14/08/2026
๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ง, ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐!
Akaun keldai merujuk kepada sesiapa saja, secara langsung atau tidak langsung memberikan pemilikan atau kawalan ke atas pembayarannya instrumen atau akaunnya di institusi kewangan kepada mana-mana orang lain bagi kegunaan aktiviti jenayah seperti penggubahan wang haram.
Penggunaan akaun keldai (mule account) merupakan antara taktik utama penipuan dalam talian bagimemindahkan wang dari satu sumber ke sumber yang lain.
RISIKO MENJADI AKAUN KELDAI
โขBoleh didakwa kerana bersubahat dalam jenayah kewangan.
โขAkaun dibekukan sepanjang proses siasatan.
โขNama disenaraihitam oleh pihak bank dan institusi kewangan.
โขSukar untuk membuka akaun bank atau mohon pinjaman pada masa depan.
Jangan sesekali berkongsi akses dan pemilikan perbankan atau instrumen pembayaran anda kepadaorang lain!
PENAFIAN: NFCC tidak menerima sebarang aduan berkaitan penipuan (scam). Laporkan segera ke talian 997 atau balai polis berdekatan.
#997