14/05/2026
PROGRAM KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS DAERAH PUTATAN TAHUN 2026 🐀✨
📅 Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 8.30 Pagi
📍 Tempat : Lot Parking Pasar Taman Jumbo Putatan
Majlis Daerah Putatan (MDPTN) telah menganjurkan Program Kempen Membasmi Infestasi Tikus Daerah Putatan Tahun 2026 sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan persekitaran dan pencegahan penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis serta Hantavirus.
Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Pn. Mary Binti Tolong Wong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengindahan dan Kebersihan Daerah Putatan merangkap Ahli Majlis Daerah Putatan.
Program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, NGO, komuniti setempat dan para peniaga sekitar daerah Putatan melalui aktiviti ceramah kesihatan, gotong-royong serta langkah kawalan infestasi tikus di kawasan tumpuan awam.
Majlis Daerah Putatan menyeru seluruh masyarakat putatan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan masing-masing dengan memastikan sisa makanan dibuang dengan sempurna, tong sampah sentiasa bertutup dan kawasan persekitaran dibersihkan secara berkala demi kesejahteraan bersama.