PAS Cwgn Bandar Puteri

PAS Cwgn Bandar Puteri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Cwgn Bandar Puteri, Political organisation, PASTI BESTARI BANDAR PUTERI PUCHONG, Puchong.

Tahniah Jentera PAS Subang
26/07/2026

Tahniah Jentera PAS Subang

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ถ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ) | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ดAlhamdulillah, telah berlangsung Bengke...
26/07/2026

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ถ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ) | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pengurusan Organisasi yang menghimpunkan 17 orang peserta, terdiri daripada Setiausaha, Bendahari serta
Wakil Cawangan dan Dewan-dewan.

Penyertaan melibatkan 11 daripada 21 cawangan, wakil daripada Dewan Ulamak PAS Kawasan Subang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, serta seorang wakil Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Subang.

Program ini telah diterajui oleh Sekretariat PAS Kawasan Subang, melibatkan Setiausaha Kawasan, Penolong Setiausaha 1, Penolong Setiausaha 2 serta dibantu oleh Bendahari PAS Kawasan Subang.

Bengkel diisi dengan dua slot perkongsian yang padat dan bermanfaat.

Slot pertama telah disampaikan oleh Tuan Kamarul Arifin bin Abdul Manaf, Penolong Setiausaha 1 PAS Negeri Selangor, yang mengupas berkaitan peranan dan pengurusan Setiausaha dalam organisasi.

Slot kedua p**a disampaikan oleh YB Tuan Jefri bin Mejan, Bendahari PAS Negeri Selangor, dengan tajuk "Kecekapan Pengurusan Dana", yang memberi penekanan kepada pengurusan kewangan yang cekap, telus dan berintegriti.

Alhamdulillah, dua orang wakil dari Cawangan Bandar Puteri turut menyertai bengkel ini. Semoga segala ilmu, panduan dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan amanah sebagai Setiausaha dan Bendahari, seterusnya memperkukuh lagi pengurusan organisasi di peringkat cawangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penceramah, urus setia serta semua peserta yang telah menjayakan bengkel ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh dan mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT.

26/06/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

Semalam telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang Bil. 1 bagi sesi 2026/2027.

Mesyuarat ini menjadi langkah awal untuk menyusun gerak kerja yang lebih tersusun, berwibawa dan berkesan dalam mengangkat agenda Islam serta mendekati masyarakat.

Barisan AJK terdiri daripada pelabagai latar belakang kepakaran dan kerjaya antaranya guru, pengurus operasi, hartanah, arkitek, perakaunan, kewangan, jurutera awam, jurutera minyak dan gas, jurutera perisian dan pengurusan keselamatan data.

Insya-Allah, Dewan Pemuda PAS Subang akan terus komited melahirkan kepimpinan anak muda yang bukan sahaja tegas pada prinsip, tetapi juga matang, profesional dan mampu mentadbir demi manfaat semua lapisan masyarakat.






Jabatan Penerangan dan Media Baharu
DPPK Subang

26/06/2026
15/06/2026

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Assalamualaikum wrt

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Panitia Induk Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Subang Kali Ke-12 Sesi 2026 atas segala komitmen, pengorbanan masa, tenaga dan buah fikiran yang telah dicurahkan sepanjang proses perancangan dan pelaksanaan program ini.

Kejayaan penganjuran MAT kali ini adalah hasil kerja berpasukan, kesungguhan serta semangat ukhuwwah yang ditunjukkan oleh semua pihak. Setiap tugasan yang dilaksanakan, sama ada besar mahupun kecil, telah memberikan sumbangan yang sangat bermakna dalam memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta menjadi saham akhirat yang berterusan.

Terima Kasih juga kepada semua para perwakilan yang hadir menyempurnakan tanggungjawab & amanah sebagai anggota Parti.

Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.

Ikhlas daripada,
Fadh Ibrahim
Pengarah Panitia Induk
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Subang Kali Ke-12
Sesi 2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฎ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ | ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐——๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐—จ...
14/06/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฎ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)
๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ | ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐——๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐—จ๐—ฆ๐— ๐Ÿญ

Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Subang Kali Ke-12 dengan penuh tertib dan semangat perjuangan.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah menyampaikan amanat serta panduan buat seluruh saf kepimpinan dan ahli dalam menghadapi cabaran semasa.

Cawangan kami turut menghantar 13 orang perwakilan yang mewakili kawasan, dewan-dewan serta cawangan bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat pada hari ini. Semoga kehadiran dan penglibatan ini menjadi satu usaha dalam memperkukuhkan gerak kerja jamaah serta mempererat ukhuwah sesama ahli.

Doa dan harapan kami, semoga seluruh pimpinan dan ahli terus dikurniakan kekuatan untuk kekal istiqamah dalam perjuangan, dipandu dengan hikmah dalam setiap tindakan, serta sentiasa kembali kepada penyelesaian Islam sebagai jalan terbaik dalam mendepani segala cabaran masyarakat dan negara.

"Ya Allah, teguhkanlah langkah kami di atas jalan-Mu, satukan hati-hati kami dalam perjuangan, dan kurniakanlah kepada kami keikhlasan serta istiqamah hingga ke akhir hayat."





Selamat Hari Pekerja buat semua ! Semoga segala usaha keras anda dipermudahkan, diberkati rezekinya, dan mendapat ganjar...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua !

Semoga segala usaha keras anda dipermudahkan, diberkati rezekinya, dan mendapat ganjaran yang terbaik di sisi-Nya.

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

โ€‹PAS Subang mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat warga pekerja di Subang dan Selangor. Terima kasih atas segala usaha, dedikasi, dan pengorbanan anda dalam membina bangsa dan negara!

Tahukah anda? Sambutan Hari Pekerja di Malaysia mula mencatatkan sejarah apabila tarikh 1 Mei diisytiharkan sebagai hari kelepasan am (cuti umum) pada tahun 1972 oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Pengiktirafan bersejarah ini adalah bukti penghargaan negara terhadap keringat dan peranan penting warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan kemajuan Malaysia semenjak pasca merdeka.

Keluar mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga bukanlah sekadar rutin hidup, malah ia diangkat martabatnya sebagai satu ibadah dan jihad yang sangat mulia.

โ€‹Islam amat menitikberatkan soal menyantuni pekerja, menghormati hak mereka, serta keadilan dalam pekerjaan. Majikan dituntut untuk menjaga kebajikan pekerja, selari dengan pesanan agung baginda Rasulullah SAW:

โ€‹"Berikanlah upah kepada pekerja sebelum kering peluhnya." (Riwayat Ibnu Majah)

โ€‹Firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm, ayat 39:
โ€‹"Tidak ada bagi seseorang manusia melainkan apa yang diusahakannya."

โ€‹Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap titik peluh, amanah, dan kejujuran di tempat kerja tidak akan pernah sia-sia, malah akan dinilai dan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

โ€‹Semoga segala usaha keras anda dipermudahkan, diberkati rezekinya, dan mendapat ganjaran yang terbaik di sisi-Nya.

โ€‹Ikhlas daripada:
PAS SUBANG

โ€‹


Alhamdulillah.Pergi ke kedai membeli belerang,Parang di pinggang disisip rapi,Kalau umur panjang dan lapang,Jumpa lagi A...
26/04/2026

Alhamdulillah.

Pergi ke kedai membeli belerang,
Parang di pinggang disisip rapi,
Kalau umur panjang dan lapang,
Jumpa lagi Aidilfitri tahun hadapan nanti.



Address

PASTI BESTARI BANDAR PUTERI PUCHONG
Puchong
47100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cwgn Bandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share