16/07/2026
SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS
Selamat datang diucapkan kepada Encik Fareza bin Mohamed Sani yang memulakan tugas sebagai Timbalan Pengarah Gred E13 di Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan berkuat kuasa pada 16 Julai 2026.
Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh lagi kecemerlangan DOSM Wilayah Persekutuan serta menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan statistik yang berkualiti, berintegriti dan berimpak. Warga DOSM Wilayah Persekutuan mengucapkan selamat datang dan mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam menggalas amanah serta memimpin organisasi ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
Selamat datang dan selamat menjalankan amanah.
"Statistik Nadi Kehidupan"