21/09/2022
TANGKAPAN (2) LELAKI BERBANGSA INDIA BERKAIT KES PECAH KILANG
Bukit Puchong, 20 September 2022 – Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki Cina mengatakan kilangnya di kawasan Kampung Bersatu, Batu 13, Puchong telah dipecah masuk.
Hasil semakan CCTV dan risikan yang dibuat, Insp. Mohamad Elias Bin Lamuie (Ketua Polis Balai Bukit Puchong) bersama sepasukan anggota telah berjaya menahan (2) orang suspek utama berbangsa India berhampiran Jejambat Batu 14, Puchong.
Siasatan awal yang dijalankan telah membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Pusat Bandar Puchong serta berjaya merampas pelbagai peralatan dipercayai hasil curi daripada kilang yang dipecah masuk. Antara peralatan yang dijumpai dan dirampas adalah (1) Unit mesin gerudi jenama BOSCH, (1) Unit breaker jenama DCA, 1 Unit mesin pemotong besi jenama MAKITA, (1) Unit mesin gerudi jenama MAKITA, (1) Unit waterjet jenama POWERJET, (1) Unit pemutar skru Elektronik jenama BOSCH, (1) Unit pemutar skru Elektronik jenama MAXX serta (1) Unit pemotong besi.
Semakan rekod lampau, dapati suspek yang berusia (35) tahun mempunyai (3) rekod lampau berkaitan jenayah, dadah serta pertubuhan haram, manakala suspek yang berusia (32) tahun p**a mempunyai (8) rekod jenayah dan (5) rekod berkaitan dadah. Suspek serta rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes untuk tindakan tuduh di Mahkhamah dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Orang ramai boleh melaporkan segera kepada pihak Polis jika ada sebarang kegiatan yang mencurigakan disekitar anda.
Nota: Auto translate yang dijana pada komputer atau laptop mungkin akan membuatkan sesuatu keterangan menjadi berlainan maksud.