Buletin KEMAS Daerah Putatan

Directions

Buletin KEMAS Daerah Putatan Jabatan KEMAS Daerah Putatan

01/10/2026
BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAANTABIKA & TASKA KEMAS P.173 PUTATANJABATAN KEMAS DAERAH PUTATANTAHUN 2026 📅 1 Oktober 2026 |...
01/10/2026

BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
TABIKA & TASKA KEMAS P.173 PUTATAN
JABATAN KEMAS DAERAH PUTATAN
TAHUN 2026

📅 1 Oktober 2026 | 19 Rabiulakhir 1448H
📍 Kompleks Belia & Sukan (P) Negeri Sabah

Seramai kira-kira 120 orang ibu bapa dan Ahli Jawatankuasa TABIKA & TASKA KEMAS sekitar Parlimen Putatan telah menyertai Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Belia & Sukan (P) Negeri Sabah.

Bengkel ini memberi fokus kepada perkongsian ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, khususnya dalam membantu ibu bapa memahami keperluan, perkembangan dan pembentukan awal kanak-kanak secara lebih menyeluruh.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Puan Ruran Balang, Timbalan Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Jabatan KEMAS Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Puan Lendiana Chia, Pegawai KEMAS Daerah Putatan, bersama-sama para Penyelia Pelbagai Jurusan Jabatan KEMAS Daerah Putatan.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Mary Jipin, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak, Jabatan KEMAS Daerah Putatan, yang berkongsi pelbagai maklumat dan panduan berkaitan perkembangan serta pendidikan awal kanak-kanak.

Program turut dimeriahkan dengan Pertandingan Mewarna yang disertai seramai 100 orang kanak-kanak, sekali gus memberi ruang kepada mereka mengetengahkan kreativiti dan bakat masing-masing.

Syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa, Ahli Jawatankuasa TABIKA & TASKA KEMAS, kanak-kanak serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha membimbing, mendidik dan menyokong perkembangan kanak-kanak agar membesar dalam persekitaran yang positif, sihat dan penuh kasih sayang. ❤️

28/09/2026

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga KEMAS

PROGRAM DIY - DO IT YOURSELFJABATAN KEMAS DAERAH PUTATANTAHUN 202619 September 2026NADI Plaza Tanjung AruAlhamdulillah, ...
19/09/2026

PROGRAM DIY - DO IT YOURSELF
JABATAN KEMAS DAERAH PUTATAN
TAHUN 2026

19 September 2026
NADI Plaza Tanjung Aru

Alhamdulillah, seramai lebih kurang 20 orang peserta telah selesai mengikuti Program DIY - Do It Yourself anjuran Jabatan KEMAS Daerah Putatan Tahun 2026 yang telah berlangsung pada pagi tadi.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Fakhrul Azman bin Muhammad Radzi, Pengarah KEMAS Negeri Sabah. Turut hadir, Puan Lendiana Chia, Pegawai KEMAS Daerah Putatan dan Penyelia-penyelia dan Pendidik Masyarakat Pelbagai Jurusan KEMAS Daerah Putatan.

Selaras dengan peranan KEMAS dalam memperkasakan masyarakat, program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran, kreativiti dan keusahawanan masyarakat luar bandar, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga melalui hasil kreativiti dan produk DIY yang berpotensi dikembangkan sebagai sumber ekonomi.

Peserta didedahkan dengan menghasilkan bunga meja, keychain, dan bunga telur berasaskan bunga kawat bulu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Ahmad Fakhrul Azman bin Muhammad Radzi, Pengarah KEMAS Negeri Sabah atas kesudian hadir dan memberikan sokongan kepada program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang mengikuti program ini. Semoga menjadi platform untuk mengembangkan bakat, kreativiti dan potensi peningkatan sosioekonomi.

Tahniah semua ❤️

16/09/2026

Laporan/ foto: Janifer Stanis (Putatan)

ADIK IZZY MELANGKAH KE PENTAS PENGACARAANPROGRAM TABICAST KEMAS TAHUN 2026!🔥Dari PUTATAN ke PENTAS NASIONAL! 🌟Seluruh wa...
13/09/2026

ADIK IZZY MELANGKAH KE PENTAS PENGACARAAN
PROGRAM TABICAST KEMAS TAHUN 2026!🔥

Dari PUTATAN ke PENTAS NASIONAL! 🌟

Seluruh warga KEMAS Daerah Putatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah, sokongan dan doa buat Adik Daizzira Qisha binti Safwan, atau lebih mesra dikenali sebagai “Adik Izzy”, yang berjaya terpilih sebagai salah seorang 36 finalis Program TABICAST KEMAS Tahun 2026 daripada keseluruhan 575 penyertaan dari seluruh negara.

Satu pencapaian yang cukup membanggakan!

Keberanian, keyakinan diri, bakat serta kepetahan Adik Izzy dalam berkomunikasi berjaya menyerlahkan potensinya sehingga melayakkan beliau berada dalam kelompok terbaik di peringkat kebangsaan. ✨

Pada 13 hingga 16 Mei 2026 lepas, kesemua 36 peserta yang terpilih telah mengikuti Bengkel Penyelarasan Program TABICAST di Institut Kemajuan Desa (INFRA) bersama personaliti tersohor negara, Datuk Haji Aznil Nawawi atau Pak Nil.

Kini, langkah Adik Izzy diteruskan lagi.

Pada 14 hingga 15 September 2026, beliau akan kembali mengikuti Bengkel Penyelarasan Program TABICAST sebagai persediaan bagi memperkukuh kemahiran pengacaraan, komunikasi, keyakinan serta bakat sebelum tampil dalam Sesi TABICAST bersama Pemimpin Negara dan personaliti daripada pelbagai bidang untuk ditemu bual.

Teruskan melangkah, Adik Izzy! 💪🏻🌟

Bawa bersama keberanian, keyakinan dan semangat anak Putatan ke pentas yang lebih besar.

Walau sejauh mana langkahmu nanti, ketahuilah bahawa seluruh warga KEMAS Negeri Sabah khususnya KEMAS Daerah Putatan sentiasa bangga dan mendoakan kejayaanmu.

Terus bersinar. Terus berani. Terus jadi inspirasi.✨

🔥 PUTATAN, HOME OF TALENT 🔥

MISS GLOVE MALAYSIA 2026 MENYANTUNI ANAK-ANAK TABIKA KEMAS KG. GAYA, PULAU GAYASebuah pengalaman yang begitu bermakna da...
11/09/2026

MISS GLOVE MALAYSIA 2026
MENYANTUNI ANAK-ANAK
TABIKA KEMAS KG. GAYA, PULAU GAYA

Sebuah pengalaman yang begitu bermakna dan menggembirakan buat anak-anak comel TABIKA KEMAS Kg. Gaya, Pulau Gaya apabila Miss Glove Malaysia 2026, Daniellyn Izabel Tan, meluangkan masa untuk menyantuni anak-anak TABIKA, ibu bapa serta warga TABIKA KEMAS. ❤️

Hadir menyambut kedatangan Daniellyn di TABIKA KEMAS Kg. Gaya Pulau Gaya, Puan Lendiana Chia, Pegawai KEMAS Daerah Putatan bersama Puan Mary Jipin, PPPAK KEMAS Daerah Putatan.

Lawatan ini menjadi lebih bermakna apabila Daniellyn turut berkongsi rezeki dengan memberikan set alat tulis dan makanan ringan kepada anak-anak sebagai tanda kasih dan penghargaan selepas mereka menjalani pelbagai aktiviti bersama.

Sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau berkunjung ke TABIKA KEMAS Kg. Gaya, Ahli Jawatankuasa TABIKA turut menyediakan pelbagai juadah tradisi daripada suku kaum Bajau dan Suluk untuk dicicipi bersama.

Menariknya, “Kakak Cantik” ini juga begitu mengenali setiap juadah tradisi yang disediakan. Truly Sabahan! 🫡❤️ Gelaran “Kakak Cantik” ini diberikan anak-anak TABIKA kepada beliau.

Semoga kunjungan ini menjadi kenangan indah yang bermakna buat anak-anak serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk berani bermimpi, terus berusaha dan mengejar cita-cita demi mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Daniellyn Izabel Tan atas kesudian meluangkan masa menyantuni anak-anak TABIKA KEMAS Kg. Gaya, walaupun perjalanan ke Pulau Gaya agak mencabar dan ini merupakan kunjungan pertama beliau ke pulau tersebut.

Semoga Miss Glove Malaysia 2026, Daniellyn Izabel Tan, terus melakar kejayaan, mengukir lebih banyak pencapaian serta terus mengharumkan nama Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

Terima kasih kerana hadir dan mencipta senyuman serta kenangan indah buat anak-anak kami. ❤️



10/09/2026

Pemantauan berkala ke Tabika Kemas oleh Pegawai KEMAS Daerah Putatan Puan Lendiana Chia

01/09/2026

Address

Putatan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin KEMAS Daerah Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share