SK Puchong Indah

SK Puchong Indah Lawati laman web rasmi kami di URL berikut :

http://skpuchongindah.blogspot.com

Laman ini merupakan laman rasmi bagi Sk Puchong Indah.Diwujudkan untuk berkongsi pelbagai info berkaitan aktiviti dan program di sekolah.Semoga bermanfaat.

✨ PUASA SUNAT ARAFAH βœ¨πŸ—“ Tarikh:26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H (Selasa)🎯 Sasaran:Semua warga SKPI🌟 Galakan Puasa sunat H...
24/05/2026

✨ PUASA SUNAT ARAFAH ✨

πŸ—“ Tarikh:
26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H (Selasa)

🎯 Sasaran:
Semua warga SKPI

🌟 Galakan Puasa sunat Hari Arafah
🌟 Semua guru, anak-anak dan ahli keluarga sangat digalakkan untuk berpuasa sunat.
🌟 Ibu ayah boleh bantu anak-anak bangun sahur dan berpuasa bersama-sama.
🌟 Semoga amalan puasa sunat Hari Arafah ini menjadi asbab keampunan dosa dan membentuk peribadi murid yang berakhlak mulia serta dekat dengan Allah SWT.

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK PUCHONG INDAH

"SELANGKAH KEHADIRAN, SEJUTA HARAPAN" Kami warga SKPI juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran puan sebagai Penolong ...
23/05/2026

"SELANGKAH KEHADIRAN, SEJUTA HARAPAN"

Kami warga SKPI juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran puan sebagai Penolong Kanan Petang dalam keluarga besar kami. Semoga dapat bersama memacu kejayaan ke arah kecemerlangan sekolah ini.

"BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan bakti se...
23/05/2026

"BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG"

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan bakti sepanjang 22 tahun mencurah khidmat di sekolah ini. Sekalung tahniah juga atas perlantikan sebagai Penolong Kanan Petang. Kenangan dan sumbangan yang ditinggalkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah.

Lensa kamera Sambutan Hari Guru (sesi petang)22/5/2026 JumaatTema: Sekiranya aku bukan guru.
23/05/2026

Lensa kamera Sambutan Hari Guru (sesi petang)
22/5/2026 Jumaat
Tema: Sekiranya aku bukan guru.

23/05/2026
Lensa Kamera: Sambutan hari guru 202622/5/2026 Jumaat (Sesi pagi)Tema: Sekiranya aku bukan guru.
23/05/2026

Lensa Kamera: Sambutan hari guru 2026
22/5/2026 Jumaat (Sesi pagi)
Tema: Sekiranya aku bukan guru.

18/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SKPI 🀍Mohon doa daripada semua, buat pasukan bahas SKPI yang akan mewakili sek...
18/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SKPI 🀍

Mohon doa daripada semua, buat pasukan bahas SKPI yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Bahas Peringkat Negeri sebentar lagi. Semoga mereka diberikan ketenangan, keyakinan, idea yang bernas serta dipermudahkan segala urusan sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga usaha dan semangat mereka membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama sekolah.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua 🌷

GURU BITARA, NADI NEGARA ✨Selamat Hari Guru Tahun 2026 diucapkan kepada seluruh warga pendidik, terutamanya barisan pent...
17/05/2026

GURU BITARA, NADI NEGARA ✨
Selamat Hari Guru Tahun 2026 diucapkan kepada seluruh warga pendidik, terutamanya barisan pentadbir dan guru-guru hebat di Sekolah Kebangsaan Puchong Indah! πŸŽ“
Terima kasih atas segala pengorbanan, keringat, dan dedikasi yang tidak pernah luntur dalam mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Segala jasa murni cikgu akan sentiasa mekar di sanubari kami.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan guru-guru dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, diberikan kesihatan yang baik, serta keberkatan dalam hidup.

Address

Jalan Indah 2/1, Taman Puchong Indah
Puchong
47150

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Puchong Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category