Parcel Express Puncak Alam

Parcel Express Puncak Alam Post Office

Hati-hati semua. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan logo Parcel Express untuk tujuan mengambil ...
14/05/2023

Hati-hati semua. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan logo Parcel Express untuk tujuan mengambil dan mendapatkan wang daripada orang ramai untuk servis dan khidmat palsu.

Ingin kami tegaskan di sini bahawa kami tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen untuk menjalankan perkhidmatan di luar premis. Kami juga ingin memaklumkan bahawa setiap transaksi yang dibuat hanya menggunakan akaun rasmi syarikat dan bukannya akaun perseorangan.

Sekian, harap maklum.

C U T I   A I D I L F I T R IKepada para pelanggan budiman sekelian,1. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka ...
17/04/2023

C U T I A I D I L F I T R I

Kepada para pelanggan budiman sekelian,

1. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka Parcel Express Puncak Alam terpaksa menutup lebih awal premisnya iaitu bermula pada keesokan hari 18/04/2023 hingga 26/04/2023. Dipercepatkan 2 hari daripada tarikh asalnya, 21/04/2023. Penutupan ini bersempena dengan Cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

2. Di kesempatan ini kami wargakerja PXA Puncak Alam ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya komuniti umat di sekitar Bandar Puncak Alam.

3. Semoga ketibaan Syawal kali ini akan membawa seribu satu sinar kebahagiaan, kemuliaan dan keberkatan yang berpanjangan buat kita semua. Mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kekhilafan.

Sekian.

N O T I S   P E M B E R I T A H U A NKepada para pelanggan yang dihormati sekelian. Ingin kami maklumkan beberapa perkar...
22/03/2023

N O T I S P E M B E R I T A H U A N

Kepada para pelanggan yang dihormati sekelian. Ingin kami maklumkan beberapa perkara sempena kedatangan Bulan Ramadan yang mulia ini.

Pertama, kedai kami akan ditutup pada hari Khamis 23 Mac, 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444H untuk sama-sama meraikan awal Ramadan.

Kedua. Sepanjang bulan Ramadan ini, waktu perniagaan kami akan dipendekkan daripada biasa iaitu dari pukul 10.30am hingga 5.00pm kecuali hari Sabtu sehingga pukul 2.30pm.

Terima kasih kerana masih setia memilih untuk berurusan di Parcel Express Puncak Alam.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga amal maa'ruf kita diterima dan beroleh keberkatan daripadanya. Aminn YRA.

Sekian.

A H L A N  W A S A H L AN  Y A  R A M A D A NBismillahir Rahmanirr Rahim.Sempena dgn kedatangan bulan mulia, Bulan Ramad...
05/03/2023

A H L A N W A S A H L AN Y A R A M A D A N

Bismillahir Rahmanirr Rahim.

Sempena dgn kedatangan bulan mulia, Bulan Ramadan Al Mubarak tidak lama lagi, kami di Parcel Express Puncak Alam dengan berbesar hati ingin menawarkan 'Hamper Rahmah' dengan harga mampu milik.

Terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu set Laila dan juga set QADR dgn harga RM45 dan RM65 bg setiap satu.

Kedua-duanya sesuai untuk dijadikan hadiah dan sedekah kepada seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Tidak terkecuali juga sebagai cenderamata korporat mahu pun buah tangan kpd badan-badan kebajikan masyarakat.

Untuk mendapatkannya boleh terus menghubungi kami di talian +60 17-236 6229.

Sekian.

Salam Ramadan, salam keberkatan.

Anda seorang penggemar susu segar? Kalau begitu bolehlah berkunjung ke premis kami di Pusat Perdagangan Alam Jaya kerana...
17/02/2023

Anda seorang penggemar susu segar? Kalau begitu bolehlah berkunjung ke premis kami di Pusat Perdagangan Alam Jaya kerana sekarang ini ada produk-produk susu segar pelbagai perisa keluaran Farm Fresh yang boleh di dapati di sini. Sambil-sambil menghantar bungkusan, boleh juga menikmati susu segar beraneka rasa... kan? Mooodahnya.

Alhamdulillah, Parcel Express Puncak Alam  semakin dikenali. Pada usia setahun jagung ini, kami tetap berusaha untuk mem...
18/01/2023

Alhamdulillah, Parcel Express Puncak Alam semakin dikenali. Pada usia setahun jagung ini, kami tetap berusaha untuk memberikan perkhidmatan yg terbaik buat semua. Semoga sasaran untuk mendapatkan 5 ribu 'drop off' parcel sebulan akan tercapai. Terima kasih yg tidak terhingga kpd para pelanggan yg sudi menggunakan khidmat kami.

Anda seorang online seller yg menggunakan platform Shopee Express? Hantarkan sahaja parcel anda ke Parcel Express Puncak...
11/01/2023

Anda seorang online seller yg menggunakan platform Shopee Express? Hantarkan sahaja parcel anda ke Parcel Express Puncak Alam kerana di sini kami turut menyediakan perkhidmatan mencetak Airway Bill, beg plastik kurier dan juga pocket AWB untuk kemudahan anda. Jom hantar!

Terima kasih kepada semua para pelanggan budiman yang telah menjadi sebahagian daripada kisah perjalanan kami di Parcel ...
07/01/2023

Terima kasih kepada semua para pelanggan budiman yang telah menjadi sebahagian daripada kisah perjalanan kami di Parcel Express Puncak Alam sejak mula beroperasi pada 11 November 2021 yang lalu. Semoga di Tahun Baru 2023 ini kita semua akan terus dimurahkan rezeki. Terima kasih daun keladi, jangan lupa datang lagi.

C U T I  P R U 1 5Perhatian kpd para pelanggan budiman,Bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke -15 yg akan berlangsung pa...
17/11/2022

C U T I P R U 1 5

Perhatian kpd para pelanggan budiman,

Bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke -15 yg akan berlangsung pada 19 November ini, kami ingin memaklumkan bahawa premis Parcel Express Puncak Alam akan ditutup selama dua hari bermula dari 18 Nov 2022 hingga 19 Nov 2022 kerana ingin menunaikan kewajipan pulang mengundi ke kampung halaman masing2. Kedai akan dibuka semula pada hari Isnin 21 Nov 2022 sekiranya tiada pengumuman cuti dibuat. Sekian, harap maklum.

"Marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara."

C U T I   D E E P A V A L IKepada semua para pelanggan dan kawan-kawan yang beragama Hindu, kami ingin mengucapkan selam...
24/10/2022

C U T I D E E P A V A L I

Kepada semua para pelanggan dan kawan-kawan yang beragama Hindu, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali. Semoga riang dan gembira meraikannya bersama kaum keluarga dan sanak saudara.

Untuk makluman, kedai kami TIDAK BEROPERASI pada hari ini dan akan dibuka semula seperti biasa pada hari Selasa 25hb Oktober 2022.

Terima Kasih.

E M P A T   D A L I LTerdapat 4 dalil kenapa anda harus menggunakan khidmat kami di Parcel Express Puncak Alam.Pertama: ...
15/10/2022

E M P A T D A L I L

Terdapat 4 dalil kenapa anda harus menggunakan khidmat kami di Parcel Express Puncak Alam.

Pertama: Ruang parkir yg luas dan mudah didapati pada hampir setiap masa. (Bayangkan pada musim hujan anda terpaksa menghantar brg... bayangkan... bayangkan)

Kedua: Urusan yang sangat mudah. Datang, scan, isi borang digital di telefon bimbit, timbang dan bayar. (Purata masa kurang drpd 10 min utk setiap satu urusan). Tidak perlu tggu Airway Bill sbb kami akan hantarkannya melalui aplikasi Whatsapp. Mudahkan?

Ketiga: Kaedah pembayaran yg komprehensif. Tunai, kad debit/kredit, E- Wallet dan perbankan dalam talian. Semua pun boleh. Yang tak boleh cuma berhutang sahaja sbb kami tidak ada bouncer utk mengutipnya.

Keempat: Orang kata... kami mesra pelanggan. Itu kami no komen sbb mana boleh masuk bakul angkat sendiri... kan? So untuk mengesahkannya, bolehlah mengunjungi kami di sini dan alaminya sendiri.

Sekian.

Parcel Express Puncak Alam.
More Than You Can Imagine.

Hey gaisss, send all your Shopee Express parcels here at Parcel Express Puncak Alam. Easy and convenient. No more hassle...
22/09/2022

Hey gaisss, send all your Shopee Express parcels here at Parcel Express Puncak Alam. Easy and convenient. No more hassle!

Payday Sale is just around the corner. SEPT25

Address

NO 15, Jalan PPAJ 2/8 BANDAR PUNCAK ALAM
Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parcel Express Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parcel Express Puncak Alam:

Share

Category