Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri Laman Facebook Rasmi Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri.

15/08/2026
SIMPANG PERTANG, 10 Ogos – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan Majlis Lawat...
11/08/2026

SIMPANG PERTANG, 10 Ogos – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan Majlis Lawatan Tapak dan Penyerahan Kerja sempena Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin Satu Kampung 2026 di FELDA Pasoh 4, di sini hari ini.

Majlis penuh bermakna tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria.

Pelaksanaan program ini berteraskan pendekatan Satu Pemimpin Satu Kampung bagi menjayakan objektif teras Kerajaan MADANI dalam mengoptimumkan potensi tempatan serta memartabatkan keupayaan masyarakat. Langkah proaktif ini diyakini mampu memberi impak positif yang nyata terhadap kualiti hidup dan kesejahteraan sosioekonomi penduduk setempat.

Menerusi penyerahan tapak kerja baharu ini, BKSF, JPM memberi penekanan khusus terhadap pemantauan ketat di lapangan bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut skop, spesifikasi, dan standard piawaian yang telah ditetapkan demi keselamatan serta keselesaan warga FELDA Pasoh 4.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah FELDA Wilayah Raja Alias, Encik Mohamad Nazri bin Jamaludin, pegawai-pegawai BKSF, JPM, pegawai-pegawai FELDA dan FIC IPM, serta barisan kepimpinan tempatan dan wakil komuniti setempat.



PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA – MEMBINA SAHSIAH UNGGUL BELIA NEGARA SMK DESA KENCANALAHAD DATU, 6 Ogos 2026 – Seksyen Koo...
08/08/2026

PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA – MEMBINA SAHSIAH UNGGUL BELIA NEGARA SMK DESA KENCANA

LAHAD DATU, 6 Ogos 2026 – Seksyen Koordinasi dan Komuniti Bahagian Kawal FELDA Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pihak Sekolah SMK Desa Kencana telah menganjurkan Program Semarak MADANI FELDA: Membina Sahsiah Unggul Belia Negara FELDA Wilayah Sahabat . Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Kawal Selia FELDA ,Jabatan Perdana Menteri (BKSF,JPM).

Dalam ucapan beliau menekankan kepentingan membentuk sahsiah yang baik dalam diri golongan pelajar sebagai persediaan untuk menjadi generasi yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Para pelajar turut diseru agar sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri, menghargai peluang pendidikan serta menjauhi gejala sosial yang boleh menjejaskan masa depan.

Program ini telah diadakan di Dewan Seri Meranti, SMK Desa Kencana dengan penglibatan daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.

Sepanjang program berlangsung pelajar telah mengikuti tiga slot ceramah yang menyentuh aspek kenegaraan, pembentukan akhlak dan pencegahan gejala sosial. Dalam slot pertama berkaitan kenegaraan “Membina Negara Bangsa” disampaikan oleh Encik Sudirman bin Katani dari BKSF,JPM diikuti ceramah “Akhlak Mulia Benteng Gejala Sosial” oleh Ustaz Mohd Fazil bin Dullahit dari FELDA seterusnya ceramah “Buli Bukan Senda, Tetapi Jenayah” oleh Insp Sherly binti Simon dari JSJ IPD Lahad Datu.

Pengisian yang disampaikan diharap dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan membina peribadi yang positif, menghormati antara satu sama lain serta memahami tanggungjawab sebagai generasi pewaris bangsa.




Lahad Datu, 5 Ogos 2026 – YBhg. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF),...
08/08/2026

Lahad Datu, 5 Ogos 2026 – YBhg. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai BKSF telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Jarlina binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Komuniti, Pengurusan, Tanah dan Pembangunan Ekonomi, FELDA, bertempat di Pejabat FELDA Wilayah Sahabat.

Kunjungan hormat ini menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan strategik, mempererat jalinan kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan perkara-perkara yang berkepentingan bersama.

Pertemuan ini turut disertai bersama oleh Pengurus -Pengurus Felda di Wilayah Sahabat, Ketua Peneroka dan Penerokawati FELDA Wilayah Sahabat serta pemgurusan dari FGV dan FIC IPM. Program seumpana ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kerjasama antara BKSF dan FELDA ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berkesan.




Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026Terima kasih atas jasa dan bakti kepada semua pahlawan pahlawan negara walau di mana...
31/07/2026

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026

Terima kasih atas jasa dan bakti kepada semua pahlawan pahlawan negara walau di mana anda semua sedang berada

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PUSAT HEMODIALISIS FELDA TELOI KANANKUALA KETIL, 30 Julai 2026 – Timbalan Setiausaha Bahagian ...
30/07/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PUSAT HEMODIALISIS FELDA TELOI KANAN

KUALA KETIL, 30 Julai 2026 – Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan dan Komuniti), Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) YBrs. Puan Alita binti Abu telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Hemodialisis FELDA Teloi Kanan bagi meninjau perkembangan terkini projek menaik taraf pusat hemodialisis tersebut serta menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti sebelum memulakan operasi.

Lawatan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada BKSF, JPM, Pegawai FELDA, Pegawai Yayasan FELDA serta pihak FIC bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan projek, penyediaan kemudahan, pemasangan peralatan perubatan dan tindakan susulan yang diperlukan sebelum pusat berkenaan beroperasi.

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Pusat Hemodialisis FELDA di FELDA Teloi Kanan, Wilayah Alor Setar telah mencapai 100 peratus kemajuan fizikal, menandakan semua kerja pembinaan dan naik taraf telah disiapkan mengikut skop yang ditetapkan.

Antara skop utama projek yang telah disempurnakan ialah kerja-kerja menaik taraf bangunan pusat hemodialisis, pembekalan perabot dan peralatan serta pemasangan mesin hemodialisis dan peralatan berkaitan bagi menyediakan kemudahan rawatan yang selesa dan berkualiti kepada no pesakit.

PHF berkenaan masih dalam proses mendapatkan kelulusan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sebelum dibenarkan beroperasi sepenuhnya. Bagi tujuan tersebut, dokumen maklum balas kepada CKAPS sedang disediakan. Proses Pengujian dan Pentauliahan (T&C) akan dilaksanakan sebaik sahaja kelulusan CKAPS diterima.

Dalam lawatan tersebut, Puan Alita binti Abu turut menekankan kepentingan memastikan semua keperluan teknikal, pengurusan dan operasi dipenuhi mengikut piawaian yang ditetapkan agar pusat hemodialisis ini dapat beroperasi dengan lancar serta memberi manfaat kepada pesakit khususnya warga FELDA dan masyarakat sekitar.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan BKSF, JPM dalam memantau pelaksanaan projek pembangunan agar setiap kemudahan yang disediakan memenuhi standard yang ditetapkan serta mampu meningkatkan akses komuniti FELDA kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.



30/07/2026

PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA - MEMBINA SAHSIAH UNGGUl BELIA NEGARA SMK TELOI KANAN

PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA - MEMBINA SAHSIAH UNGGUL BELIA NEGARA SMK TELOI KANANKUALA KETIL, 30 Julai 2026 – Seramai 2...
30/07/2026

PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA - MEMBINA SAHSIAH UNGGUL BELIA NEGARA SMK TELOI KANAN

KUALA KETIL, 30 Julai 2026 – Seramai 250 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan telah menyertai Program Semarak MADANI FELDA: Membina Sahsiah Unggul Belia Negara, anjuran Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) dengan kerjasama pihak sekolah. Program ini bertujuan memperkukuh pembentukan sahsiah, jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM).

Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria menekankan bahawa pembinaan sahsiah yang unggul perlu dipupuk sejak di bangku sekolah bagi melahirkan generasi muda yang berintegriti, berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai semangat cintakan negara. Beliau turut memberikan semangat kepada para pelajar supaya sentiasa berusaha dalam memajukan diri dan jangan mudah berputus asa dalam menimba ilmu serta menjauhi gejala sosial yang boleh menjejaskan masa depan. Secara tidak langsung ia akan membantu meningkatkan taraf hidup keluarga serta memberikan rasa bangga kepada ibu dan ayah.

Sepanjang program, para pelajar mengikuti tiga slot utama yang memberi penekanan kepada aspek pembangunan sahsiah dan kesejahteraan diri, iaitu Ceramah Kenegaraan, Ceramah Pencegahan Dadah dan Ceramah Dakwah. Pengisian tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai warganegara, bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan menghayati nilai-nilai agama dan akhlak dalam membentuk peribadi yang cemerlang.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan pembentukan karakter dan kepimpinan, malah menjadi platform untuk menyemai semangat perpaduan, tanggungjawab sosial serta nilai murni yang menjadi asas kepada pembangunan modal insan berkualiti.

Turut hadir adalah Encik Mohd Hafiz bin Hasyim, Wakil Pengarah FELDA Wilayah Alor Setar, YBrs Encik Yusof bin Ismail,Pegawai Pendidikan Daerah Baling, YBrs Puan Norhayati binti Majid, pemangku Pengetua SMK Teloi Kanan, Encik Shahrul Nizan bin Othman, Yang Dipertua PIBG SMK Teloi Kanan, Ustaz Rosman bin Mat, Penolong Pegawai Agama Bandar Bharu dan Puan Noor Ashikin binti Mohd Ariffin Penolong Pegawai AADK Daerah Baling.



MENEROKA POTENSI PENDIDIKAN TVET PERKASA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KOMUNITI FELDAJEMPOL, 28 Julai – Bahagian Kawal Selia ...
29/07/2026

MENEROKA POTENSI PENDIDIKAN TVET PERKASA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KOMUNITI FELDA

JEMPOL, 28 Julai – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan Program Meneroka Potensi Pendidikan TVET di Kolej Yayasan FELDA Negeri Sembilan (KYFNS) bagi memperkukuh kefahaman mengenai peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu pembangunan modal insan berkemahiran tinggi serta menyokong aspirasi sosioekonomi komuniti FELDA.

Delegasi telah diketuai oleh Setiausaha Bahagian, YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, bersama 60 warga kerja BKSF, JPM.

Program dimulakan dengan taklimat Meneroka Potensi Pendidikan TVET di KYFNS yang memberi penerangan mengenai hala tuju program pengajian dan peluang kerjaya yang ditawarkan kepada pelajar menerusi pendidikan TVET. Peserta turut berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan Garlic Bread & Mushroom Soup sebagai salah satu pengisian yang mempamerkan kemahiran praktikal pelajar dalam bidang kulinari.

Peserta kemudiannya dibawa meninjau kemudahan pembelajaran dan latihan menerusi sesi Eksplorasi Pengoperasian Program dan Kemudahan TVET KYFNS, sekali gus memberi gambaran menyeluruh mengenai ekosistem latihan yang disediakan bagi melahirkan graduan berkemahiran, kompeten dan memenuhi keperluan industri.

Dalam ucapan penutup, YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria menegaskan bahawa TVET merupakan antara agenda penting negara dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu meningkatkan daya saing ekonomi serta memperkukuh kesejahteraan komuniti FELDA. Beliau turut berharap agar lebih ramai generasi muda memilih laluan TVET sebagai platform untuk membina kerjaya yang mampan dan berdaya saing.

Program ini mencerminkan komitmen BKSF, JPM dalam menyokong usaha memperkasakan pendidikan TVET sebagai pemangkin pembangunan modal insan dan peningkatan taraf sosioekonomi warga FELDA selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut sama adalah Pengurus Besar Yayasan Felda, Puan Izyani Abdul Rahim, diiringi Pengurus Kanan Latihan dan Akademik KYFNS, Encik Mohamad Rizam Hussin, serta barisan pengurusan kolej.



Address

Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share