Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata - TPPS

Call Directions Website Contact the organization

Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata - TPPS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata - TPPS, Government Organization, presint 4, Putrajaya.

Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata (TPPS) merupakan forum alternatif untuk menyelesaikan tuntutan di antara pembeli rumah dan pemaju serta tuntutan di antara pihak-pihak dalam pengurusan strata.

Puan Pengerusi TPPS telah menghadiri Bengkel Transformasi Awam, Strata, Penempatan Semula  dan Impak Dasar Perumahan Neg...
22/09/2026

Puan Pengerusi TPPS telah menghadiri Bengkel Transformasi Awam, Strata, Penempatan Semula dan Impak Dasar Perumahan Negara yang dianjurkan oleh Sekretariat All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) Malaysia yang diadakan mulai 21 hingga 22 September 2026 di Penang Marriot Hotel.

Pada 10 September 2026, KhamisPuan Pengerusi TPPS telah membuat kunjungan kepada YBrs. Dr Tan KP JPN bagi membincangkan ...
11/09/2026

Pada 10 September 2026, Khamis

Puan Pengerusi TPPS telah membuat kunjungan kepada YBrs. Dr Tan KP JPN bagi membincangkan berkaitan dengan Program Pemerkasaan COB di PBT Bil 2 Tahun 2026 dan jemputan TPPS sebagai penceramah di Forum tersebut bertajuk:
" Navigating Strata Tribunal Cases: Procedures Case Development & Legal Insights" yang juga turut dihadiri oleh Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Timbalan Pengerusi TPPS

21 Ogos 2026, JumaatTelah berlangsung Mesyuarat Presiden bagi Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di Bilik Baiduri TPPS. Se...
26/08/2026

21 Ogos 2026, Jumaat

Telah berlangsung Mesyuarat Presiden bagi Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di Bilik Baiduri TPPS. Seramai 20 orang Presiden telah hadir.

Puan Pengerusi TPPS telah memaklumkan bahawa mesyuarat ini merupakan platform terbaik bagi pihak pengurusan TPPS dan juga Presiden untuk bertukar-tukar fikiran serta memberi pandangan bagi mencapai KPI yang telah disasarkan serta mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan bersama.

MAJLIS PELUNCURAN DASAR PERUMAHAN NEGARA 2026Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS), Kementerian Perumahan dan ...
14/08/2026

MAJLIS PELUNCURAN DASAR PERUMAHAN NEGARA 2026

Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dijemput bagi menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Perumahan Negara 2026 yang berlansung di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2026.

TPPS telah diwakili oleh Puan Pengerusi, Puan Hajah Zalina binti Awang@Mamat bersama pegawai-pegawai. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Shamsul Azri bin Abu Bakar, Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar dan Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib.

Pihak TPPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur DRN 2026-2035 bertemakan "Pemerkasaan Kemanusiaan Dalam Perumahan" yang bakal menjadi pemacu baharu kepada hala tuju pembangunan sektor perumahan negara. DRN 2026-2035 menggariskan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan penyediaan perumahan yang lebih inklusif, mampan, berkualiti dan mampu dimiliki demi kesejahteraan rakyat.

TPPSZU juga telah dijemput mengadakan booth pameran di Town Hall Pembangunan Strata Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 anjur...
10/08/2026

TPPSZU juga telah dijemput mengadakan booth pameran di Town Hall Pembangunan Strata Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 anjuran Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

Pada: 2 Ogos 2026, Ahad
Tempat: Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang

TPPSZU telah dijemput mengadakan booth dan pameran di Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial: Dares@Komuniti P...
10/08/2026

TPPSZU telah dijemput mengadakan booth dan pameran di Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial: Dares@Komuniti Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Pada: 1 Ogos 2026
Bertempat: The Light Hotel, Pulau Pinang

MELAKA, 7 Ogos 2026 – Puan Pengerusi TPPS telah menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 di ...
10/08/2026

MELAKA, 7 Ogos 2026 – Puan Pengerusi TPPS telah menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 di Stadium Hang J***t, Melaka yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mengangkat tema “Landskap Lestari, Malaysia MADANI”, HLN 2026 memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI untuk membangunkan persekitaran yang lebih hijau, mampan, inklusif dan berdaya tahan, demi kesejahteraan rakyat.

Berlangsung dari 6 hingga 9 Ogos 2026, HLN 2026 menyasarkan kehadiran lebih 80,000 pengunjung menerusi pelbagai program dan aktiviti untuk segenap lapisan masyarakat.

Lebih istimewa, tahun ini mencatat sejarah apabila majlis perasmian HLN diadakan pada waktu malam buat pertama kali sejak diperkenalkan pada 1998, selain menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Penghasilan Perabot Terbanyak daripada Sisa Kayu dalam Tempoh Satu Hari (24 Jam).
Landskap lestari, ruang awam berkualiti, kehidupan lebih sejahtera.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh; Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu; Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib; YBhg. Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBrs. Tuan Mansor bin Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN); YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB serta pegawai-pegawai kanan KPKT, MBMB dan ribuan warga Melaka negeri bersejarah.

17 Julai 2026, Jumaat9.30 PagiTribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempat...
21/07/2026

17 Julai 2026, Jumaat
9.30 Pagi

Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Mesyuarat Presiden TPPR Bil.2/2026 bagi membincangkan isu-isu serta sebarang hal/perkara berbangkit sepanjang penjalanan prosiding tuntutan melibatkan kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Seramai 10 orang Presiden TTPR yang hadir termasuk 5 lantikan baru. Kehadiran ahli mesyuarat ini mencerminkan komitmen, kesungguhan dan menjadi platform untuk bertukar pandangan, menyelaras hala tuju dan memperkukuh peranan TPPS dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pihak TPPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Presiden TPPR atas Kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat berlansung.

PENYERTAAN TRIBUNAL PERUMAHAN DAN PENGURUSAN STRATA (TPPS) BERSEMPENA PAMERAN BUMI EXPO DI AEON SHAH ALAM PADA 6 HINGGA ...
13/07/2026

PENYERTAAN TRIBUNAL PERUMAHAN DAN PENGURUSAN STRATA (TPPS) BERSEMPENA PAMERAN BUMI EXPO DI AEON SHAH ALAM PADA 6 HINGGA 12 JULAI 2026

Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyertai Pameran Bumi Expo pada 6 hingga 12 Julai 2026 bertempat di AEON Shah Alam dengan membuka reruai pameran bagi mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Tribunal kepada Masyarakat.

Penyertaan TPPS telah disokong oleh pegawai-pegawai TPPS yang bertugas di reruai pameran bagi menyampaikan penerangan berkaitan pemfailan di Tribunal serta mempromosikan perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat khasnya kepada pembeli rumah dan pengurusan strata.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen TPPS dalam memberikan pendedahan dan penerangan melalui penyampaian maklumat berkaitan pemfailan di Tribunal KPKT samada di Tribunal Tuntutan Pemberi Rumah mahupun Tribunal Pengurusan Strata kepada Masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Pihak TPPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan Kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini

Pada 8 Julai 2026, RabuMajlis Penyampaian Watikah Pelantikan Presiden di TPPS yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Z...
13/07/2026

Pada 8 Julai 2026, Rabu

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Presiden di TPPS yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zulkeflee bin Sulaiman, TKSU (RK) kepada lima (5) orang Presiden baharu berkuatkuasa Julai 2026 hingga Jun 2029.

Address

Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata - TPPS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata - TPPS:

Shortcuts

Share