Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya

Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya A Unit under INTAN Bukit Kiara specialising in post service training programme
(1)

Warga Unit Latihan Pasca Perkhidmatan, INTAN Putrajaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam w...
26/05/2026

Warga Unit Latihan Pasca Perkhidmatan, INTAN Putrajaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam warga FB yang disayangi sekalian. Semoga ibadah korban kita diterima dan peristiwa sirah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dihayati serta diteladani dengan penuh keinsafan.❤️❤️❤️

Demi mu INTAN 💎💎💎
Together we shine 💎💎💎

Ingin tahu kaedah pengurusan kewangan yang baik menjelang persaraan? Ingin tahu bagaimana mengelakkan jerat scammer? Apa...
21/05/2026

Ingin tahu kaedah pengurusan kewangan yang baik menjelang persaraan? Ingin tahu bagaimana mengelakkan jerat scammer? Apakah bentuk simpanan dan pelaburan yang sesuai dengan ganjaran persaraan yang bakal diperolehi?

Jom sertai kami di Kursus Literasi Kewangan: Demi Esok dan Masa Depan Siri 3/2026 yang akan diadakan pada 7 - 8 Julai 2026. Kursus ini akan diadakan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, JSJK PDRM, Cybersecurity Malaysia dan Bank Islam.

Kursus ini akan diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom dengan bayaran berjumlah RM30. Daftar segera melalui laman web DTIMS INTAN. Jumpa di sana. ❤️❤️❤️

Demi mu INTAN 💎💎💎
Together we shine 💎💎💎

Hari kedua Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan: Apa Bakal Pesara Perlu Tahu? Siri 2/2026 kerjasama bersama Bahagian P...
20/05/2026

Hari kedua Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan: Apa Bakal Pesara Perlu Tahu? Siri 2/2026 kerjasama bersama Bahagian Pengurusan Pencen JPA, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan LPPSA dengan seramai 224 peserta pada pagi ini.

Hari ini adalah perkongsian mengenai dokumentasi persaraan yang perlu disediakan, pengurusan hutang-hutang Kerajaan dan juga kaedah pembiayaan pinjaman perumahan Kerajaan sebelum dan selepas bersara.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❤️❤️❤️

Demi mu INTAN 💎💎💎
Together we shine 💎💎💎

Hari pertama Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan: Apa Bakal Pesara Perlu Tahu? Siri 2 /2026 kerjasama bersama Bahagia...
19/05/2026

Hari pertama Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan: Apa Bakal Pesara Perlu Tahu? Siri 2 /2026 kerjasama bersama Bahagian Pencen JPA, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan LPPSA dengan seramai 258 peserta pada pagi ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai dokumentasi persaraan yang perlu disediakan, kaedah pengiraan ganjaran dan GCR, pengurusan hutang-hutang Kerajaan dan juga kaedah pembiayaan pinjaman perumahan Kerajaan sebelum dan selepas bersara.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❤️❤️❤️

Demi mu INTAN 💎💎💎
Together we shine 💎💎💎

MAKLUMAN PENTINGDimaklumkan bahawa Kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera Siri 3/2026 yang dijadualkan pada 2-3 Jun 2026 ak...
11/05/2026

MAKLUMAN PENTING

Dimaklumkan bahawa Kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera Siri 3/2026 yang dijadualkan pada 2-3 Jun 2026 akan ditunda ke tarikh 23-24 Jun 2026. Sebarang kesulitan berikutan perubahan ini amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Jom isi survey😊😊😊
09/05/2026

Jom isi survey😊😊😊

Mengenalpasti aspirasi bakal pesara dan keperluan latihan kemahiran bagi membantu persediaan fasa persaraan yang lebih bermakna dan produktif. Kaji selidik ini disediakan bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan pihak JPA dalam menyediakan dasar berkaitan kursus pra persaraan khususnya dalam....

Hari kedua Kursus Pengurusan Harta dan Perancangan Pewarisan Siri 2 /2026 kerjasama bersama Amanah Raya Bhd, JKPTG dan M...
06/05/2026

Hari kedua Kursus Pengurusan Harta dan Perancangan Pewarisan Siri 2 /2026 kerjasama bersama Amanah Raya Bhd, JKPTG dan MAIS dengan seramai 352 peserta pada pagi ini.

Hari ini perkongsian daripada Ustaz Haji Mohammad Salleh bin Abdul Saha daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai hukum hakam agama mengenai pelaksanaan faraid, wasiat dan hibah.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❤️❤️❤️

Demi mu INTAN 💎💎💎
Together we shine 💎💎💎

Hari pertama Kursus Pengurusan Harta dan Perancangan Pewarisan Siri 2 /2026 kerjasama bersama Amanah Raya Bhd, Jabatan K...
05/05/2026

Hari pertama Kursus Pengurusan Harta dan Perancangan Pewarisan Siri 2 /2026 kerjasama bersama Amanah Raya Bhd, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan seramai 411 peserta pada pagi ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kaedah dan prosedur pengurusan harta pusaka, kefahaman mengenai konsep faraid, wasiat dan juga hibah.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❤️❤️❤️

Demi mu INTAN 💎💎💎
Together we shine 💎💎💎

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026! 👷‍♂️👩‍💻Setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan adalah nadi kepada kemajuan neg...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026! 👷‍♂️👩‍💻

Setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan adalah nadi kepada kemajuan negara. Kami di Unit Latihan Pasca Perkhidmatan (ULPP), INTAN Putrajaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja, khususnya buat para penjawat awam yang bakal atau sedang merancang fasa persaraan mereka.

Teruslah berbakti dengan penuh integriti, kerana kecemerlangan tidak berhenti pada jawatan, tetapi pada sumbangan yang ditinggalkan.

"Pekerja MADANI KESUMA Bangsa"

Ikhlas daripada,
Unit Latihan Pasca Perkhidmatan
INTAN Putrajaya.

Hari kedua Kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera (Health, Fitness and Happiness) Siri 2/2026 kerjasama bersama Kolej Komun...
22/04/2026

Hari kedua Kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera (Health, Fitness and Happiness) Siri 2/2026 kerjasama bersama Kolej Komuniti Hulu Langat, Bahagian Pemakanan KKM, dan Pusat Sukan UKM dan Pusat Sukan UTM dengan seramai 399 peserta pada pagi ini.

Hari ini perkongsian mengenai saringan ujian kecergasan, kaedah senaman mengikut peringkat usia dan circuit training bagi mengetahui tahap kecergasan peserta.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❤️❤️❤️

Demi mu INTAN 💎💎💎
Together we shine 💎💎💎

Address

Aras 4, Blok C3, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62510

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share