Pusat Koreksional Puncak Alam

Pusat Koreksional Puncak Alam " Peneraju Perkhidmatan Korektif " Melaksanakan Program Pendidikan Sekolah dengan mewujudkan Sekolah Integriti Puncak Alam dengan bantuan Guru Kader KPM.

Pada 15 Februari 2018, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor telah diwartakan dan mula beroperasi sepenuhnya dengan menerima Banduan Juvana daripada Penjara Kajang. Program seperti Kelas Transisi 1(Tingkatan 1- Tingkatan 3), Transisi 2 (Tingkatan 1- Tingkatan 3) SPM dan kelas 3M (Membaca, Mengira, Menulis)

Institusi ini juga melaksanakan Program Kemahiran seperi e-usahawan dan kelas komputer serta melaksanakan Kursus-Kursus Pembangunan Modal Insan berbentuk jangka pendek dan sederhana.

03/08/2026

TULAR MAKLUMAT TIDAK TEPAT MENGENAI CUBAAN MENDAPATKAN BAYARAN JUMPA PROSPEK JABATAN PENJARA MALAYSIA

Jabatan Penjara Malaysia TIDAK PERNAH melantik mana-mana Pegawai atau Anggota sebagai wakil untuk membuat sebarang pembelian barangan, menguruskan tempahan perjumpaan, atau menyediakan hidangan istimewa kepada prospek melalui akaun bank milik peribadi.

Semua urusan berkaitan tempahan perjumpaan dan
pembelian hidangan hendaklah dibuat SECARA RASMI melalui Premis Penjara yang berkenaan.
Setiap transaksi rasmi akan disertakan dengan
RESIT RASMI sebagai bukti pembayaran.

Orang ramai adalah DIINGATKAN AGAR TIDAK membuat sebarang pembayaran ke akaun peribadi mana-mana individu yang mendakwa mewakili
Jabatan Penjara Malaysia.

Sebarang cubaan mendapatkan bayaran melalui
akaun peribadi adalah TIDAK SAH dan
berkemungkinan merupakan satu bentuk PENIPUAN.






PROGRAM BENGKEL LATIHAN SAMBIL BELAJAR DAN PRAKTIKAL ASPEK KEUSAHAWANAN: “EXPLORE ENTREPRENEURSHIP” SIRI 2Pada hari Kham...
23/07/2026

PROGRAM BENGKEL LATIHAN SAMBIL BELAJAR DAN PRAKTIKAL ASPEK KEUSAHAWANAN: “EXPLORE ENTREPRENEURSHIP” SIRI 2

Pada hari Khamis, 23 Julai 2026, telah berlangsung Program Bengkel Latihan Sambil Belajar dan Praktikal Aspek Keusahawanan: “Explore Entrepreneurship” Siri 2 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Unit Pemulihan, Pusat Koreksional Puncak Alam. Program ini telah diadakan di Dewan Akademik Pusat Koreksional Puncak Alam dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 26 orang banduan hukum dan dikendalikan oleh lapan (8) orang fasilitator yang diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Sharifah Zannierah Syed Marzuki selaku Pengarah Program. Bengkel dimulakan dengan sesi perkongsian pengalaman keusahawanan oleh Puan Fatin Adila Binti Jalani, Pengasas Sugardelle Enterprise, yang berkongsi pengalaman membangunkan perniagaan kek batik serta memberi pendedahan mengenai peluang keusahawanan.

Seterusnya, para peserta mengikuti sesi praktikal pembuatan kek batik dan mempelajari teknik pembungkusan produk yang menarik serta berpotensi dipasarkan. Program diakhiri dengan sesi menikmati hasil kek batik yang telah disediakan bersama para fasilitator.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan, meningkatkan kemahiran asas keusahawanan serta memupuk minat peserta terhadap bidang perniagaan sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas dibebaskan.

LAWATAN KERJA KDN DAN JIM KE PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAMPada 15 Julai 2026, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah men...
21/07/2026

LAWATAN KERJA KDN DAN JIM KE PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAM
Pada 15 Julai 2026, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menghantar satu kumpulan lawatan kerja bagi mengadakan satu tinjauan penting di Pusat Koreksional Puncak Alam. Kumpulan lawatan kerja ini terdiri daripada delegasi pelbagai bahagian termasuk Encik Muhammad Harzi Shah Bin Pahrudin @ Shukri dan Puan Nuradriana binti Sahimi dari Bahagian Pembangunan KDN, Pgl Garry Belayong Anak John S**i, KPP Nik Akhtarulhaq bin Nik Abdul Rahman, dan PPI Muhammad Hafiz Bin ABD Rahim dari JIM Kelantan, Puan Nurlailina Binti Mamat dan Encik Anuyar Bin Abdullah dari Bahagian Kewangan JIM Putrajaya, serta KPP Fabian Anak Philip, KTPP Mohd Fakri Bin Zainol, dan TPPI Noor Asrizal Bin Azman dari Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan JIM Putrajaya. Tujuan utama lawatan penandaarasan ini diadakan adalah untuk melihat secara lahiriah keadaan binaan dan struktur penjara yang dianggap sesuai untuk dijadikan rujukan serta acuan utama bagi cadangan projek pembinaan depot tahanan yang akan dibina di Tanah Merah, Kelantan.
Lawatan kerja yang produktif ini bermula dari jam 9:30 pagi dan kehadiran para pelawat telah disambut oleh PP Shahir Firdasus Bin Mat Atar selaku wakil pengarah dan TPP Mohd Affandy Bin Jantan serta diiringi oleh Encik Rahmansyahputra Bin Afrizal serta SM Redzuan Bin Salleh. Bagi memulakan agenda, semua ahli delegasi dibawa ke bilik mesyuarat As Syifa` untuk mendengar taklimat ringkas berkenaan pengoperasian Pusat Koreksional Puncak Alam serta pengurusan infrastruktur sekeliling yang didapati dan diselia di situ. Selepas selesai sesi taklimat tersebut, para pelawat diperiksa oleh anggota keselamatan sebelum dibawa masuk secara fizikal untuk melihat sendiri keadaan dalam pusat koreksional termasuklah kemudahan blok penempatan, klinik, surau, sekolah integriti, dan bengkel dapur bagi menilai kesesuaian struktur bangunan tersebut. Lawatan kerja ini selesai pada jam lebih kurang 12:30 tengah hari di mana satu sesi bergambar telah dijalankan dan kedua-dua pihak saling bertukar cenderahati bagi menghargai kehadiran dan perkongsian ilmu yang amat bermanfaat tersebut

Ceramah Maal Hijrah 1448H/2026M "Lupa Bawa Bekal, Salah Penempatan Kekal"Pada 26 Jun 2026 (Jumaat) telah berlangsung Pro...
21/07/2026

Ceramah Maal Hijrah 1448H/2026M "Lupa Bawa Bekal, Salah Penempatan Kekal"
Pada 26 Jun 2026 (Jumaat) telah berlangsung Program Maal Hijrah bertajuk "Lupa Bawa Bekal, Salah Penempatan Kekal" bertempat di Bilik Mesyuarat As-Syifa, Pusat Koreksional Puncak Alam. Ceramah telah disampaikan oleh Imam 3 Masjid Bukit Cherakah, Ustaz Wan Abdul Aziz bin Wan Ibrahim dan dihadiri seramai 20 orang kakitangan dan anggota Pusat Koreksional Puncak Alam.
Program ini bertujuan meningkatkan penghayatan terhadap peristiwa hijrah Rasulullah SAW serta menyemai kesedaran mengenai kepentingan membuat persediaan atau "bekal" untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Penceramah turut menekankan bahawa setiap amalan yang dilakukan akan menentukan tempat kembali seseorang di akhirat, selaras dengan tema ceramah iaitu "Lupa Bawa Bekal, Salah Penempatan Kekal".
Sepanjang program berlangsung, para peserta memberikan tumpuan yang baik dan menunjukkan komitmen terhadap penyampaian ilmu. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan kefahaman agama, meningkatkan nilai-nilai murni serta membentuk sahsiah warga kerja yang lebih berintegriti dan berakhlak mulia.

* SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH INTEGRITI PUNCAK ALAM *Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Integriti Puncak Alam...
01/07/2026

* SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH INTEGRITI PUNCAK ALAM *

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Integriti Puncak Alam telah diadakan pada 23 Jun 2026 bertempat di Dataran Sekolah Integriti Puncak Alam (SIPA). Program ini dianjurkan bertujuan untuk meraikan dan menghargai jasa serta pengorbanan guru-guru Sekolah Integriti Puncak Alam yang telah banyak berbakti dalam mendidik, membimbing dan membentuk sahsiah murid ke arah perubahan yang positif. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk nilai menghormati dan menghargai peranan guru dalam kalangan murid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan Sekolah Integriti Puncak Alam. Seterusnya, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam telah menyampaikan ucapan yang menzahirkan penghargaan kepada semua guru atas komitmen dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik murid-murid Sekolah Integriti Puncak Alam. Sambutan diteruskan dengan persembahan daripada murid-murid sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu dan bimbingan. Suasana majlis menjadi lebih meriah dengan aktiviti pertukaran hadiah dalam kalangan guru yang berjaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga pendidik. Selain itu, turut diadakan penyampaian pelbagai anugerah kepada guru-guru dan anggota penjara di unit akademik sebagai meraikan kerja keras semua pihak. Program kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan yang disertai oleh guru-guru, anggota penjara serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan tersebut.

Pelaksanaan program ini telah memberikan impak yang positif kepada semua warga Sekolah Integriti Puncak Alam. Sambutan Hari Guru berjaya memberikan teladan yang baik kepada murid-murid tentang pentingnya menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik mereka. Murid-murid juga dilihat berasa gembira dan teruja sepanjang program berlangsung serta berpeluang meraikan guru-guru yang mereka hormati dan sayangi dalam suasana yang penuh mesra. Selain itu, program ini turut mengukuhkan hubungan antara guru, murid dan anggota penjara melalui penglibatan secara bersama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Integriti Puncak Alam telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Walaupun sambutan diadakan secara sederhana, namun suasana yang diwujudkan amat meriah dan bermakna hasil kerjasama erat antara guru-guru dan anggota penjara dalam menjayakan program tersebut. Kerjasama yang terjalin ini jelas menunjukkan komitmen semua pihak dalam memastikan usaha mendidik dan membentuk murid-murid menjadi insan yang berdisiplin, berakhlak mulia serta mampu berubah ke arah yang lebih positif dapat diteruskan dengan jayanya.

Bagi menambah baik penganjuran Sambutan Hari Guru pada masa hadapan, adalah dicadangkan agar lebih banyak aktiviti yang melibatkan interaksi antara guru dan murid dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Selain itu, sesi penghargaan khas kepada guru-guru serta penglibatan murid dalam aktiviti kreatif seperti penyampaian dedikasi atau penghasilan karya penghargaan juga boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan lagi penghayatan terhadap sambutan Hari Guru. Kerjasama yang erat antara pihak Sekolah Integriti Puncak Alam dan Pusat Koreksional Puncak Alam juga wajar diteruskan bagi memastikan setiap program yang dianjurkan dapat memberikan manfaat yang optimum kepada pembangunan sahsiah dan pendidikan murid.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐊𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲Pada 16 Jun 2026 (Selasa) jam 14.30 petang telah diadakan di...
18/06/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐊𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Pada 16 Jun 2026 (Selasa) jam 14.30 petang telah diadakan di Perkarangan Logistik, Pusat Koreksional Puncak Alam Satu Majlis Dialog bersama kakitangan institusi bagi bulan Jun 2026 yang dipengerusikan oleh YDH. PKP Affendy Bin Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam diiringi oleh TPP Mohd Nor Azdril Bin Haji Jamil dan TPP Mohd Affandy Bin Jantan serta barisan pegawai kanan dan kakitangan Pusat Koreksional Puncak Alam.

Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Doa. Majlis diteruskan dengan penerima Penyerahan Pingat Jabatan Penjara Malaysia, Penyerahan Sumbangan KESPA (Kelahiran Anak), Penyerahan Sumbangan Derma Khairat Kebajikan, Sumbangan Petugas Ramadan, Penyerahan Pengiktirafan Akademik Tahun 2026 dan Sambutan Hari Lahir Anggota Bulan Januari hingga Jun 2026.

Majlis berjalan dengan lancar.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Pada 11 Jun 2026 (Khamis), Bahagian Pendidikan Akademik...
18/06/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pada 11 Jun 2026 (Khamis), Bahagian Pendidikan Akademik, Sekolah Integriti Puncak Alam (SIPA), Pusat Koreksional Puncak Alam telah berjaya menganjurkan Majlis Dialog Prestasi Pelajar bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026. Program ini melibatkan seramai 35 orang murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang terdiri daripada pelajar Sekolah Integriti Puncak Alam sebagai kumpulan sasaran. Majlis ini telah berlangsung di Dataran SIPA, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan tujuan memberi ruang interaksi akademik antara guru dan pelajar serta menilai pencapaian semasa pertengahan tahun. Program ini turut melibatkan 11 orang guru mata pelajaran dan guru kelas, serta disokong oleh pihak pentadbiran akademik yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program.
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar mengenal pasti kelemahan diri, memperbaiki prestasi pembelajaran serta meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang. Selain itu, penetapan sasaran dan akujanji yang dilaksanakan diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan disiplin belajar serta komitmen berterusan dalam usaha mencapai kejayaan, khususnya bagi calon SPM 2026.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan budaya refleksi akademik dan peningkatan prestasi berterusan dapat diperkukuhkan dalam kalangan pelajar Sekolah Integriti Puncak Alam.

Secara keseluruhannya, Majlis Dialog Prestasi Pelajar ini telah memberi impak yang positif dalam memperkukuh hubungan antara guru dan pelajar serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap tahap pencapaian akademik masing-masing.

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐋𝐎𝐌𝐏𝐎𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐁𝐈𝐌𝐁𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆Pada 9 Jun 2026 (Selasa) , Unit Bimbingan dan Kaunseling, S...
11/06/2026

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐋𝐎𝐌𝐏𝐎𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐁𝐈𝐌𝐁𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆

Pada 9 Jun 2026 (Selasa) , Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Integriti Puncak Alam telah berjaya menganjurkan Program Healing & Hope: Moving Forward bertemakan "Empowering Growth, Inspiring Hope". Program ini telah dikendalikan oleh 31 orang mahasiswa tahun akhir jurusan bimbingan dan kaunseling dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kehadiran para mahasiswa ini telah dibimbing dan dipantau secara langsung oleh empat orang pensyarah pengiring iaitu Prof. Madya Dr. Haniza binti Rais, Dr. Siti Kholijah binti Kassim, Prof. Madya Dr. Aishah Hanim binti Abd Karim dan Dr. Nursyahidah binti Khalid
Program yang berlangsung di Dataran Sekolah Integriti Puncak Alam, telah dihadiri oleh seramai 35 orang prospek (murid Sekolah Integriti Puncak Alam) selaku peserta sasaran. Sepanjang program berlangsung, tiga aktiviti utama yang berteraskan pendekatan terapeutik telah dilaksanakan Clay Expression (Ekspresi Tanah Liat)
Aktiviti memecah ais (ice-breaking) yang bertujuan untuk meneroka emosi semasa peserta serta membina hubungan (rapport) melalui proses kreatif yang bebas daripada sebarang penghakiman (non-judgmental). Impian Tanpa Batasan Slot yang memfokuskan kepada penerokaan aspirasi masa depan dan penetapan matlamat peribadi. Melalui aktiviti ini, peserta dibimbing untuk membina motivasi diri, mengenal pasti halangan yang bakal dihadapi, serta merangka strategi penyelesaian masalah yang efektif. Warkah Kasih Buat Diri
Sesi penulisan reflektif terbimbing yang memerlukan peserta menulis surat peribadi yang tulus, sama ada ditujukan kepada diri mereka di masa lalu atau di masa hadapan. Aktiviti ini bertujuan untuk menilai perjalanan pertumbuhan peribadi, mengiktiraf daya tahan (resilience) diri, serta menitipkan kata-kata penghargaan dan harapan. Program ini telah disempurnakan dengan Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Majlis kemudiannya disusuli dengan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada barisan fasilitator dan para pensyarah pembimbing sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan.

𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑰𝑩𝑨𝑫𝑨𝑯 𝑲𝑶𝑹𝑩𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑴𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨 1447𝑯/2026𝑴 𝑷𝑼𝑺𝑨𝑻 𝑲𝑶𝑹𝑬𝑲𝑺𝑰𝑶𝑵𝑨𝑳 𝑷𝑼𝑵𝑪𝑨𝑲 𝑨𝑳𝑨𝑴Puncak Alam, 29 Mei 2026 - Sempena keda...
02/06/2026

𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑰𝑩𝑨𝑫𝑨𝑯 𝑲𝑶𝑹𝑩𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑴𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨 1447𝑯/2026𝑴 𝑷𝑼𝑺𝑨𝑻 𝑲𝑶𝑹𝑬𝑲𝑺𝑰𝑶𝑵𝑨𝑳 𝑷𝑼𝑵𝑪𝑨𝑲 𝑨𝑳𝑨𝑴

Puncak Alam, 29 Mei 2026 - Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Koreksional Puncak Alam (KESPA) telah mengadakan ibadah korban hasil sumbangan daripada Menteri Besar Selangor sebanyak (1) ekor lembu. Hasil ibadah korban yang dijalankan telah diagihkan kepada fakir miskin setempat serta kakitangan PKPA yang bertugas.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran PKP Affendy Bin Abu Bakar Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Koreksional Puncak Alam bersama komuniti Pusat Koreksional Puncak Alam.

Program ibadah qurban telah berlangsung pada 29 Mei 2026 lebih kurang jam 08.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari di Perkarangan Surau Umar Al- Khattab Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama pihak pengurusan surau dan pegawai serta anggota yang bertugas.

Program ini memberi peluang untuk berinfaq serta memperkukuh silaturrahim antara kakitangan. Semoga segala amal dan sumbangan ini diterima sebagai ibadah kepada Allah SWT dan membawa manfaat kepada semua pihak.

𝑩𝑬𝑵𝑮𝑲𝑬𝑳 𝑳𝑨𝑻𝑰𝑯𝑨𝑵 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑰𝑳 𝑩𝑬𝑳𝑨𝑱𝑨𝑹 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑹𝑨𝑲𝑻𝑰𝑲𝑨𝑳 𝑨𝑺𝑷𝑬𝑲 𝑲𝑬𝑼𝑺𝑨𝑯𝑨𝑾𝑨𝑵𝑨𝑵: “𝑬𝑿𝑷𝑳𝑶𝑹𝑬 𝑬𝑵𝑻𝑹𝑬𝑷𝑹𝑬𝑵𝑬𝑼𝑹𝑺𝑯𝑰𝑷”Pada Khamis 21 Mei 2026, tela...
22/05/2026

𝑩𝑬𝑵𝑮𝑲𝑬𝑳 𝑳𝑨𝑻𝑰𝑯𝑨𝑵 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑰𝑳 𝑩𝑬𝑳𝑨𝑱𝑨𝑹 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑹𝑨𝑲𝑻𝑰𝑲𝑨𝑳 𝑨𝑺𝑷𝑬𝑲 𝑲𝑬𝑼𝑺𝑨𝑯𝑨𝑾𝑨𝑵𝑨𝑵: “𝑬𝑿𝑷𝑳𝑶𝑹𝑬 𝑬𝑵𝑻𝑹𝑬𝑷𝑹𝑬𝑵𝑬𝑼𝑹𝑺𝑯𝑰𝑷”

Pada Khamis 21 Mei 2026, telah berlangsung Program Bengkel Latihan Sambil Belajar dan Praktikal Aspek Keusahawanan: “Explore Entrepreneurship” anjuran Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Unit Pemulihan Pusat Koreksional Puncak Alam. Program tersebut telah diadakan di Dewan Akademik Pusat Koreksional Puncak Alam bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Program ini melibatkan seramai 19 orang penghuni Pusat Koreksional Puncak Alam yang terdiri daripada banduan hukum. Bengkel tersebut dikendalikan oleh seramai 10 orang fasilitator daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Sharifah Zannierah Binti Syed Marzuki selaku Pengarah Program. Turut hadir menjayakan program ialah seorang wakil daripada TEKUN Nasional iaitu Mr. Azrak Bin Ahmad Zaman.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menerapkan ilmu keusahawanan dalam kalangan penghuni serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjadi individu yang produktif, berdikari dan berdaya saing. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan serta bimbingan kepada peserta berkaitan aspek keusahawanan seperti pengurusan perniagaan, komunikasi, keyakinan diri serta peluang menjana pendapatan melalui perniagaan yang sah dan beretika.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran secara teori dan latihan praktikal yang menarik serta interaktif. Kaedah latihan sambil belajar yang digunakan berjaya membantu peserta memahami asas-asas keusahawanan dengan lebih mudah dan berkesan. Para penghuni turut diberi peluang untuk mengaplikasikan pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan, simulasi praktikal serta sesi perkongsian pengalaman berkaitan bidang keusahawanan.

Program ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada penghuni untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih positif serta membina keyakinan diri sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas tamat menjalani hukuman. Pendedahan seperti ini dilihat mampu membantu penghuni membentuk sikap lebih bertanggungjawab, kreatif dan berdaya usaha dalam mencari peluang pekerjaan atau perniagaan pada masa hadapan.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh TPP Mohd Nor Azdril Bin Haji Jamil selaku wakil Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Dalam ucapan beliau, program seperti ini amat digalakkan kerana mampu memberi impak positif kepada penghuni dari segi pembangunan sahsiah, peningkatan kemahiran diri serta persediaan untuk kembali kepada masyarakat sebagai individu yang lebih produktif dan berdaya maju.

Secara keseluruhannya, Program Bengkel Latihan Sambil Belajar dan Praktikal Aspek Keusahawanan: “Explore Entrepreneurship” telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kerjasama erat antara pihak Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, TEKUN Nasional dan Pusat Koreksional Puncak Alam diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuhkan usaha pemulihan serta pembangunan modal insan dalam kalangan penghuni institusi ini.

Address

Pusat Koreksional Puncak Alam, Off Jalan Meru Tambahan
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333923832

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Koreksional Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Koreksional Puncak Alam:

Shortcuts

Share