UPPM N.24 Tanjung Keramat

UPPM N.24 Tanjung Keramat Pejabat UPPM N.24 Tanjung Keramat

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M πŸŒ™βœ¨Selamat memperingati Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam, khususnya ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M πŸŒ™βœ¨

Selamat memperingati Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam, khususnya warga N.24 Tanjung Keramat.

Semoga kita terus meneladani akhlak mulia dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, serta memperkukuh ukhuwah, kasih sayang dan keharmonian dalam komuniti.

UPPM N.24 Tanjung Keramat

Semangat Sukan, Semangat Bersama! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ†πŸ“ SK Pekan PutatanπŸ“… 22 Ogos 2026, Sabtu Hari ini berlangsung Kejohanan Sukan Tahu...
22/08/2026

Semangat Sukan, Semangat Bersama! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ†
πŸ“ SK Pekan Putatan
πŸ“… 22 Ogos 2026, Sabtu

Hari ini berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan SK Pekan Putatan Kali Ke-28 2026 yang meriah dengan semangat kesukanan, keceriaan dan persaingan sihat dalam kalangan para pelajar.

Tuan Latip Jiar, PPM N24 Tanjung Keramat hadir mewakili YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Ahli Parlimen P173 Putatan bagi bersama-sama menyokong dan memeriahkan kejohanan ini.

Penglibatan dalam aktiviti sukan bukan sahaja membantu murid kekal sihat dan cergas, malah membentuk disiplin, keyakinan diri, semangat berpasukan serta sikap positif dalam diri anak-anak.

Tahniah kepada semua peserta! Menang atau kalah, yang penting berani mencuba, semangat berpasukan dan terus aktif!

21/08/2026
Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 πŸ₯ Klinik Kesihatan Putatan. 20 Ogos 2026 | Kham...
21/08/2026

Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Kesihatan Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 πŸ₯ Klinik Kesihatan Putatan.
20 Ogos 2026 | Khamis

Lawatan kerja ini menjadi platform untuk melihat dengan lebih dekat keadaan serta keperluan semasa di Klinik Kesihatan Putatan, khususnya dalam usaha memperkukuh mutu perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Lawatan kerja ini disempurnakan oleh YB Tuan Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai; YB Puan Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong; dan YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Ahli Parlimen Kuala Langat. Turut mengiringi delegasi ialah Datuk Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah beserta wakil YB Putatan; turut hadir, Tuan Sufian bin Hj. Matin mewakili YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Ahli Parlimen P.173 Putatan serta Tuan Latip bin Jiar, PPM N.24 Tanjung Keramat mewakili YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, ADUN N.24 Tanjung Keramat.

Komitmen bersama untuk memastikan keperluan kesihatan rakyat terus diberi perhatian dan diperkasakan.

Aduan penduduk berkaitan sarang lebah di Taman Pasir Putih, Lorong 4 telah diambil tindakan pada 20 Ogos 2026, kelmarin....
21/08/2026

Aduan penduduk berkaitan sarang lebah di Taman Pasir Putih, Lorong 4 telah diambil tindakan pada 20 Ogos 2026, kelmarin.

En. Alimat Hj. Ahmad, Pemaju Mukim bersama anggota APM Putatan telah membuat tinjauan dan APM Putatan telah memusnahkan sarang lebah tersebut demi keselamatan penduduk setempat.

βœ… Aduan selesai dan kawasan kembali selamat.

UPPM Negeri Sabah

Penyerahan Sumbangan Buat Pesakit.20 Ogos 2026, Khamis.Penyerahan sumbangan kepada En. Mohd Yusof bin Md. Kassim, pesaki...
20/08/2026

Penyerahan Sumbangan Buat Pesakit.
20 Ogos 2026, Khamis.

Penyerahan sumbangan kepada En. Mohd Yusof bin Md. Kassim, pesakit terlantar yang menghidap Chronic Kidney Disease (CKD) Stage 5.

Sumbangan daripada YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, ADUN N24 Tanjung Keramat telah disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Tuan Latip Jiar bersama Pemaju Mukim, En. Adi Utomo.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan serta memudahkan urusan keluarga. Semoga En. Mohd Yusof diberikan kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

UPPM Negeri Sabah

Ziarah dan Penyerahan Sumbangan kepada pesakit.20 Ogos 2026, KhamisZiarah dan penyerahan sumbangan daripada YB Tuan Shah...
20/08/2026

Ziarah dan Penyerahan Sumbangan kepada pesakit.
20 Ogos 2026, Khamis

Ziarah dan penyerahan sumbangan daripada YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, ADUN N24 Tanjung Keramat kepada pesakit Kanser Sarcoma yang sedang menerima rawatan di China iaitu Kathrisya Eleiya yang diwakilkan oleh En. Azis Toba (Bapa).

Penyerahan diserahkan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Tuan Latip Jiar, dan Pemaju Mukim En. Adi Utomo.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kos perubatan dan perbelanjaan pesakit, serta dipermudahkan segala urusan. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

UPPM Negeri Sabah

TINJAUAN KE KAWASAN PANTAI MERUNTUM, PUTATAN18 Ogos, Selasa. Lawatan dan tinjauan susulan berkaitan notis pengosongan ta...
18/08/2026

TINJAUAN KE KAWASAN PANTAI MERUNTUM, PUTATAN
18 Ogos, Selasa.

Lawatan dan tinjauan susulan berkaitan notis pengosongan tanah kerajaan di kawasan Meruntum, Putatan, melibatkan pembinaan struktur tanpa kebenaran selaras dengan Seksyen 166, Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Usaha ini mendapat perhatian dan inisiatif daripada YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Ahli Parlimen P.173 Putatan dan YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, ADUN N.24 Tanjung Keramat bagi memastikan perkara ini ditangani mengikut peraturan dan saluran perundangan yang ditetapkan.

Turut terlibat dalam lawatan ini ialah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Majlis Daerah Putatan, pihak Polis Diraja Malaysia serta UPPM M24 Tanjung Keramat bagi meninjau keadaan dan menyelaras tindakan selanjutnya.

Pendekatan secara berhemah, berlandaskan undang-undang dan kepentingan awam terus menjadi keutamaan dalam menangani isu tanah di kawasan pantai Meruntum, Putatan.

UPPM Negeri Sabah

Lawatan Aduan Penduduk, Kampung Contoh.17 Ogos 2026, Isnin.Meninjau aduan berkaitan pembinaan rumah di Friendship Garden...
17/08/2026

Lawatan Aduan Penduduk, Kampung Contoh.
17 Ogos 2026, Isnin.

Meninjau aduan berkaitan pembinaan rumah di Friendship Garden yang dipercayai memasuki kawasan tanah Kg. Contoh.

Lawatan ini bagi meneliti keadaan di tapak serta mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya demi kepentingan penduduk setempat.

UPPM Negeri Sabah

Lawatan bersama Pegawai Kebajikan Daerah Papar di Kampung Pituru dan Taman Pantai Lok Kawi.17 Ogos 2026, Isnin. Tuan Lat...
17/08/2026

Lawatan bersama Pegawai Kebajikan Daerah Papar di Kampung Pituru dan Taman Pantai Lok Kawi.
17 Ogos 2026, Isnin.

Tuan Latip Jiar, PPM N24 Tanjung Keramat berkesempatan menziarahi pesakit di Kg. Pituru dan Taman Pantai Lok Kawi bersama Pejabat Kebajikan Papar.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta memudahkan urusan pesakit dan keluarga.

UPPM Negeri Sabah

Address

ROYAL Plaza PUTATAN
Putatan
88200

Telephone

+6088772143

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.24 Tanjung Keramat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share