12/06/2026
๐๐๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ค๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ณ๐๐ค ๐๐๐ง ๐๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ฅ๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ฅ๐ข๐ง๐๐ง ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง ๐๐ข๐ญ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข ๐๐ ๐๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) dengan kerjasama jabatan-jabatan di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) serta sokongan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) telah menjayakan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti dan Literasi Kesihatan pada 11 Jun 2026 di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2, dengan penyertaan seramai 352 orang peserta.
Program ini dilaksanakan sebagai platform pemerkasaan komuniti melalui perkongsian ilmu dan penyampaian maklumat yang berkualiti, di samping meningkatkan kesedaran berkaitan literasi maklumat, kesihatan serta kesejahteraan diri dalam kalangan warga sekolah.
PPTAR yang diketuai oleh Puan Noor Azlin Abdullah telah menyampaikan ceramah bertajuk โJom Celik Maklumatโ yang memberi pendedahan mengenai kepentingan literasi maklumat serta penggunaan maklumat yang tepat, beretika dan berkesan dalam kehidupan seharian.
Turut berlangsung sesi ceramah oleh Encik Muhammad Azarul Ashraf bin Abdul Jalil, Pegawai Psikologi dari Unit Kaunseling HASA menerusi tajuk โ๐n๐e๐s๐กa๐d๐n๐ ๐o๐ขr๐ e๐f: ๐ปe๐l๐กh๐ฆ ๐
e๐a๐กi๐n๐ h๐p๐ , B๐u๐d๐r๐e๐ & ๐e๐ฅu๐l๐t๐ฆโ yang menekankan aspek pembangunan kendiri, pembentukan nilai positif, kemahiran sosial serta pengukuhan kesejahteraan emosi dan psikososial dalam kalangan murid.
Program turut diperkaya dengan pengisian Reruai Kesihatan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian serta Jabatan Perubatan Primer HASA yang menawarkan pelbagai perkhidmatan saringan dan konsultasi kesihatan, termasuk pemeriksaan tekanan darah, indeks j***m badan (BMI), ujian glukosa darah, ujian asid urik dan ujian kolesterol.
PPTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara universiti, hospital dan komuniti dalam merealisasikan agenda pembudayaan ilmu, peningkatan literasi maklumat serta kesejahteraan masyarakat.