22/09/2022
Alhamdulillah, infaq hari Jumaat lepas untuk 25org sahabat infaq 🥰 B*k kami dah hadkan, cuba untuk masih bertahan sehingga harini, alhamdulillah rezeki Allah..
Moga ada hamba Allah yg sentiasa mengingati kami di Butik Infaq Wangi, dapat kami bukak menginfaq lagi minggu hadapan 🥰 Walau RM1 setiap hari, kami di Butik Infaq Wangi sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dipermudah urusan para sahabat baik penginfaq & penerima 🥰
Jika ada yang tertanya kenapa kami s**a ayat infaq? Kerana pergunaan ayat infaq lebih sesuai untuk kami walaupun perkataan sedekah & infaq adalah sinonim.
Secara umumnya, infaq terbahagi kepada 2 :-
i) Infaq wajib :- termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.
ii) Infaq yang tidak wajib :- termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infaq dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, dalam ayat 215 surah al-Baqarah) ; Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)
Sekian coretan kali ni, moga bermanfaat ❤️ Sudi lah kiranya tuan², puan² share kan posting² kami untuk dapat kami bersemangat lagi berkongsi kisah² di Butik Infaq Wangi untuk amatan bacaan semua pengikut di sini 🥰
Kami mengharapkan sumbangan dana yang berterusan daripada sahabat² infaq untuk Butik Infaq Wangi kerana sumbangan kami kian berkurangan, kami cuba menjaga perbelanjaan kami untuk membantu asnaf tetap di BIW.. tak kira daripada wang ringgit @ ada yg sudi ingin terus membeli brg asas & kebersihan untuk kami pickup @ boleh menghantar terus di BIW kami..
Segala maklumat lebih lanjut untuk infaq wang ringgit @ barangan asas & kebersihan boleh lah terus click link ws di komen 👇