Perpustakaan Desa Ulu Putatan

Perpustakaan Desa Ulu Putatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Ulu Putatan, Government Official, Putatan.

26/05/2026

🛂 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu mula diperkenalkan secara berperingkat bermula 1 Jun 2026 dengan 94 ciri keselamatan dipertingkat untuk perlindungan dokumen yang lebih kukuh. ✈️

Pasport sedia ada masih boleh digunakan hingga tamat tempoh, manakala permohonan PMA baharu turut boleh dibuat secara dalam talian mengikut kapasiti pejabat pasport. 📱




26/05/2026

Loghat kelate dan contoh ayat part 10

26/05/2026

Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Tengah, orang ramai dijemput untuk menikmati kemasukan percuma ke Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu dan Muzium Seni Kraf Orang Asli pada 16 dan 17 Mei 2026.

Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil meneroka keunikan sejarah, warisan dan budaya masyarakat Malaysia di muzium pilihan anda!




26/05/2026

Di Sarawak, masyarakat Dayak merangkumi pelbagai komuniti dengan bahasa, adat dan warisan budaya tersendiri. Secara umumnya, ia sering dikaitkan dengan tiga kelompok utama iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, termasuk komuniti seperti Kenyah, Kayan, Penan, Kelabit, Lun Bawang dan banyak lagi.

Lebih menarik, Sarawak sendiri mempunyai lebih 40 kumpulan etnik dan sub-etnik kecil yang hidup bersama dalam kepelbagaian.

Walaupun berbeza adat, bahasa dan cara hidup, kepelbagaian inilah yang menjadikan warisan budaya Malaysia lebih kaya dan unik.






Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Sobri Daud
Haslina Abdul Hamid




26/05/2026
25/05/2026

Tahukah anda daun kaduk yang sering dijadikan ulam tradisional sebenarnya mempunyai potensi besar sebagai herba bernilai tinggi dalam industri makanan kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik semula jadi?
Tanaman kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum Roxb. merupakan tumbuhan herba tropika daripada famili Piperaceae, iaitu keluarga yang sama dengan sireh dan lada hitam.
Tumbuhan ini hidup subur di kawasan lembap dan teduh serta mudah ditemui di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Di Malaysia, daun kaduk cukup sinonim dalam masakan tradisional seperti nasi ulam, kerabu kaduk, tempoyak dan otak-otak kerana aromanya yang unik serta rasa sedikit pedas.
Selain menjadi bahan masakan, kaduk turut digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Melayu dan Thai.
Air rebusan daun kaduk dipercayai membantu melegakan batuk, selesema dan demam ringan, selain digunakan bagi mengurangkan sakit sendi dan masalah keradangan kulit.
Dari sudut botani, kaduk ialah tumbuhan menjalar dengan daun berbentuk hati berwarna hijau tua berkilat.
Apabila diramas, daunnya mengeluarkan aroma seperti lada hasil kandungan minyak pati dan sebatian amida semula jadi.
Kajian moden mendapati daun kaduk kaya dengan sebatian bioaktif seperti flavonoid, polifenol, alkaloid, vitamin C dan vitamin E yang mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan antimikrob.
Penyelidikan makmal turut menunjukkan ekstrak daun kaduk berpotensi digunakan dalam pembangunan produk makanan kesihatan dan farmaseutikal semula jadi berikutan kemampuannya membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh.
Selain nilai kesihatan, kaduk juga mempunyai fungsi penting dalam alam sekitar.
Tumbuhan ini mampu bertindak sebagai penutup bumi semula jadi yang membantu mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kelembapan kawasan tanaman.
Potensi besar tanaman kaduk membuktikan bahawa herba tempatan bukan sahaja penting dalam warisan makanan masyarakat, malah mampu menjadi sumber ekonomi baharu sekiranya dibangunkan secara komersial dan lestari.
Rujuk infografik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan dan khasiat tanaman kaduk.

25/05/2026

SINGGAH 🌾

Singgah rasa kemeriahan,
singgah kenal budaya,
singgah eratkan perpaduan.

Dari padi hingga ke musim menuai, Kaamatan dan Gawai menyatukan hati rakyat Malaysia.




25/05/2026

Address

Putatan
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Ulu Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Ulu Putatan:

Share