JBSNegara

JBSNegara Platform media sosial rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi berkongsi maklumat dan info.

01/08/2026

Luar biasa! The Pocket Rocketman kebanggaan Malaysia! ๐Ÿš€

Datoโ€™ Azizulhasni Awang mencipta sensasi di bumi Glasgow apabila muncul juara acara keirin menewaskan Leigh Hoffman dari Australia dan Harry Ledingham dari England. ๐Ÿ

Kejayaan luar biasa ini menamatkan penantian panjang di pentas Sukan Komanwel sekaligus membutirkan emas ketujuh kontinjen Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tahniah dan syabas dari seluruh keluarga JBSN! ๐Ÿซก

Kita Semua Team MAS, JBSN Komited ๐Ÿ’ช



Sumber: RTM - Radio Televisyen Malaysia

KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Dari Singapura ke Pulau Mutiara - sebuah perjalanan yang berakhir dengan seribu makna! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌProgram โ€œMalaysia โ€“ Singapor...
01/08/2026

Dari Singapura ke Pulau Mutiara - sebuah perjalanan yang berakhir dengan seribu makna! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ

Program โ€œMalaysia โ€“ Singapore Youth Leaders Exchange Programme (MSYLEP) 2026โ€ melabuhkan tirainya selepas menghimpunkan 40 pemimpin muda dari kedua-dua buah negara bermula 26 Julai lepas di Singapura. ๐Ÿ

Bukan sekadar program pertukaran pemimpin belia, tetapi sebuah perjalanan yang membina persefahaman, mengukuhkan persahabatan dan mencipta kenangan yang akan terus mekar. ๐Ÿ“ธ

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol dengan diringi oleh TKP (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff di Raia Inn Penang, Bayan Lepas. ๐Ÿ“

Terima kasih dan syabas kepada semua peserta, urus setia serta rakan strategik yang menjayakan MSYLEP 2026 - jumpa lagi di edisi akan datang! โœจ

Kenangan tercipta, JBSN komited ๐Ÿ’ช๐Ÿป



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

30 peserta. 3 hari. Satu pengalaman baharu di udara! ๐Ÿš€Kursus Asas Paramotor Siri 2 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 anjur...
01/08/2026

30 peserta. 3 hari. Satu pengalaman baharu di udara! ๐Ÿš€

Kursus Asas Paramotor Siri 2 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 anjuran JBSN dengan kerjasama Kelab Sukan Paramotor Jomfly telah berlangsung pada 29 hingga 31 Julai 2026 di Amverton Cove Golf & Island Resort, Kuala Langat. ๐Ÿ

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan ilmu asas paramotor merangkumi teori penerbangan, pengendalian peralatan, prosedur keselamatan serta latihan praktikal. ๐Ÿ“

Kemuncaknya, mereka turut berpeluang merasai
pengalaman terbang bersama juruterbang bertauliah โ€” satu pengalaman yang pastinya sukar dilupakan. ๐Ÿงญ

Semoga ilmu, kemahiran dan keberanian yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus meneroka dunia sukan rekreasi udara serta melahirkan lebih ramai penggiat sukan udara yang berkemahiran, berdisiplin dan mengutamakan keselamatan. ๐Ÿฆบ

Terbang tinggi, JBSN komited ๐Ÿ’ช



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Suara Belia - Suara Keramat Akar Umbi Corak Masa Depan Negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พProgram Kembara ฤฐnspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Perin...
31/07/2026

Suara Belia - Suara Keramat Akar Umbi Corak Masa Depan Negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Program Kembara ฤฐnspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Sembilan 2026 mencipta fenomena tersendiri dengan kehadiran YAB Datoโ€™ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Dickson. ๐Ÿ

Menerusi platform yang disediakan, belia setempat berpeluang mendengar perkongsian oleh YAB Perdana Menteri di samping berdialog bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. ๐Ÿ’ญ

Program turut diisi dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuklah khidmat komuniti kesukarelawanan belia, jejak prihatin, promosi belia berpersatuan oleh ROY, jualan Rahmah MADANI, penukaran minyak enjin motosikal dan banyak lagi. ๐Ÿ“

Turut hadir, Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN serta Encik Ahmad Syarifuddin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan. ๐Ÿ˜ฌ

Semoga semangat yang dicetuskan menerusi KIBAR akan terus menyemarakkan gerakan belia aktif, progresif dan berdaya saing. โšก๏ธ

Menggerak Belia MADANI, JBSN Komited ๐Ÿ’ช



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sebagai tanda penghargaan kepada wira-wira negara yang telah berkorban demi ...
31/07/2026

Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sebagai tanda penghargaan kepada wira-wira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Terima kasih kepada seluruh perwira negara atas segala jasa, pengorbanan dan bakti yang dicurahkan. ๐Ÿ˜˜

Pengorbanan kalian menjadi inspirasi buat generasi hari ini dan akan terus terpahat dalam lipatan sejarah negara. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Demi Malaysia, JBSN Komited! ๐Ÿ’ช๐Ÿป



Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Hari Kedua: Belajar daripada alam, diperkaya dengan budaya, dieratkan melalui persahabatan. ๐ŸŒณMeneroka Warisan Alam โ›ฐ๏ธโœ… P...
31/07/2026

Hari Kedua: Belajar daripada alam, diperkaya dengan budaya, dieratkan melalui persahabatan. ๐ŸŒณ

Meneroka Warisan Alam โ›ฐ๏ธ
โœ… Para peserta meneroka Penang Hill Biosphere Reserve bersama NatureWalks, sambil menimba ilmu mengenai biodiversiti, ekosistem serta kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar demi kelestarian masa hadapan.

Menghayati Keindahan The Habitat Penang Hill ๐Ÿ•Š๏ธ
โœ… Pengembaraan diteruskan di The Habitat Penang Hill di mana para peserta menikmati keindahan hutan hujan tropika, menyusuri denai alam semula jadi serta mendalami kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Mini Explorace โ€“ Budaya Bertemu Keseronokan ๐Ÿงญ
โœ… Daripada permainan tradisional Batu Seremban hinggalah aktiviti menganyam ketupat, para peserta berpeluang mengenali warisan budaya Malaysia sambil menyahut pelbagai cabaran yang menguji kreativiti, komunikasi dan semangat berpasukan.

"Malaysia - Singapore Youth Leaders Exchange Programme (MSYLEP) 2026" โ€” mencipta kenangan, membina persahabatan, merapatkan hubungan Malaysia dan Singapura. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ

Kenangan Tercipta, JBSN Komited ๐Ÿ’ช



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Pengumuman Terkini: YAB Perdana Menteri akan Sertai KIBAR Negeri Sembilan! โš ๏ธAyuh belia Negeri Sembilan, ini masa anda! ...
31/07/2026

Pengumuman Terkini: YAB Perdana Menteri akan Sertai KIBAR Negeri Sembilan! โš ๏ธ

Ayuh belia Negeri Sembilan, ini masa anda! Jom sertai Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธ : 31 Julai 2026 (Jumaat)
โฐ : Mulai 3.00 petang
๐Ÿ“ : Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Dickson
๐Ÿ’ญ : YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mendengar perkongsian, idea dan aspirasi secara dekat bersama YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Belia dan Sukan. ๐ŸŽ™๏ธ

Ini masa dan platform buat anda untuk berinteraksi seterusnya memperkasa suara serta potensi belia akar umbi. ๐Ÿ”‹

Menggerak Belia, JBSN Komited ๐Ÿ’ช



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

31/07/2026

Kita semua perlu bersatu hati, satu haluan demi pemerkasaan pembangunan belia dan sukan. ๐Ÿš€

Jabatan Belia dan Sukan Negara sedia berkhidmat! ๐Ÿซก

Demi belia dan sukan, JBSN komited ๐Ÿ’ช

Tahniah dan syabas kepada 103 jiwa JBSN yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 30 Julai 2026 di ...
31/07/2026

Tahniah dan syabas kepada 103 jiwa JBSN yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 30 Julai 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). ๐ŸŽ–๏ธ

Pengiktirafan ini bukan sekadar menghargai prestasi, tetapi menjadi bukti kepada komitmen, dedikasi dan semangat yang tidak pernah luntur dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta memartabatkan agenda pembangunan belia dan sukan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBSN untuk terus melakar kecemerlangan, berkhidmat dengan penuh integriti dan mengangkat nama jabatan ke tahap yang lebih gemilang. ๐Ÿš€

Hari ini hari anda, JBSN komited ๐Ÿ’ช



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Jelajah Rakan Muda - Citarasa Terkini Anak Muda! ๐Ÿ”ฅโšก๏ธMenteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari hadir menyert...
30/07/2026

Jelajah Rakan Muda - Citarasa Terkini Anak Muda! ๐Ÿ”ฅโšก๏ธ

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari hadir menyertai program Jelajah Rakan Muda di sekitar daerah Rembau. ๐Ÿ

Antara pengisian utama program adalah sesi bual bicara santai bersama anak muda di Buana Kita Pedas bagi mendengar dan berkongsi aspirasi belia setempat. ๐Ÿ’ฌ

Turut hadir, Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syarifuddin Sarmin. ๐Ÿš€

Jelajah ini bukan sekadar program, tetapi gerakan untuk melahirkan generasi belia dan sukan yang progresif, inklusif dan berdaya tahan demi masa depan Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Terbaik jang, JBSN komited ๐Ÿ’ช๐Ÿป



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Address

Wilayah Persekutuan
Putrajaya
62570

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60388713000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JBSNegara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JBSNegara:

Shortcuts

Share