Dewan Muslimat PAS Putatan

Dewan Muslimat PAS Putatan Page Rasmi Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan

🌿✨ KETIKA ANGIN BERTIUP KENCANG… MOHONLAH PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH SWT ✨🌿Dalam hidup, ada masa kita berdepan dengan k...
28/08/2026

🌿✨ KETIKA ANGIN BERTIUP KENCANG… MOHONLAH PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH SWT ✨🌿

Dalam hidup, ada masa kita berdepan dengan keadaan yang tidak dijangka. Saat hati resah dan keadaan terasa tidak menentu, Rasulullah ﷺ mengajar kita untuk kembali berlindung kepada Allah سبحانه وتعالى.

📖 Bacalah Surah Al-Falaq & Surah An-Nas sebagai doa memohon perlindungan daripada segala keburukan dan gangguan.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita, keluarga kita dan orang-orang yang kita sayangi daripada segala perkara yang memudaratkan. 🤲🏻🌙

“Tidak ada seorang pun yang memohon perlindungan dengan sesuatu yang lebih baik daripada kedua-duanya.”
— HR. Abu Daud

🤍 Jadikan Al-Quran sebagai pelindung, zikir sebagai penenang hati dan Allah sebagai tempat kita bergantung.

28/08/2026

𝖲𝖤𝖫𝖠𝖬𝖠𝖳 𝖡𝖤𝖱𝖢𝖴𝖳𝖨 𝖲𝖤𝖪𝖮𝖫𝖠𝖧 𝖯𝖤𝖭𝖦𝖦𝖠𝖫 2 𝖲𝖤𝖲𝖨 2026✨

Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan mengucapkan Selamat Cuti Sekolah Penggal 2 buat semua anak-anak murid, para guru, dan ibu bapa.

Semoga percutian ini diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat, mengeratkan silaturahim sesama keluarga, serta dilindungi dan dirahmati Allah SWT sepanjang masa.

SelamatBercuti

🌿 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ 🌿12 Rabiulawal 1448H 🤍Marilah kita menghayati sirah dan mencontohi akhlak Rasululla...
25/08/2026

🌿 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ 🌿

12 Rabiulawal 1448H 🤍

Marilah kita menghayati sirah dan mencontohi akhlak Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kepada Baginda menjadi asbab kita terus istiqamah mengikuti sunnah dan memperbanyakkan selawat.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

☀️ DON’T FORGET TO WEAR YOUR SUNSCREEN🧴Panas lain macam bah hari ini! 🥵☀️Bukan sekadar rasa bahang di kulit, kita juga p...
11/08/2026

☀️ DON’T FORGET TO WEAR YOUR SUNSCREEN🧴

Panas lain macam bah hari ini! 🥵☀️
Bukan sekadar rasa bahang di kulit, kita juga perlu ambil perhatian terhadap sinaran Ultraungu (UV).

Bacaan UV di Sabah ketika ini boleh mencapai tahap sangat tinggi, sekitar 10 dan apabila UV berada pada tahap ini, kulit yang terdedah boleh mengalami kerosakan dalam tempoh yang singkat tanpa perlindungan yang sesuai.

Jadi, Muslimat sekalian… jangan lupa sunscreen! 🤍

🧴 Pilih sunscreen broad-spectrum, SPF 30 atau lebih
☀️ Sapukan sebelum keluar rumah
🧕🏻 Lindungi bahagian kulit yang terdedah
🧢 Gunakan payung atau topi
🕶️ Lindungi mata daripada cahaya matahari
🌳 Berteduh jika boleh
💧 Minum air secukupnya

Dan ingat…

Sunscreen bukan hanya untuk ke pantai.
Keluar hantar anak, pergi pasar, bekerja, berjalan kaki atau memandu, kita tetap terdedah kepada sinaran UV.

Menutup aurat itu kewajipan.
Menjaga kesihatan p**a adalah sebahagian daripada amanah. 🌿

Jangan tunggu kulit terasa pedih baru mahu melindungi diri.
Jaga kulit. Jaga kesihatan. Jaga diri. 💚

📌 Share posting ini kepada ibu, kakak, adik dan sahabat Muslimat yang anda sayangi.
Biar kita sama-sama saling mengingatkan. 🤍





03/08/2026

Ikuti perjalanan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan menuju Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah 2026.

Jauh perjalanan, besar amanah. Setiap kilometer yang ditempuh adalah sebahagian daripada usaha dan pengorbanan demi meneruskan perjuangan.

Bagi yang ingin bersama menyokong perjalanan perwakilan ke Muktamar Pusat, sumbangan/infaq bolehlah disalurkan ke akaun berikut:

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN PUTATAN
💳 1210 0411 0010 5634
▶️ Bank Simpanan Nasional (BSN)

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Terima kasih atas doa dan sokongan anda. 💚

KUNAK: Muslimat PAS Negeri Sabah diseru mempertahankan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai yang dim...
03/08/2026

KUNAK: Muslimat PAS Negeri Sabah diseru mempertahankan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai yang dimenangi PAS menerusi Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri yang lalu sebagai simbol kekuatan kepimpinan Islam yang berteraskan hikmah, keadilan dan khidmat kepada rakyat.

Berita penuh diruangan komen.

01/08/2026
01/08/2026

Hadir sebagai perwakilan
Namun bertugas bila diperlukan. 💚

REHLAH UNPLUGGED 🌿🤎Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan amanah, kerja, keluarga dan rutin harian… sampai terlupa baha...
26/07/2026

REHLAH UNPLUGGED 🌿🤎

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan amanah, kerja, keluarga dan rutin harian… sampai terlupa bahawa hati juga perlukan ruang untuk berehat.

Kelmarin, kami memilih untuk pause seketika.

Bukan untuk lari daripada kesibukan, tetapi untuk kembali duduk bersama. Makan bersama. Ketawa bersama. Mendengar, bercerita dan menikmati kebersamaan yang mungkin jarang kita sempat rasakan.

Sebab dalam perjuangan ini, kita bukan sekadar perlukan orang yang sama-sama bekerja.
Kita perlukan sahabat yang sama-sama menguatkan. 🤍

Mungkin pagi yang sederhana. Hanya tikar yang dibentang, makanan yang dikongsi dan gelak tawa yang memenuhi ruang.

Tapi mudah-mudahan, dari momen sederhana inilah lahir hati yang semakin dekat, ukhuwwah yang semakin kuat, dan langkah yang kembali segar untuk meneruskan amanah.

Terima kasih kamurang yang hadir. 🌿
Semoga yang kita bawa p**ang hari ini bukan sekadar gambar dan kenangan, tetapi rasa bahawa…

kita ada satu sama lain dalam perjalanan ini. 💚

Rehlah Unplugged
Pause seketika, nikmati kebersamaan.

26/07/2026

7️⃣ HARI LAGI !

Hanya seminggu lagi sebelum kita bertemu di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah Kali Ke-36.

Wanita Berkarisma, Memimpin Perubahan.



Address

Putatan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share