Dewan Muslimat PAS Puchong

Dewan Muslimat PAS Puchong Terima kasih sudi jadi follower kami.

VISI
Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia menerusi tenaga muslimat

MISI

Membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar

Melahirkan Tenaga Muslimat Mujahidah Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa berperanan sebagai Da'ei kepada masyarakat

03/09/2026
DERMA DANA JIHAD (PILIHANRAYA)Harta yang diinfaqkan, perisai perjuangan di medan pilihan raya.​Melihat uncang-uncang der...
03/09/2026

DERMA DANA JIHAD (PILIHANRAYA)

Harta yang diinfaqkan, perisai perjuangan di medan pilihan raya.

​Melihat uncang-uncang derma jihad pilihan raya beredar di dalam dewan sebentar tadi, cukup menyentuh hati. Masing-masing bersemangat menyumbang tanpa ada rasa berkira-kira semuanya demi satu niat: melihat Islam dan keadilan tertegak di bumi ini.

Jazakumullah khairan kathira atas keprihatinan dan kemurahan hati para perwakilan. Semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala berlipat ganda dan memberkati setiap sen yang dihulurkan.

Setiap ringgit yang infaqkan adalah nadi pergerakan jentera di lapangan.



03/09/2026

MELAHIRKAN GENERASI RABBANI MELALUI PENDIDIKAN

“Pendidikan bukan sekadar mengejar angka dan keputusan peperiksaan. Ia adalah proses membentuk jiwa, akhlak dan masa depan generasi.”

Ustazah Nuridah turut berkongsi kejayaan Lajnah Pendidikan PAS Pusat melancarkan Falsafah Pendidik KAFFAH RABBANI sebagai panduan dalam menyelaras perjalanan institusi pendidikan di bawah PAS, bermula daripada TASTI, PASTI, SMITI hingga ke peringkat tertinggi, KUIZM.

Dalam memastikan lahirnya pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, Dewan Muslimat PAS Pusat turut mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia memperkemas tadbir urus melalui audit tugasan guru serta pengukuhan tenaga sokongan bagi mengelakkan tindihan kerja.

“Kerana kita tidak hanya mahu melahirkan pelajar yang cemerlang di atas kertas, tetapi generasi yang berakhlak, teguh prinsipnya dan matang dalam membuat keputusan.”

Inilah pendidikan yang melahirkan generasi Rabbani.



Address

Puchong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share