Jabatan Perpaduan W.P. Putrajaya

Jabatan Perpaduan W.P. Putrajaya Facebook Rasmi : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kementerian Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Putrajaya (Kementerian Perpaduan Negara)

"๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก." ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–
14/08/2026

"๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก." ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–













Golongan belia adalah barisan penggerak kepada perubahan dan kesejahteraan. Ayuh bangkit dan kuasai ilmu dan kemahiran! ...
12/08/2026

Golongan belia adalah barisan penggerak kepada perubahan dan kesejahteraan.

Ayuh bangkit dan kuasai ilmu dan kemahiran! Belia yang hebat adalah tunjang kepada kekuatan pembinaan negara.




SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA SEDUNIA 2026

โ€œBelia Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan.โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi penggerak perubahan hari ini. Dengan penuh semangat, keberanian dan kepelbagaian yang dimiliki, anak muda menjadi kekuatan penting dalam membina sebuah negara Malaysia yang lebih harmoni, inklusif dan bersatu.

Di sebalik perbezaan bangsa, agama dan latar belakang, kita berkongsi satu impian Malaysia yang terus aman, maju dan bersatu.

Ayuh anak muda Malaysia,

Teruskan melangkah.
Teruskan bersuara.
Teruskan mencipta perubahan.

Masa depan Negara Bangsa adalah sesuatu yang kita bina bersama. ๐Ÿค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




12/08/2026

Saling hormat-menghormati dijadikan amalan demi kesejahteraan dalam kehidupan.

"๐ƒ๐ข ๐ฆ๐š๐ง๐š ๐›๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐ข๐ฉ๐ข๐ฃ๐š๐ค, ๐๐ข ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ข๐ญ ๐๐ข๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ." ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




11/08/2026

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.

Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

sumber info: https://www.malaysia.gov.my/my/government/kenali-malaysia/rukun-negara

sumber video: Kementerian Perpaduan Negara




Peluang yang mendatang pastinya tidak akan dilepaskan. Apatah lagi sekiranya ia melibatkan sesuatu yang dapat memberikan...
10/08/2026

Peluang yang mendatang pastinya tidak akan dilepaskan. Apatah lagi sekiranya ia melibatkan sesuatu yang dapat memberikan impak positifi kepada komuniti.

Oleh itu, pada hari Sabtu, 8 Ogos 2026, JPNIN Wilayah Persekutuan Putrajaya telah bersama-sama terlibat dalam ๐Œ๐ข๐ง๐ข ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ฎ๐›๐ณ๐จ๐ง ๐Ÿ“ ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” yang diadakan di Perumahan Penjawat Awam Sub 14-12, Presint 14.

Program anjuran MPP Subzon 5 dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya turut melibatkan pelbagai agensi yang lain.

Reruai agensi menjadi tumpuan untuk anggota komuniti mendapatkan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, warga setempat dari kalangan komuniti KRT P14H, KRT P14-7 (Blok B) dan KRT P14-7 (Blok E) serta dari sekitarnya turut hadir beramai-ramai menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Antaranya adalah senamrobik, langkah ceria, pertandingan mewarna dan gubahan bunga serta aktiviti pencegahan kebakaran.

Penganjuran program sebegini adalah manifestasi kepada semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan semua pihak yang terlibat demi kesejahteraan komuniti Putrajaya.

Tahniah dan terima kasih semuanya!!!












๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐ƒ๐ˆ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€ โค๏ธโค๏ธPendaftaran kini DIBUKA untuk se...
10/08/2026

๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐ƒ๐ˆ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€

โค๏ธโค๏ธPendaftaran kini DIBUKA untuk sesi persekolahan 2027 !!!

๐Ÿ‘ง Umur 4 hingga 6 tahun
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Warganegara Malaysia

๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Pendaftaran boleh dibuat secara di atas talian (๐™ค๐™ฃ๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™š) di pautan:
https://perpaduan.edu.my/
















Ayuh bersama-sama, amalkan   di mana jua berada tanpa mengira pangkat, jawatan, kedudukan atau apa jua latar belakang.Ha...
10/08/2026

Ayuh bersama-sama, amalkan di mana jua berada tanpa mengira pangkat, jawatan, kedudukan atau apa jua latar belakang.

Harmonikan kehidupan demi kesejahteraan bersama.












Bila Kurang Bercakap, Belum Tentu Introvert... Mungkin Sedang Menjaga Lidah. ๐Ÿค

Dalam Islam, menjaga lidah adalah satu ibadah yang sangat besar nilainya. Tidak semua perkara perlu diberi komen, tidak semua isu perlu dibalas. Ada masanya diam itu lebih dekat kepada taqwa daripada berkata-kata tanpa manfaat.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Lidah yang dijaga akan melahirkan hati yang tenang. Sebaliknya, lidah yang tidak dikawal mampu mengundang dosa, memutuskan silaturahim, menyakiti hati manusia dan mengundang kemurkaan Allah SWT.

๐Ÿ’š Jadilah seorang mukmin yang memilih perkataan yang baik, menahan diri daripada perdebatan yang sia-sia, serta lebih banyak berzikir daripada berbicara perkara yang tidak bermanfaat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah, berkata benar, menenangkan hati manusia dan menjadi asbab memperoleh syurga-Nya.

๐Ÿคฒ Ya Allah, peliharalah lidah kami daripada dusta, fitnah, umpatan dan kata-kata yang sia-sia. Jadikanlah setiap tutur kata kami sebagai amal soleh yang Engkau redhai. Amin.

๐Ÿ’โ€โ™‚๏ธ"๐Š๐€๐Œ๐ˆ ๐“๐„๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€"๐Ÿ™‹Cuti di hujung minggu telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh komuniti KRT Jalan P11 F/21, Pre...
07/08/2026

๐Ÿ’โ€โ™‚๏ธ"๐Š๐€๐Œ๐ˆ ๐“๐„๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€"๐Ÿ™‹

Cuti di hujung minggu telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh komuniti KRT Jalan P11 F/21, Presint 11, Putrajaya, untuk berganding bahu bergotong-royong di kawasan kejiranan ini.

Seawal pagi, anggota komunit yang terdiri dari kalangan dewasa dan kanak-kanak telah berkumpul untuk bersama-sama menjalankan agenda pada pagi tersxebut.

Kawasan kejiranan dibersihkan agar tiada tempat yang berpotensi untuk air bertakung. Ini kerana ianya boleh mengundang nyamuk Aedes untuk bertelur dan membiak yang akhirnya mungkin menularkan virus denggi.

Semoga usaha sebegini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa terpelihara dari ancaman demam denggi.














Program Gotong-Royong Perdana Tahun 2026 Membasmi Aedes telah diadakan di Apartment 15-12B, Presint 15, Putrajaya, pada ...
07/08/2026

Program Gotong-Royong Perdana Tahun 2026 Membasmi Aedes telah diadakan di Apartment 15-12B, Presint 15, Putrajaya, pada hari Ahad, 2 Ogos 2026.

Pelaksanaannya adalah bertujuan untuk pembasmian tempat nyamuk aedes boleh membiak serta mendidik komuniti berkenaan dengan ancaman aedes dan denggi.

Program ini berjalan lancar dengan kerjasama di antara jawatankuasa KRT, Persatuan Penduruk, Surau An-Najihin, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Perbadanan Putrajaya, Pejabat Kesihatan W.P. Putrajaya dan SWCorp Malaysia.

Terima kasih kepada semua penduduk dan para petugas yang telah berganding bahu melaksanakan operasi pembersihan kawasan agar pembiakan nyamuk aedes di kawasan ini dapat dinoktahkan.














Address

Aras 8, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perpaduan W.P. Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share