19/07/2026
πππ₯π¦ππ§π¨ ππππππππ‘ π£π¨πππ’π‘π π§ππ₯π¨π¦ π£ππ₯ππ¨ππ¨π π£ππ₯π§π
Alhamdulillah, pada 18 Julai 2026, BERSATU Bahagian Puchong telah berjaya mengadakan Persidangan Khas Penubuhan Jawatankuasa Cawangan-Cawangan di Dewan seminar Puchong Permata 1. Persidangan yang melibatkan beberapa cawangan ini berlangsung dengan lancar dan teratur mengikut Perlembagaan Parti serta Peraturan Persidangan yang ditetapkan.
Kehadiran para ahli persidangan yang sangat memberangsangkan, sehingga memenuhi ruang di dalam dan luar dewan bukti sokongan padu perjuangan ahli-ahli BERSATU Bahagian Puchong terus utuh di peringkat akar umbi termasuk sayap bersekutu dibawah penyelarasan tuan Gurmit Singh
Persidangan telah dirasmikan oleh Tuan Megat Muhammad Faris, Exco Armada Nasional, yang juga merangkap pemerhati persidangan yang turut hadir sebagai Pemerhati Persidangan bersama Tuan Mohd Aisham Manaf, Pegawai Khas kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Turut hadir ialah Tuan Mohd Sobri bin Mad Isa, Timbalan Ketua Bahagian Puchong dan Tuan Muhammad Shahrul Anuar bin Abu Samah, Bendahari Bahagian Puchong.
Persidangan malam tadi berjaya menyempurnakan proses pemilihan jawatankuasa cawangan dan sayap dengan penuh semangat muafakat. Tahniah diucapkan kepada semua Ketua-Ketua Cawangan, barisan Jawatankuasa Cawangan serta Jawatankuasa Sayap yang telah menerima mandat daripada ahli-ahli persidangan cawangan masing-masing. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Terima kasih kepada seluruh urus setia, petugas dan para perwakilan, ahli persidangan yang telah menjayakan persidangan ini. BERSATU Bahagian Puchong akan terus memperkukuhkan organisasi, memperkasa jentera dan melangkah ke hadapan dengan semangat perjuangan yang lebih utuh demi memastikan parti terus kuat di peringkat akar umbi.
Bersatu β’ Beramanah β’ Bermaruah