01/08/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐-๐๐ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐
Dalam kejadian bencana, setiap detik mencari dan menyelamat dihitung demi menyelamatkan nyawa. Di sebalik setiap misi yang berjaya, terserlah keberanian, kesungguhan dan pengorbanan anggota yang sentiasa meletakkan keselamatan mangsa mengatasi kepentingan diri. Itulah nilai yang menjadi teras kekuatan Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sejak penubuhannya.
Sempena ulang tahun SMART ke-31 pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga SMART atas komitmen, profesionalisme serta dedikasi yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah sama ada di dalam mahupun di luar negara. SMART terus membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah pasukan mencari dan menyelamat bertaraf dunia.
Sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara, saya amat menghargai peranan SMART sebagai antara tonggak utama dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang bencana. Kecekapan, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan bukan sahaja meningkatkan keyakinan rakyat, malah menjadi kebanggaan negara dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana di arena antarabangsa.
Saya turut mendoakan agar SMART terus melakar kejayaan, termasuk memperoleh pensijilan semula INSARAG External Reclassification (IER) sebagai Pasukan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR) Team, sekali gus memperkukuh pengiktirafan antarabangsa dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan. Selamat menyambut ulang tahun ke-31 Pasukan SMART.