29/11/2023
๐ | PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI TAHUN 2023๐
Majlis Daerah Putatan dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan telah mengadakan PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH PUTATAN TAHUN 2023 pada hari Sabtu, 25 November 2023 bermula pukul 07.00 pagi sehingga 12.00 Tengahari, bertempat di Dewan Serbaguna PPR Taman Sri Serigai.
Definisi pembangunan komuniti merujuk kepada usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat. Usaha ini boleh dilaksanakan oleh komuniti sendiri atau komuniti bersama-sama dengan agen-agen pembangunan, pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan.
Program pembangunan komuniti dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu pengurusan Taman PPR Serigai untuk menamabah nursery bagi tanaman pokok bunga. Selain itu, program ini turut dapat meningkatkan penglibatan aktif penduduk Taman PPR Serigai dalam komuniti melalui program kesukarelawanan, selain memupuk semangat kekitaan, prihatin dan saling bekerjasama.
&Perumahan