BERJASA Malaysia

BERJASA Malaysia BERJASA adalah sebuah parti politik yang menawarkan buat Malaysia.
(2)

Kita mahukan pemimpin yang terbukti jujur dalam pendirian dan bertindak secara jelas membawa agenda Melayu-Islam sebagai...
14/08/2026

Kita mahukan pemimpin yang terbukti jujur dalam pendirian dan bertindak secara jelas membawa agenda Melayu-Islam sebagai bangsa teras negara ini. Bukan sekadar retorik yang tidak membawa apa-apa makna selain kelangsungan politik masing-masing.

Dengan kekuatan 148 kerusi, tiada lagi alasan. Buktikan dengan 3 perkara ini.

Ustaz Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA

Lindungi anak di alam maya, kami sokong. Tapi tanya diri kita: anak yang disekat tanpa difahamkan, akan berhenti... atau...
13/08/2026

Lindungi anak di alam maya, kami sokong. Tapi tanya diri kita: anak yang disekat tanpa difahamkan, akan berhenti... atau cari jalan lain?

Sekatan menutup skrin. Pendidikan sahsiah membina insan. Itulah beza dasar hari ini dengan Impian Nasional 2040.

Agong titah siasat "sehingga ke lubang cacing." Rakyat mahu jawapan. Tapi semalam, Dewan Rakyat menyaksikan pembangkang ...
12/08/2026

Agong titah siasat "sehingga ke lubang cacing." Rakyat mahu jawapan. Tapi semalam, Dewan Rakyat menyaksikan pembangkang keluar dewan, enggan berbahas lanjut dengan sebab-sebab tertentu.

Bagi BERJASA, Tabung Haji ialah amanah umat yang terlalu besar untuk dikorbankan atas nama politik, siapa pun pelakunya. Duduk, bahas, dan tuntut pendakwaan. Itu kerja wakil rakyat.

Hala tuju negara tidak sepatutnya menunggu keputusan kongres sebuah parti.Impian Nasional 2040, ayuh berpolitik ikut pri...
10/08/2026

Hala tuju negara tidak sepatutnya menunggu keputusan kongres sebuah parti.

Impian Nasional 2040, ayuh berpolitik ikut prinsip, lahirkan kepimpinan profesional buat masa hadapan.

TAHNIAH YAB DATUK ISMAIL LASIM 🤝Parti BERJASA merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Ismail Lasim atas pelantikan se...
06/08/2026

TAHNIAH YAB DATUK ISMAIL LASIM 🤝

Parti BERJASA merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Kami menghormati keputusan rakyat, dan mendoakan agar YAB memikul amanah ini dengan adil, telus dan berhikmah demi seluruh rakyat Negeri Sembilan, merentas kaum dan fahaman politik.

BERJASA akan terus berperanan sebagai suara semak dan imbang yang membina, dan berharap suara rakyat yang kami dengar sepanjang kempen terutamanya keperluan Hospital Nilai diberi perhatian kerajaan negeri yang baharu.

Selamat menjalankan amanah, YAB. Semoga Negeri Sembilan terus maju dan beradat.

PARTI BERJASA

Kenyataan Media Parti BERJASA | Keputusan Pilihan Raya Negeri Sembilan - DUN N10 NILAI
01/08/2026

Kenyataan Media Parti BERJASA | Keputusan Pilihan Raya Negeri Sembilan - DUN N10 NILAI

31/07/2026

Live Di D’Dangau @ Nilai

� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

28/07/2026

🟣 YANG SEDIKIT TIDAK SEMESTINYA TEWAS!

Sepanjang kempen ini, ada satu pandangan yang sering kami dengar. Parti kecil, calon seorang, mana mungkin mampu.

Namun, kecil bukan bererti lemah, dan besar bukan bererti menang. Kekuatan sesebuah perjuangan tidak terletak pada bilangannya, tetapi pada keyakinan, kesabaran dan keikhlasan mereka yang mendukungnya.

Menang atau kalah, semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Tanggungjawab kami hanyalah berusaha dengan sehabis daya, umpama seorang panglima di medan perjuangan yang tidak mengenal erti menyerah selagi nyawa masih dikandung badan.

Perjuangan ini juga tidak berakhir pada 1 Ogos. Tarikh tersebut hanyalah hari rakyat membuat pilihan. Khidmat kepada warga Nilai dan seluruh rakyat Malaysia akan tetap diteruskan, insya-Allah, walau apa pun keputusannya, mengikut kemampuan yang kami miliki.

Kepada pengundi Nilai yang masih ragu-ragu kerana melihat kecilnya kami, ingatlah bahawa undi bukan diberikan kepada yang besar, tetapi kepada yang benar.

Pada 1 Ogos, undilah calon Muslim berwibawa. Pangkah Calon No. 1 | Ustaz Zamani Ibrahim | DUN Nilai ✅

Address

BP 1-17, Jalan BPD 1 BUSINESS PARK D'alpinia
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BERJASA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BERJASA Malaysia:

Shortcuts

Share