | BBP Pelabuhan Klang
03-31684444





✅
09/07/2026

🚨Utamakan keselamatan🚨Dalam setiap tugasan kerana nyawa dan kesihatan adalah keutamaan. Ingat, amalan keselamatan hari i...
03/07/2026

🚨Utamakan keselamatan🚨

Dalam setiap tugasan kerana nyawa dan kesihatan adalah keutamaan. Ingat, amalan keselamatan hari ini adalah jaminan untuk pulang dengan selamat kepada insan tersayang.

Pesanan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor




02/07/2026
KHAMIS | 02 JULAI 2026LAWATAN RASMI 🛥Lokasi 📍Persatuan Bomba Sukarela Pulau Ketam 🏬- Lawatan rasmi ke Persatuan Bomba Su...
02/07/2026

KHAMIS | 02 JULAI 2026

LAWATAN RASMI 🛥

Lokasi 📍Persatuan Bomba Sukarela Pulau Ketam

🏬- Lawatan rasmi ke Persatuan Bomba Sukarela Pulau Ketam telah diadakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama serta meninjau peranan dan sumbangan pasukan bomba sukarela dalam menjaga keselamatan komuniti setempat. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang TPgB II Ahmad Nazmi bin Halil,

Pegawai Operasi PBT II Mohd Saiful Munir bin Mohd Isa,Penyelia serta anggota yang bersama-sama berkongsi pandangan serta bertukar pengalaman mengenai aspek keselamatan, kesiapsiagaan dan pengurusan kecemasan. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi demi kesejahteraan masyarakat.

Balai yg terlibat 🚒
👩‍🚒*BBP PELABUHAN KLANG*

Keanggotaan
(9 orang)

Bantuan dan Kecemasan sila hubungi :Talian MERS - 999 | BBP Pelabuhan Klang
03-31684444





Address

Kampung Raja Uda
Port Klang
42000

Telephone

03 31684444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang:

Shortcuts

Share

Category