27/07/2026
Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putatan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2026 (Sabtu) Jam 9.00 Pagi di Pan Borneo Hotel.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Mohd Reduan bin Datuk Hj. Aklee, yang telah menyampaikan amanat agar seluruh saf kepimpinan dan ahli parti terus memperkukuh perpaduan.
Wanita UMNO Bahagian Putatan kekal komited untuk terus menjadi tonggak kekuatan parti dengan memperkukuh organisasi, memelihara semangat perjuangan dan menggalas amanah demi agama, bangsa serta negara.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua perwakilan, Ahli Jawatankuasa dan seluruh ahli Wanita UMNO yang telah menjayakan persidangan ini.
Bersatu • Bersetia • Berkhidmat