30/08/2026
β¨ MySE @ MAHA 2026 β¨
29 Ogos 2026 | MAEPS, Serdang
Delegasi PUSPANITA KPKM berkesempatan mengadakan lawatan ke segmen MySE LKIM sempena MAHA 2026, diketuai oleh YBhg. Datin Seri Noor Laili binti Hamzah, Pengerusi PUSPANITA KPKM, dan diiringi YBhg. Datin Hajah Hanifa Bibi binti Shafi Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil LKIM serta Puan Rashima binti Baharuddin, Timbalan Pengerusi PUSPANITA LKIM merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM.
Turut bersama ialah para Pengerusi dan Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan dan Agensi di bawah KPKM.
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi menjadi platform memperkukuh jaringan, menyemarakkan kolaborasi dan mengeratkan silaturahim dalam ekosistem PUSPANITA KPKM.
πΎJOMMMMM KE MAHA 2026. Siapa tak datang, dia yang rugiiiiiii!!!! Dari 28 Ogos hingga 6 September 2026