19/01/2026
PORT KLANG, 19 Januari 2026 | Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan yang disempurnakan oleh DCP Datuk Nik Ezanee Bin Mohd Faisal selaku Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang bertempat di wisma kastam pelabuhan klang.
Perhimpunan ini diadakan sebagai platform menyampaikan amanat, hala tuju semasa serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan 58 orang pegawai dan anggota yang hadir.
Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan disiplin, integriti dan komitmen tinggi ketika melaksanakan tugas. Setiap anggota diingatkan agar sentiasa menjaga imej pasukan, mengutamakan profesionalisme serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga segala amanat yang disampaikan menjadi panduan untuk terus memberikan khidmat terbaik demi organisasi, agama, bangsa dan negara.