29/04/2022
Sesungguhnya bagi umat islam tidak ada bulan yang lebih bermakna dan penuh dengan hidayah selain dari bulan Ramadan. Oleh itu, Parti MUDA Negeri Johor dengan ini ingin menjemput anda untuk sama-sama menyumbang dan berkongsi kebahagian bersama-sama dengan komuniti asnaf di Negeri Johor.
Sumbangan anda boleh diberikan melalui laman web rasmi kami di mudajohor.my/iftarsejiwa ataupun anda boleh menghubungi Setiausaha Parti MUDA Negeri Johor untuk sebarang pertanyaan.
Marilah kita bersama-sama berkongsi keindahan ramadan bersama komuniti asnaf disekitar Johor. Semoga dengan sumbangan ikhlas anda, program yang akan dijalankan tidak lama lagi ini dapat berjalan dengan lancar.