Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Government Organization, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
(1)

ICU JPM JUARA KATEGORI AGENSI 21 DAYS CHALLENGE JPM 2026Syabas dan tahniah kepada 20 peserta yang mewakili Unit Penyelar...
15/07/2026

ICU JPM JUARA KATEGORI AGENSI 21 DAYS CHALLENGE JPM 2026

Syabas dan tahniah kepada 20 peserta yang mewakili Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) atas kejayaan menjuarai Kategori Agensi dalam pertandingan 21 Days Challenge JPM 2026.

Cabaran yang berlangsung dari 4 hingga 21 Mei 2026 itu menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 7,000 langkah sehari kepada setiap peserta. Pertandingan anjuran Jabatan Perdana Menteri ini turut menawarkan hadiah terkumpul keseluruhan berjumlah RM10,000.

Atas kejayaan tersebut, pasukan ICU JPM berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala kemenangan. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, semasa Perhimpunan Bulanan JPM pada 25 Jun 2026 yang lalu.

Kejayan ini juga turut diraikan oleh, Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Seri Salehuddin Alyubi Zakaria, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di ICU JPM baru-baru ini. Turut hadir sama ialah YBhg. Datoโ€™ Norashiken binti Haji Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik), ICU JPM.

Kejayaan ini membuktikan bahawa disiplin, konsistensi dan semangat berpasukan bukan sahaja mampu membentuk gaya hidup yang lebih sihat, malah memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga ICU JPM.





๐Ÿ“ข ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!๐Ÿ”ฅ Orang Ganu, moh meriahkan Ganu! โค๏ธ๐ŸŒŸ Sek Kemaman & Dungun tahu dok lagi nih belaka?!Program Jelaj...
15/07/2026

๐Ÿ“ข ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!๐Ÿ”ฅ

Orang Ganu, moh meriahkan Ganu! โค๏ธ

๐ŸŒŸ Sek Kemaman & Dungun tahu dok lagi nih belaka?!
Program Jelajah Kesejahteraan Rakyat mari mula doh nih!๐Ÿฅณ

๐Ÿ“ Kemaman Arena Square
๐Ÿ“… 17 & 18 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)

Jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai perkhidmatan PERCUMA, antaranya:
โœ… Pemeriksaan kesihatan
๐Ÿ‘€ Pemeriksaan gigi
๐Ÿ’‡ Gunting rambut
๐Ÿ๏ธ Tukar minyak hitam motosikal
๐Ÿ“– Tukar Al-Quran lama
โš–๏ธ Khidmat bantuan guaman
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Jawab kuiz dapat helmet percuma

๐Ÿ›๏ธ Turut diadakan:
โœจ Jualan Rahmah
โœจ Jualan produk usahawan
โœจ Pameran agensi kerajaan
โœจ Peluang temuduga terbuka

๐ŸŽ‰ Aktiviti menarik untuk pengunjung!

Tag keluarga dan rakan-rakan anda. Jumpa di sana! โค๏ธ







ICU JPM Terengganu

Malaysia
TERENGGANU
TERENGGANU
Kontinjen Terengganu โ€ขIPK
CAWANGAN DUNGUN
CAW KEMAMAN

Pelaburan dalam pendidikan bukan sekadar membina bangunan atau menambah kemudahan, tetapi membentuk masa depan generasi....
15/07/2026

Pelaburan dalam pendidikan bukan sekadar membina bangunan atau menambah kemudahan, tetapi membentuk masa depan generasi. Dari tahun ke tahun, Program Sekolah Angkat MADANI membuktikan bahawa pelaburan yang konsisten mampu meningkatkan kualiti pembelajaran, memperkukuh pembangunan fizikal sekolah serta mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk anak-anak menimba ilmu.





HKHM2026 I MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 4 Hari Lagiโ—๏ธDetik penuh bermakna semakin ...
15/07/2026

HKHM2026 I MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 4 Hari Lagiโ—๏ธ

Detik penuh bermakna semakin hampir. Nantikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 yang menandakan bermulanya sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ—“๏ธ Ahad, 19 Julai 2026
โฐ 10.00 pagi
๐Ÿข Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Perak

๐Ÿ“บ Ikuti siaran langsung menerusi RTM, BERNAMA dan Facebook Live Merdeka360, Kementerian Komunikasi serta Jabatan Penerangan Malaysia.






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

15/07/2026

Bermula dengan hanya 50 ekor arnab, kini berkembang kepada lebih 600 ekor. Itulah kejayaan Projek Ternakan Arnab di bawah inisiatif SejaTi MADANI di Kampung Sungai Muda yang membuktikan bahawa sokongan yang tepat mampu membuka peluang ekonomi kepada komuniti.

Melalui geran SejaTi MADANI berjumlah RM100,000, projek ini bukan sahaja memberi peluang kepada golongan asnaf menjana pendapatan, malah hasil yang diperoleh turut disalurkan semula kepada komuniti menerusi program bank makanan, bantuan tunai dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa ekonomi komuniti secara mampan, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat dan mengurangkan jurang kemiskinan.

Sumber: Sinar Harian





15/07/2026

Solar MADANI: Menyinari Kehidupan, Memperkasa Komuniti

Bagaimana pemasangan lampu solar memberi impak kepada keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan komuniti?

Jom dengarkan perkongsian mengenai pelaksanaan Solar MADANI, daripada perancangan projek hingga manfaat yang dirasai rakyat dalam kehidupan seharian.

Jasa yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan wajar dikenang dan dihargai, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah banya...
15/07/2026

Jasa yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan wajar dikenang dan dihargai, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negara.

ICU JPM Kedah bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah mengadakan Program Ziarah Kasih Pesara dengan menyantuni empat keluarga pesara perkhidmatan awam di Sungai Petani.

Menerusi inisiatif Sejahtera MADANI (Kluster Kebajikan), sumbangan bakul makanan dan baucar ihsan telah disampaikan sebagai tanda penghargaan serta keprihatinan terhadap kebajikan para pesara. Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan golongan yang pernah berbakti kepada negara terus disantuni dan tidak dipinggirkan.

Semoga usaha ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, menyuntik semangat kepada para pesara dan keluarga serta memperkukuh nilai ihsan yang menjadi teras Malaysia MADANI. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค

Pej Pembangunan Persekutuan Kedah





Bukan sekadar siap dibina, tetapi memberi impak. Itulah maksud sebenar outcomeโ€”keberhasilan yang dapat dirasai oleh raky...
14/07/2026

Bukan sekadar siap dibina, tetapi memberi impak. Itulah maksud sebenar outcomeโ€”keberhasilan yang dapat dirasai oleh rakyat.




๐Ÿ‡ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ ๐Ÿฒ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ, ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถInisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan K...
14/07/2026

๐Ÿ‡ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ ๐Ÿฒ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ, ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ

Inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Muda menerusi SejaTi MADANI membuktikan bahawa geran kerajaan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi komuniti.

Dengan peruntukan RM100,000, projek ternakan arnab ini bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan kepada golongan asnaf, malah hasilnya turut disalurkan semula kepada masyarakat melalui program bank makanan, bantuan tunai dan pelbagai aktiviti kebajikan.

Inilah semangat SejaTi MADANI โ€“ memperkasa komuniti, menjana ekonomi setempat dan membawa manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat.

Sumber: Berita Harian





Address

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share