Kampung Kalok Pusa Sarawak

Kampung Kalok Pusa Sarawak Kampung Kalok. terletak di Daerah Kecil Pusa, Bahagian Betong, Sarawak..

21/01/2012

Teringatkan masa awal tahun 80-an dahulu, gelanggang Sepak Takraw dibuat daripada simen keping. Yang bertugas mengangkut simen daripada pengkalan (pinggir sungai) sejauh kira-kira 300 meter adalah terdiri daripada murid-murid. Kalau murid-murid sekarang ni disuruh angkut simen macam tu, mampu ke tidak..

17/09/2011

SK Kalok telah dibuka pada tahun 1977. Semasa pembukaannya cuma yang ada adalah satu bangunan gotong-royong org-org kampung. Beratap dan berdinding daun nipah Masa tu kerajaan tidak membekalkan kerusi dan meja murid.

28/12/2010

Sebelum wujudnya Kpg Pusa, org tinggal di beberapa penempatan kecil di sekitar kwsn sungai Saribas. Penempatan kecil (Cuma beberapa buah rumah) tersebut sering diserang lanun. Utk mengelakkan serangan lanun yg berterusan, penduduk berpekat untuk membina kpg baru yg membolehkan mereka tinggal bersama dan menjadi kpg yg lebih besar bagi menakutkan lanun

28/12/2010

Asal nama Pusa adalah Pusak yang bermaksud kucing. Mengikut cerita orang tua-tua nama tersebut diambil sempena peristiwa peneroka Kampung Pusa yg terjumpa seekor kucing yg besar semasa kampung tersebut mula-mula diterokai (Dahulunya hutan)

28/12/2010

Maksud Nama KALOK = Ketam nipah
PUSA = Pusak = Kucing

28/12/2010

Repkika Ikan Terubok adalah lambang bagi Daerah Pusa sebab di sinilah banyak dijual ikan terubok, terutama sekali terubok sungai Saribas yang enak.

05/11/2010

Pengasas (Orang yang mula-mula mendiami kampung ini) ialah Tuan Haji Capoh

05/11/2010

Asal kampung ini adalah tapak penanaman padi huma.

05/11/2010

Nama Kampung Kalok diambil sempena nama sebuah sungai di sini.. Perkataan 'Kalok' diambil daripada nama species ketam iaitu 'ketam kalok'..

05/11/2010

Kampung Kalok terletak di Daerah Kecil Pusa, Bahaian Betong, Negeri Sarawak

Address

Pusa
94950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Kalok Pusa Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share