31/08/2026
πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππππ ππ-ππ
Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, bersama isteri, YBhg Puan Zurim binti Md Khalid, dengan penuh rasa syukur dan bangga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
31 Ogos 1957 akan terus dikenang sebagai detik bersejarah yang menandakan lahirnya sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Setelah 69 tahun mengecapi kemerdekaan, semangat perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu wajar terus kita hayati dan sematkan dalam jiwa.
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita terus memelihara keharmonian, menghormati kepelbagaian dan memperkukuh perpaduan demi memastikan Malaysia kekal aman serta menjadi sebuah negara yang sejahtera untuk generasi masa hadapan.
Sebagai warga Polis Diraja Malaysia, amanah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam akan terus dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan rasa tanggungjawab demi rakyat dan tanah air tercinta.
ππππππππ ππππππ: πππππππππππππ πππππππππ
πππππππ ππππ ππππππππππ!
πππππππ! πππππππ! πππππππ!