14/08/2026
🇲🇾 SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026 | MAIWP CAWANGAN PUTRAJAYA 🇲🇾
Semarak Bulan Kebangsaan terus dirasai di MAIWP Cawangan Putrajaya dengan pemasangan Jalur Gemilang di ruang kaunter perkhidmatan dan pejabat pentadbiran sebagai tanda kecintaan serta kebanggaan terhadap tanah air.
Pengibaran Jalur Gemilang menjadi simbol penyatuan dan semangat patriotisme warga MAIWP dalam menghayati erti kemerdekaan, menghargai keamanan serta bersama-sama membina sebuah negara yang sejahtera, harmoni dan berdaya maju.
Dalam meraikan Bulan Kebangsaan, semangat Malaysia MADANI turut diterjemahkan melalui komitmen warga kerja dalam memberikan perkhidmatan yang amanah, profesional, mesra dan berorientasikan kesejahteraan masyarakat.
Setiap kibaran Jalur Gemilang mengingatkan kita bahawa kemajuan sebuah negara bukan hanya diukur melalui pembangunan, tetapi turut melalui nilai kesatuan, ihsan, integriti dan tanggungjawab bersama.
🇲🇾 Malaysia MADANI,Kesejahteraan Dinikmati ❤️