PLANMalaysia

PLANMalaysia The official page of the PLANMalaysia (Department of Town and Country Planning). More info
(1)

To strengthen the physical, social and economic development system in town and country areas to raise the quality of life in line with national aspirations. To determine, control and coordinate land development, use and preservation through effective implementation of the Town and Country Planning Act and other relevant acts. To draft and implement planning methods, policies, plans and guidelines

and ensure effective application by all agencies at the planning level. To ensure a quality town planning service and information system for long-term planning requirements.

17/08/2026

πŸ™οΈ Forum Pegawai Perancang Bandar OSC & Pengarah Perancang Bandar PBT 2026

πŸ“² Saksikan secara LIVE di Facebook rasmi PLANMalaysia!

Jangan ketinggalan β€” sertai kami sekarang! πŸ’™

πŸ—οΈ LAWATAN TEKNIKAL SEMPENA FORUM PEGAWAI PERANCANG BANDAR OSC & PENGARAH PERANCANG BANDAR PBT TAHUN 2026 | MUZIUM KAPAL...
16/08/2026

πŸ—οΈ LAWATAN TEKNIKAL SEMPENA FORUM PEGAWAI PERANCANG BANDAR OSC & PENGARAH PERANCANG BANDAR PBT TAHUN 2026 | MUZIUM KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG NO. 5 (TT5)

IPOH, 16 Ogos 2026 - Sempena Forum Pegawai Perancang Bandar dan Desa Unit Pusat Setempat (OSC) dan Pengarah Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026, para peserta telah menyertai lawatan teknikal yang diketuai oleh YBrs. TPr Saidin bin Lateh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalaysia ke Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5).

Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat dengan lebih dekat nilai sejarah dan warisan setempat, di samping mendapatkan perspektif yang lebih menyeluruh mengenai kepentingan pemeliharaan warisan, pemahaman konteks setempat serta penerokaan potensi pembangunan kawasan.

Pengalaman ini turut membuka ruang untuk memahami bagaimana elemen sejarah, warisan dan identiti setempat dapat dipertimbangkan dalam perancangan pembangunan yang lebih menyeluruh dan berdaya tahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MB Inc. Perak, PLANMalaysia Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh atas kerjasama serta hospitaliti yang diberikan dalam menjayakan lawatan teknikal ini.

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP








.Perak


🌳 HUJUNG MINGGU, JOM JAGA BANDAR KITA! πŸ™οΈHai! Apa perancangan hujung minggu ni? 😊Ke mana pun anda pergi, jangan lupa sat...
15/08/2026

🌳 HUJUNG MINGGU, JOM JAGA BANDAR KITA! πŸ™οΈ

Hai! Apa perancangan hujung minggu ni? 😊

Ke mana pun anda pergi, jangan lupa satu perkara kecil yang memberi kesan besar β€” JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA! 🚯

Sampah yang dibuang sesuka hati bukan sahaja mencacatkan keindahan bandar, malah boleh menyumbatkan saliran dan menyumbang kepada kejadian banjir kilat. 🌧️

Jadi, ayuh kita sama-sama amalkan budaya menjaga kebersihan:

♻️ Buang sampah ke dalam tong yang disediakan.
🌿 Jaga kebersihan persekitaran.
πŸ™οΈ Sama-sama kita wujudkan bandar yang bersih, selamat dan selesa untuk semua.

Bandar bersih, hidup lebih indah.
Kerana bandar yang kita diami adalah tanggungjawab kita bersama. πŸ’š





14/08/2026

JOM TONTON VIDEO BICARA PERPUSTAKAAN KITA πŸ“–

🌧️ Air Jatuh Dari Langit: Kenapa Bandar Kita Masih Tenggelam?

Jom ikuti perkongsian menarik dalam Bicara Perpustakaan Kita yang mengupas persoalan mengapa bandar kita masih berdepan isu banjir dan genangan air, walaupun hujan merupakan fenomena semula jadi.

Perkongsian ini akan disampaikan oleh Encik Muhammad Anwar bin Ramli, Ketua Unit Penyelidikan Gunatanah dan Fizikal, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia.

πŸŽ₯ Jom tonton dan ketahui bagaimana perancangan bandar yang lebih baik dapat membantu mewujudkan bandar yang lebih berdaya tahan, mampan dan sejahtera.

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
R&D PLANMalaysia






🚨 TINGGAL 3 HARI LAGI! 🚨 |  FORUM PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) DAN PENGARAH PERANCANG BAN...
14/08/2026

🚨 TINGGAL 3 HARI LAGI! 🚨 | FORUM PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) DAN PENGARAH PERANCANG BANDAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Bandar Ipoh, Perak Darul Ridzuan bakal menjadi lokasi berlangsungnya Forum Pegawai Perancang Bandar dan Desa Unit Pusat Setempat (OSC) dan Pengarah Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Forum ini menjadi wadah untuk memperkukuh jaringan profesional, memperkasa perkongsian pengalaman serta mempererat kesepaduan antara PLANMalaysia, PBT dan semua pihak berkepentingan, ke arah sistem perancangan bandar yang lebih cekap, tangkas, responsif dan berkesan. Jangan lupa temu janji seperti berikut :

πŸ—“οΈ 17 Ogos 2026 (Isnin)
πŸ•˜ 8.30 pagi
πŸ“ Hotel Impiana, Ipoh, Perak

πŸ™οΈ Membentuk Wacana, Memacu Perancangan Bandar Masa Hadapan

Nantikan pelbagai pengisian menarik, perkongsian ilmu dan perbincangan strategik yang menghimpunkan Pegawai Perancang Bandar OSC serta Pengarah Perancang Bandar PBT dalam satu platform untuk bertukar pandangan, pengalaman dan perspektif.

πŸ’‘ Bersama-sama kita memperkasa perancangan, memperkukuh penyampaian dan mencetuskan idea baharu demi pembangunan bandar yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan.

✨ Jadilah sebahagian daripada wacana yang mencorakkan masa depan perancangan bandar Malaysia.

πŸ“‘ Saksikan secara LIVE Upacara Perasmian di Facebook rasmi PLANMalaysia!

Jumpa anda di Ipoh! πŸŒΊπŸ’™

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP
PLANPerak
Majlis Bandaraya Ipoh





πŸŽ™οΈ TED TALK PLANMalaysia SIRI 6/2026: SANTAI TAPI SAMPAI πŸŽ™οΈPernahkah anda terfikir, apakah idea dan inovasi perancangan ...
13/08/2026

πŸŽ™οΈ TED TALK PLANMalaysia SIRI 6/2026: SANTAI TAPI SAMPAI πŸŽ™οΈ

Pernahkah anda terfikir, apakah idea dan inovasi perancangan bandar dari Taiwan yang berpotensi besar untuk diadaptasi di negara kita? πŸ‡ΉπŸ‡Όβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Rabu hadapan, jom luangkan masa anda bersama kami dalam satu lagi sesi TED Talk PLANMalaysia 2026! Sesi pengongsian ilmu dengan informasi ini akan menampilkan Encik Saifuddin bin Marsuk, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, yang akan mengupas topik yang sangat menarik: "30 HARI DI TAIWAN, 30 IDEA UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA".

πŸ“Œ Butiran Program
β€’ Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu) - Minggu Hadapan!
β€’ Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
β€’ Lokasi Fizikal: Bilik Mesyuarat Raflessia, Aras 2, Blok F5, PLANMalaysia
β€’ Siaran Langsung: FB LIVE di laman rasmi PLANMalaysia

Sama ada anda berkesempatan untuk hadir secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Raflessia atau hanya berkelapangan untuk menonton secara atas talian menerusi FB Live, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perspektif global ini demi kelestarian masa depan perancangan bandar kita.

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Bahagian Rancangan Fizikal Negara







13/08/2026
12/08/2026

BICARA PERPUSTAKAAN KITA | AIR JATUH DARI LANGIT: KENAPA BANDAR KITA MASIH TENGGELAMβ“πŸŒ§οΈβ˜”

Jom sertai Bicara Perpustakaan Kita yang akan menjawab persoalan mengapa bandar kita masih berdepan dengan isu banjir dan genangan air walaupun hujan merupakan fenomena semula jadi.

Perkongsian ini akan disampaikan oleh Encik Muhammad Anwar bin Ramli, Ketua Unit Penyelidikan Gunatanah dan Fizikal, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia.

πŸ“… 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 3.30 Petang
πŸ“ Pusat Khazanah Ilmu ZM, Aras 9, PLANMalaysia

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, berkongsi pandangan dan pengalaman.

Jumpa anda di Pusat Khazanah Ilmu ZM❗

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia







πŸŽ™οΈ Jom Dengar Temu Bual Radio Eksklusif!Sempena Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pah...
12/08/2026

πŸŽ™οΈ Jom Dengar Temu Bual Radio Eksklusif!

Sempena Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula), dengarkan perkongsian menarik bersama:

YH Dato’ TPr Hajah Nik Noraisu binti Nik Ibrahim
Pengarah PLANMalaysia Pahang





πŸŽ™οΈ *Jom Dengar Temu Bual Radio Eksklusif!*

Sempena Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula), dengarkan perkongsian menarik bersama:

*YH Dato’ TPr Hajah Nik Noraisu binti Nik Ibrahim*
*Pengarah PLANMalaysia Pahang*

πŸ“» *Pahang FM*
Lembah Klang/Pahang Barat : 107.5 FM I Kuantan : 104.1 FM I Gambang : 95.5 FM I Jerantut : 92.7 FM I Maran : 92.0 FM I Kuala Rompin : 91.9 FM I Muadzam Shah : 88.0 FM I Cameron Highlands : 100.3 FM

πŸ“… *13 Ogos 2026 (Khamis)*

⏰ *3.30 petang – 4.00 petang*

*Jangan lepaskan peluang* untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan masa depan Negeri Pahang.

Bersama kita merealisasikan misi β€˜Pahang 1st : Menuju Negeri Makmur dan Lestari 2040’ dan matlamat sebagai β€˜Pahang sebagai Negeri Maju, Makmur dan Berdaya Tahan Berteraskan Kemampanan Ekonomi, Kelestarian Alam Sekitar dan Kesejahteraan Sosial serta Pembangunan Inklusif Menjelang 2040’.

Semakan Dalam Talian :

Laman Web Rasmi PLANMalaysia (e-Publisiti)
https://www.planmalaysia.gov.my/epublisiti/home

Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pahang
https://planmalaysia.pahang.gov.my
PLANMalaysia
PLANMalaysia Pahang





12/08/2026

πŸ”΄ [SEDANG BERLANGSUNG] TED TALK PLANMalaysia 2026: "MY JOURNEY TO 'CHAT'" πŸ”΄

Selamat datang ke siaran langsung TED Talk PLANMalaysia 2026! Pagi ini, kita bersiaran dengan konsep "Santai Tapi Sampai" untuk satu sesi perkongsian ilmu yang pastinya memberi inspirasi dan manfaat kepada kita semua. ✨

Jom ikuti kupasan menarik serta pengalaman berharga yang akan disampaikan oleh: πŸ—£οΈ Penceramah: Puan Norzahriyati Aini Binti Abdul Majid πŸ’Ό Jawatan: Pegawai Perancang Bandar dan Desa πŸ“Œ Tajuk: MY JOURNEY TO 'CHAT'

Terus kekal bersama kami sehingga akhir siaran! Kepada para penonton yang sedang menonton, jangan lupa untuk:
βœ… Tinggalkan komen dan pandangan anda di ruangan chat.
βœ… Kongsikan (Share) siaran Live ini kepada rakan-rakan sekerja yang lain agar sama-sama mendapat manfaat.
βœ… Berikan reaksi (Like/Love) sebagai tanda sokongan anda!

Address

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia), Blok F5, Kompleks F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia:

Share