25/10/2024
BALAI POLIS Putra Perdana ,Ipd Sepang , 25 Oktober 2024 -Dengan diketuai oleh Penolong Ketua Polis Balai Sarjan Mejar Roslan bin Roslin bersama Sarjan Yusri bin Miskon kaunter program Modern Policing 'TALK TO US' telah diadakan di rumah Ketua Kampung Pulau Meranti, Puchong (JKKK) En.Sunil bin Suin serta kehadiran Bendahari En. Mohd Esa bin Ahmad
Objektif utama Program 'TALK TO US' ini adalah untuk mendekatkan lagi masyarakat bersama PDRM bagi memantapkan semula slogan PDRM "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada",
Dalam program ini, kaji selidik kepada orang awam bagi mendapatkan maklum balas tentang perkhidmatan dan program anjuran PDRM dengan masyarakat selain dari mendapatkan maklum balas tentang isu jenayah semasa di komuniti mereka.
Program ini juga merupakan medium perantara dari pihak PDRM dalam menyampaikan maklumat tentang jenayah semasa di sekitar Putra Perdana dan cara-cara pencegahan awal jenayah kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan di dalam Sepang
Semoga dengan adanya program seperti ini, masyarakat tidak lagi perlu untuk takut atau malu berkongsi apa apa maklumat yang berkaitan jenayah kepada pihak PDRM kerana data anda dilindungi dan kami akan memastikan setiap pandangan dan cadangan yang positif di ambil kira dan dilaksana dengan baik.
Program berakhir dengan jayanya Polis IPD Sepang