CGSO

CGSO Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan Keselamatan Perlindungan

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐˜๐๐‘๐’. ๐“๐”๐€๐ ๐€โ€™๐’๐’๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐‘๐€๐Œ๐‹๐ˆSeluruh warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kera...
16/08/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐˜๐๐‘๐’. ๐“๐”๐€๐ ๐€โ€™๐’๐’๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐‘๐€๐Œ๐‹๐ˆ

Seluruh warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Tuan Aโ€™ssri bin Ramli, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Selangor atas segala jasa, bakti dan khidmat cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bermula 1 April 1994 hingga 16 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan jasa beliau serta mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta dalam menempuh alam persaraan.

๐‘ƒ๐‘œโ„Ž๐‘œ๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘Ž ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”,
๐‘…๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘’๐‘‘๐‘ขโ„Ž ๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘’๐‘‘๐‘ขโ„Ž,
๐‘Š๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ข ๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”,
๐ฝ๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘‡๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘ ๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘™๐‘ข.

๐ต๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘ก๐‘– โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ข๐‘š ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘–,
๐‘€๐‘’๐‘˜๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘– ๐‘ก๐‘’๐‘๐‘– ๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘›,
๐‘‡๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘œ๐‘Ÿ๐‘–,
๐ท๐‘œ๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘–๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘›.

Ikhlas daripada:
Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan seluruh warga CGSO.










๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐“๐˜๐“ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐‘๐„๐๐”๐๐‹๐ˆ๐Š ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐‚๐‡๐ˆ๐๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐๐’๐”๐‹๐“๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐Ž๐๐„๐‹ ๐ƒ๐ˆ...
13/08/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐“๐˜๐“ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐‘๐„๐๐”๐๐‹๐ˆ๐Š ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐‚๐‡๐ˆ๐๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐๐’๐”๐‹๐“๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐Ž๐๐„๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐“๐€๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐๐„๐ˆ๐‰๐ˆ๐๐†
6 Ogos 2026 | Beijing, Republik Rakyat China โ€“ Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Keselamatan Personel (BKPs) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Datoโ€™ Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara CGSO dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing. Dalam kunjungan yang sama, delegasi CGSO turut melaksanakan Program Konsultasi Keselamatan Personel di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia, Beijing.
Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan keselamatan, khususnya dalam mengurangkan risiko pendedahan maklumat rasmi, rahsia rasmi dan maklumat sensitif Kerajaan kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Menerusi pendekatan pandu citra (coaching), khidmat nasihat turut diberikan kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia serta perwakilan Malaysia di sekitar Beijing berkaitan tatacara permohonan Tapisan Keselamatan melalui Sistem e-Vetting 3.0.
Program Konsultasi Keselamatan Personel di Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara merupakan usaha kerjasama strategik antara CGSO dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam memperkukuh aspek keselamatan personel dan perlindungan maklumat Kerajaan.
Delegasi CGSO diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Shaharuddin bin Muhammad, Pengarah Bahagian Keselamatan Personel (BKPs), serta diiringi Encik Mohammed Fadlee bin Mohammed Aris, Penolong Pengarah BKPs dan Encik Badrul Azha bin Azni, Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan, BKPs, CGSO, Jabatan Perdana Menteri.







๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ10 Ogos 2026 | Putrajaya โ€“ Majlis Pel...
10/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ

10 Ogos 2026 | Putrajaya โ€“ Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 Peringkat Jabatan Perdana Menteri telah berlangsung pada jam 9.20 pagi di Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, menyuburkan rasa cinta akan negara serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai kenegaraan dalam kalangan warga Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, pelaksanaan program ini menjadi wadah untuk memperkukuh perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan warga kerja, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghormati serta memartabatkan Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan dan identiti negara.

Pelaksanaan majlis ini turut mencerminkan sokongan Jabatan Perdana Menteri terhadap Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 yang bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€.

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) turut memeriahkan majlis ini dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Mohd Najib bin Surip, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (Dasar), Pengarah-Pengarah Bahagian serta warga kerja CGSO.








๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐‰๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‰๐ˆ ๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐…๐ˆ๐™๐ˆ๐Š๐€๐‹, ๐๐€๐๐‚๐€๐ˆ๐๐ƒ๐„๐‘๐€ & ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ (๐”๐…๐๐Š)KAJANG, 7 Ogos 2026 - Pejaba...
07/08/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐”๐‰๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‰๐ˆ ๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐…๐ˆ๐™๐ˆ๐Š๐€๐‹, ๐๐€๐๐‚๐€๐ˆ๐๐ƒ๐„๐‘๐€ & ๐Š๐„๐‚๐„๐‘๐†๐€๐’๐€๐ (๐”๐…๐๐Š)

KAJANG, 7 Ogos 2026 - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah mengadakan Kursus Pentauliahan Ketua Penguji dan Penguji bagi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) bertempat di dua lokasi utama iaitu Dewan MAKSAK, Putrajaya bagi sesi dua hari pertama dan Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada hari terakhir.

Kursus ini dianjurkan khas bertujuan memastikan semua Ketua Penguji dan Penguji yang dilantik mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran, serta kefahaman yang kukuh dan mencukupi. Ini penting bagi memastikan pelaksanaan tugas mengikut tatacara serta prosedur UFPK yang telah ditetapkan. Selain itu, pendedahan ini turut dipanjangkan kepada para Penazir yang terpilih bagi tujuan penaziran ke atas perjalanan UFPK di seluruh pusat ujian.

Pelaksanaan program sepanjang tiga hari ini telah membabitkan penyertaan seramai 84 orang Ketua Penguji dan Penguji, 14 orang Penazir serta 3 orang Penceramah Jemputan.








๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ข๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฃBahagian Penyelarasan dan Korporat, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malay...
06/08/2026

๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ข๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฃ

Bahagian Penyelarasan dan Korporat, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mempelawa kepada calon yang berkelayakan dan berminat, menghantar permohonan tersebut melalui e-mel [email protected] selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2026.








03/08/2026

๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐Œ๐€๐ | ๐’๐„๐’๐ˆ ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐—๐•๐ˆ๐ˆ

Rangkuman detik penuh bermakna Sesi Waktu Keluar Terakhir YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Ke-XVII pada 31 Julai 2026.

Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti. Selamat bersara dan selamat melangkah ke lembaran baharu.

๐’๐„๐’๐ˆ ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐—๐•๐ˆ๐ˆPUTRAJAYA, 31 Julai 2026 โ€“ YBrs. Tuan W.Husbi bin ...
03/08/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐—๐•๐ˆ๐ˆ

PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 โ€“ YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Ke-XVII telah menyempurnakan Sesi Waktu Keluar Terakhir beliau di Lobi Utama, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana.

Sebelum itu, beliau telah menyerahkan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan kepada YBrs. Tuan Mohd Najib bin Surip, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (Dasar) sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab dan kesinambungan pentadbiran CGSO.

Sesi Waktu Keluar Terakhir tersebut menjadi detik penuh bermakna yang menandakan berakhirnya secara rasmi khidmat beliau sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Ke-XVII. Turut hadir, barisan Pengarah Bahagian, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri serta warga CGSO bagi bersama-sama menyaksikan detik bersejarah tersebut sebagai tanda penghargaan atas kepimpinan, jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang menerajui CGSO.

Seluruh warga CGSO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd atas segala jasa, sumbangan dan kepimpinan yang telah dicurahkan. Selamat bersara dan semoga terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kebahagiaan dalam menempuh lembaran baharu kehidupan.










31/07/2026

๐‘๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐‚๐†๐’๐Ž

Seuntai kenangan, sejuta penghargaan.

Sorotan istimewa yang merakam detik-detik bermakna sepanjang Majlis Perjumpaan Khas Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bersama Warga CGSO, yang bukan sahaja mengukuhkan semangat kebersamaan warga kerja, malah menjadi medan menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi dan integriti.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan. Semoga legasi yang ditinggalkan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga CGSO.






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€...
31/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

PUTRAJAYA, 30 Julai 2026 โ€“ Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Khas Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bersama Warga CGSO yang berlangsung di Dewan MAKSAK, Presint 14, malam tadi.

Majlis tersebut diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kebersamaan serta menyampaikan pesanan kepimpinan kepada seluruh warga CGSO. Program ini turut menjadi wadah untuk menghargai komitmen dan dedikasi seluruh warga kerja dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta memastikan kecemerlangan organisasi terus diperkukuh.

Majlis ini turut menjadi platform untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan kepada YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Zakaria @ Abdul Hamid, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, serta YBrs. Tuan Aโ€™ssri bin Ramli, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Selangor sempena persaraan mereka. Pengiktirafan ini diberikan sebagai tanda penghargaan atas kepimpinan, komitmen, jasa dan sumbangan yang telah banyak mencorakkan kecemerlangan serta memperkukuh perkembangan CGSO sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.








๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡-๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐, ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ...
31/07/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡-๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐, ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PUTRAJAYA, 30 Julai 2026 โ€“ Mesyuarat Pengarah-Pengarah Keselamatan Kerajaan Bilangan 3 Tahun 2026, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan ini memberi tumpuan kepada penyelarasan hala tuju strategik, pengukuhan tadbir urus serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan CGSO selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan nilai-nilai H.E.M.A.T.

Kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pengarah-Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri amat dihargai dalam memastikan kelancaran mesyuarat. Selain itu, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) turut membentangkan Mekanisme Pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) Perkhidmatan Awam yang bakal mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2026, di samping memberi peringatan mesra berhubung penyempurnaan Penilaian Pertengahan Tahun Modul MyPerformance 2026.

Melalui pertemuan ini, sinergi padu seluruh barisan kepimpinan CGSO diharapkan dapat memperkukuh pematuhan Arahan Keselamatan, kecekapan tadbir urus serta kesiapsiagaan Keselamatan Perlindungan di peringkat Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kepentingan negara.








Address

Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana
Putrajaya
62520

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CGSO:

Shortcuts

Share