SF KV Properties

SF KV Properties Our expertise to help other to own their house either for own stay or for investment. Call us NOW

Beza Freehold dan Leasehold: Apa yang Anda Perlu Tahu?Sekiranya anda sedang berkira-kira untuk beli rumah pertama anda, ...
28/07/2023

Beza Freehold dan Leasehold: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Sekiranya anda sedang berkira-kira untuk beli rumah pertama anda, antara perkara pertama yang perlu dilakukan atau diberi perhatian oleh anda ialah mengambil kira kategori hartanah tersebut sama ada freehold (pegangan bebas) atau leasehold (pegangan pajakan). Apakah yang dimaksudkan dengan hartanah freehold dan leasehold? Apakah beza freehold dan leasehold? Artikel ini akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut perbezaan antara leasehold dan freehold serta perkara-perkara lain berkaitan kedua-dua jenis hartanah ini bagi membantu anda membuat pilihan dalam mendapatkan hartanah terbaik untuk anda.

Salah Faham yang Biasa Berlaku Berkaitan Freehold dan Leasehold
Secara asasnya, ramai dalam kalangan pembeli rumah masih keliru dan kurang arif tentang hartanah leasehold dan freehold ini. Berikut merupakan antara salah faham yang biasa berlaku dalam kalangan pembeli berkaitan leasehold dan freehold untuk rujukan dan panduan anda:

1. Perlu Pindah Setelah Tamat Tempoh Pajakan
Salah satu perbezaan ketara antara hartanah freehold dan leasehold ialah tempoh pajakan – tempoh pajakan untuk hartanah leasehold ialah selama 99 tahun manakala tempoh pegangan untuk hartanah freehold ialah selama-lamanya (pegangan kekal). Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan pemilik hartanah leasehold berpendapat rumah atau kediaman mereka akan diambil alih oleh kerajaan selepas tamat tempoh pajakan.

Kebiasaannya, pihak kerajaan tidak akan mengambil semula hartanah tersebut dan pemilik boleh memohon untuk lanjutkan tempoh pajakan di Pejabat Tanah negeri masing-masing dan ia tertakluk pada kadar premium tertentu. Setiap negeri menetapkan cara pengiraan bayaran premium yang berbeza.

Meskipun begitu, tidak kira sama ada tanah anda berstatus freehold atau leasehold, kerajaan boleh gunakan kuasa untuk mengambil alih hartanah anda berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan anda biasanya akan menerima pampasan untuk hartanah tersebut. Biasanya, kerajaan mengambil keputusan untuk mengambil alih alih satu-satu kawasan bagi tujuan kepentingan awam seperti pembinaan lebuh raya dan sebagainya,

2. Rumah Leasehold Sukar Dijual atau Dipindah Milik
Secara asasnya, hartanah berstatus leasehold yang ingin dijual perlu mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri. Ini berbeza dengan hartanah berstatus freehold yang lebih bebas dan tidak tertakluk pada kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Namun begitu, ada sesetengah kes hartanah berstatus freehold perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum jual hartanah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti sekatan kepentingan.

3. Tempoh Pajakan 99 Tahun
Tarikh tamat tempoh pajakan secara teknikalnya bukan dikira bermula apabila anda beli rumah atau hartanah tersebut. Namun begitu, ia biasanya dikira berdasarkan maklumat yang biasanya dinyatakan pada muka surat hadapan surat hak milikan. Sebagai contoh, jika anda beli rumah pada tahun 2000, ia bukan bermaksud tempoh pajakan akan tamat pada tahun 2099. Tetapi, anda perlu rujuk muka surat hadapan surat hak milikan untuk mengetahui atau mendapatkan tarikh tamat tempoh pajakan yang betul.

Tarikh tamat tempoh pajakan sangat penting kerana ia boleh menjadi faktor penentu dalam hal-hal berkaitan kelulusan loan rumah anda. Ini kerana, bank akan mengambil kira baki pajakan yang tinggal dan permohonan pinjaman berkemungkinan ditolak jika baki pajakan kurang daripada 40 tahun.

Beza Freehold dan Leasehold yang Anda Perlu Tahu
Freehold dan leasehold seperti dinyatakan di atas merujuk pada status pegangan hartanah oleh pemilik. Bagi pemilik hartanah yang menerima hartanah untuk tempoh tertentu, mereka biasanya akan menerima geran dalam bentuk hak milik pajakan atau leasehold. Pemilik yang menerima hartanah tanpa had tempoh atau untuk selama-lamanya p**a akan menerima geran dalam bentuk hak milik kekal atau freehold. Meskipun begitu, ia tertakluk kepada cukai-cukai dan kadar bayaran tertentu – hartanah berstatus freehold perlu membayar cukai tanah, manakala hartanah berstatus leasehold perlu membayar cukai tanah dan bayaran premium pajakan.



19/07/2022

Minta tolong sikit boleh? Tolong like dan share posting saya ni.

Saya mencari dana bagi menyiapkan sebuah surau wakaf yang bernilai 50K. Jadinya saya jual produk bisnes saya.

Saya telah siapkan lebih 80% video 27 chapter Idea Jana Duit Jutawan Kampung. Saya akan serahkan videonya pada RABU 20 July 2022 kepada yang membelinya.

Ianya adalah sebuah pengalaman yang saya lalui sendiri. Ianya disampaikan melalui video. Anda akan diserahkan melalui telegram. Lebih 4 jam dan dibahagikan mengikut chapter.

Saya mencari dana untuk menyiapkan sebuah surau wakaf. Semua duit yang saya dapat melalui e-video ini akan saya salurkan untuk surau berkenaan.

Anda boleh membeli dan menyumbang.

Tawaran ini tamat pada jam 11.59 malam 18 July dah harganya akan meningkat. Harga asalnya adalah RM299.

Membeli dan menyumbang klik

https://ezy.la/u3e
https://ezy.la/u3e
https://ezy.la/u3e

Jika video ini bukan untuk anda, mungkin ianya sangat berguna pada ramai orang. Tolong saya share .

27/06/2022

Sabar dan tabah dengan dugaan:💥

Rasullulah SAW bersabda:
"مَا مِنْ مُصِيبَةٍ تُصِيبُ الْمُسْلِمَ إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا"
Maksud: "Tiada musibah (ujian) yang menimpa seseorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosanya dengan musibah itu walaupun hanya duri yang mengenainya".

[Sahih Bukhari, 5209]

-------------------------------------
🌻 Setiap manusia ada ujian dan dugaan tersendiri, laluinya dengan sabar dan tabah.
🕌 Kesabaran dan ketabahan itu menjadi elemen pada keimanan seseorang pada qada' dan qadar, dan Allah tempat meminta pertolongan
💖 Ujian juga tanda sayang Allah kepada manusia supaya mengingati-Nya selalu
🌼 Maka wajarlah orang ini mendapat ampunan jika dia dapat laluinya dengan nilai² tersebut.

19/06/2022

Assalamualaikum..Abam nk share skit ni...

Walaupun isteri ada password ATM suami ;

1) Duit dalam akaun adalah Hak Waris-Waris, isteri hanya ada hak 1/8 sahaja.
2) Akaun bank akan dibekukan sehari selepas Sijil Kematian dikeluarkan.
3) Akaun bank ada Had limit pengeluaran dan transfer. Tak dapat secure semua duit.
4) Jika termakan harta hak waris lain hukum nya Haram!

Oleh itu, sediakanlah Hibah kerana pampasan hibah boleh di terima seawal 7-14 hari sahaja & ianya 100% hak mutlak penama/penerima hibah !







Syed
0192285147

*11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI SURAU ATAU MASJID"**"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ...
13/06/2022

*11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI SURAU ATAU MASJID"*

*"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;*

1👉Rasulullah berpesan:
"Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). "
(Riwayat Ibn Majah)

2👉Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3👉Rasulullah bersabda:
"Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4👉Rasulullah bersabda:
"Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5👉Rasulullah bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat."
(Riwayat Muslim)

6👉Rasulullah bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7👉Rasulullah bersabda:
"Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8👉Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9👉Rasulullah bersabda:
"Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10👉Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang."
(Riwayat Ahmad)

11👉Allah berfirman:
"Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

*Sampaikan walau sepotong ayat, moga bermanfaat.*

02/06/2022
Mesej Untuk Orang Yang Berhutang.Bayangkan Rasullullah SAW tidak solatkan jenazah orang yang meninggal dalam keadaan ber...
29/05/2022

Mesej Untuk Orang Yang Berhutang.
Bayangkan Rasullullah SAW tidak solatkan jenazah orang yang meninggal dalam keadaan berhutang yang tiada duit untuk cover hutang dia.
Betapa beratnya hutang ni.
So kalau anda berhutang apa yang boleh buat?
1) Make sure berapa banyak baki hutang dan berapa lama lagi anda perlukan untuk cover hutang anda
2) Azam bersungguh-sungguh untuk bayar semua hutang ini dan tambah income supaya anda cepat lunaskan semua hutang.
3) Make sure semua hutang-hutang anda di cover oleh takaful sama dari bank ataupon takaful nyawa.
Mungkin ada yang tanya selewat-lewatnya bila saya kene settlekan semua benda ni?
Jawapannya sehari sebelum anda meninggal. Tapi masalahnya kita tak tahu bila kita meninggal so buatlah sekarang.

c&p

Abam Takaful





www.wasap.my/+0192285147/hibahtakaful

Telinga Lelaki Pekak Sebelah?Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jer...
26/01/2022

Telinga Lelaki Pekak Sebelah?

Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.

Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.

Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.

Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.

Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan "stereo" menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam "toilet". Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami. 😉

Sabor je lah...

Sumber : JK PEKA IKRAM

Address

IOI Mall Puchong
Puchong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SF KV Properties posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share