POLISI FACEBOOK RASMI PDRM (POLIS DAERAH SERDANG)
PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi PDRM mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat membe
ri kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas.
2. Komen Yang Tidak Diterima
● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam
3. Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.
4. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi Polis Daerah Serdang.
5. Hak Pentadbir
Pentadbir Facebook Rasmi PDRM berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi PDRM sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/memadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman. Pentadbir juga berhak untuk menyekat individu, organisasi didalam Facebook Rasmi Polis Daerah Serdang.
* Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi PDRM adalah pandangan peribadi penulis dan mewakili pentadbir Facebook Rasmi PDRM. Pihak pentadbir Facebook Rasmi PDRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.