PMO Malaysia

PMO Malaysia Official page of Office of The Prime Minister Putrajaya, Malaysia.

Pejabat ini berperanan sebagai peneraju kepimpinan kerajaan Malaysia yang inovatif, cemerlang dan berintegriti bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

03/08/2026

Tahniah Amir Daniel kerana menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara judo di Sukan Komanwel!

Saudara membuktikan bahawa usaha, disiplin dan semangat juang mampu mencipta sejarah. Kita semua bangga! 🇲🇾🥇

03/08/2026
01/08/2026
01/08/2026

Sempena ulang tahun ke-13 MalaysiaGazette, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar terus menjadi wadah penyampaian maklumat yang berwibawa, berteraskan fakta, integriti dan profesionalisme.

Semoga terus menyumbang kepada pengukuhan demokrasi, menyuburkan wacana yang membina serta menjadi rakan strategik dalam usaha membangun Malaysia MADANI.

01/08/2026

Berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan sahabat lama, Rajmohan Gandhi, yang juga sejarawan dan cucu kepada Mahatma Gandhi.

Kami mengimbau kembali pertemuan dalam persidangan mengenai demokrasi di Asia yang beliau anjurkan di Mumbai pada 2012, di samping bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan sejarah dan ketamadunan Malaysia-India melalui kerjasama akademik, intelektual serta dialog antara tamadun.

Saya turut menjemput beliau berkunjung ke Malaysia pada suku pertama tahun hadapan untuk menyampaikan syarahan dan berkongsi pandangan mengenai demokrasi, keamanan, keharmonian serta kepimpinan berteraskan nilai bersama para ilmuwan, mahasiswa dan pemimpin masyarakat.

Semoga hubungan persahabatan yang telah lama terjalin ini terus diperkukuh.



01/08/2026

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan yang tinggi terhadap Imam Besar al Azhar al Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad...

01/08/2026

Saya menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan sahabat saya, Sheikh Rached Ghannouchi, yang kini berusia 84 tahun dan masih berada dalam tahanan di Tunisia, dengan rasa dukacita dan kebimbangan yang mendalam.

Lantaran itu, saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Presiden Republik Tunisia, Kais Saied, bagi memohon pertimbangan sewajarnya terhadap keadaan kesihatan dan faktor usia beliau, termasuk mempertimbangkan pembebasannya atas dasar ihsan dan belas kasihan.

Rayuan ini dibuat semata-mata atas pertimbangan kemanusiaan, dengan penuh hormat terhadap kedaulatan Republik Tunisia serta proses perundangan negara tersebut. Saya percaya nilai ihsan, belas kasihan dan maruah insan akan sentiasa menjadi pedoman dalam mendepani perkara ini.

Address

Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388888000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMO Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share