Kementerian Ekonomi

Kementerian Ekonomi Laman Facebook Rasmi Kementerian Ekonomi
(2)

๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐™๐จ๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง...
25/08/2026

๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐™๐จ๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi, telah diberikan taklimat khas mengenai status terkini pelaksanaan Zon Pelaburan Khas Pelancongan (Special Tourism Investment Zones, STIZ) oleh Bahagian Industri Perkhidmatan, Kementerian Ekonomi.

Objektif perbincangan ini adalah untuk memperkemaskan inisiatif STIZ sebagaimana yang digariskan di dalam dokumen Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030.

Langkah strategik ini akan dilaksanakan melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak swasta, untuk menggalakkan pembangunan produk pelancongan baharu, selari dengan usaha lain untuk membangunkan pelancongan lestari serta memanfaatkan aset seni, budaya dan warisan di Malaysia sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.



Malaysia bukan sekadar mahu menjadi lokasi pelaburan teknologi. Kita mahu membina keupayaan tempatan, mencipta pekerjaan...
25/08/2026

Malaysia bukan sekadar mahu menjadi lokasi pelaburan teknologi. Kita mahu membina keupayaan tempatan, mencipta pekerjaan bernilai tinggi dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui penguasaan teknologi masa hadapan.

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran di bawah Kerjasama Strategik Malaysia dan Arm Limited โ€” satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh bakat serta ekosistem semikonduktor negara.

Kerjasama strategik ini membuka akses kepada teknologi pengkomputeran bernilai tinggi, termasuk reka bentuk litar bersepadu (IC), pembangunan harta intelek (IP), R&D dan teknologi termaju.

Sehingga kini:
๐Ÿ”น 8 akses teknologi Arm telah diluluskan tawaran kepada syarikat tempatan
๐Ÿ”น 1,530 peserta telah mengikuti latihan ARM On-Demand Training
๐Ÿ”น Sasaran 10,000 jurutera terlatih dalam tempoh empat tahun, dengan sasaran 2,500 peserta pada tahun 2026
๐Ÿ”น Turut melibatkan kerjasama dengan 12 universiti serta kementerian dan agensi berkaitan.

Pada 21 Ogos 2026, token akses kepada teknologi Arm turut diberikan kepada Oppstar Technology Sdn. Bhd. dan Alphaswift Industries Sdn. Bhd.

Ini akan membuka laluan kepada penglibatan syarikat tempatan dalam aktiviti front-end semikonduktor yang lebih bernilai tinggi.

Matlamatnya adalah untuk membina lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi, menawarkan gaji dan pendapatan yang lebih baik serta meningkatkan nilai yang kekal dalam ekonomi negara.

Hasrat kita menjelang 2030, produk cip dan IP โ€œMade by Malaysiaโ€ akan ke pasaran global. Insha Allah.






Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026MSempena Maulidur Rasul, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi meng...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M

Sempena Maulidur Rasul, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi mengajak semua agar meneladani akhlak dan kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan amanah, keadilan dan kesejahteraan.

Pembangunan ekonomi yang mampan bukan sekadar diukur melalui pertumbuhan, tetapi turut mencerminkan kesejahteraan serta kemajuan ummah.

Semoga nilai amanah, keadilan dan ihsan yang diajarkan Rasulullah SAW terus menjadi asas dalam membangunkan ekonomi yang inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H. ๏ทบ




Salam Maulidur Rasul ๏ทบ | 12 Rabiulawal 1448HSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Sempena sambutan...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ๏ทบ | 12 Rabiulawal 1448H

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, sunnah dan akhlak mulia Baginda sebagai pedoman dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati, berintegriti dan penuh kasih sayang.

โœจ โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Ikhlas daripada seluruh warga Kementerian Ekonomi.


๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ข๐๐Ž๐‚ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ขSistem ๐˜•๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ (๐˜ช๐˜•๐˜–๐˜Š) merupakan sistem yang dibangunkan d...
24/08/2026

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ข๐๐Ž๐‚ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข

Sistem ๐˜•๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ (๐˜ช๐˜•๐˜–๐˜Š) merupakan sistem yang dibangunkan di Kementerian Ekonomi yang merekod status Permohonan Notis Perubahan atau ๐˜•๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ (๐˜•๐˜–๐˜Š) bagi projek-projek pembangunan negara.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan sistem pentadbiran awam yang tangkas, selamat, dan mesra pengguna, Bengkel Pemantapan Sistem iNOC 2.0 Kementerian Ekonomi telah ini diadakan dari 19 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di Bilik Jamuan, Aras 8, Menara Prisma.

Bengkel ini bertujuan memperkemas reka bentuk fungsi, meneliti permohonan perubahan ke atas system atau ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฒ๐˜ถ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต (๐˜Š๐˜™) yang diterima, serta menjajarkan fungsi sistem terhadap visi masa hadapan digital Kementerian.



๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‘๐‚๐ˆ ๐“๐‡: ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐Š๐„๐‹๐Ž๐‹๐€ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐˜๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐Ž๐Œ๐„๐๐“๐”๐Œ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ...
24/08/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€

๐‘๐‚๐ˆ ๐“๐‡: ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐Š๐„๐‹๐Ž๐‹๐€ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐˜๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐Ž๐Œ๐„๐๐“๐”๐Œ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ

๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ
๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐’๐€๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“: ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi bagi Ogos 2026 telah ber...
22/08/2026

๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐’๐€๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“: ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐

Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi bagi Ogos 2026 telah berlangsung pada 21 Ogos yang mengetengahkan tema โ€œEkonomi yang Dirasai Rakyat: Membina Rantaian Pendapatanโ€.

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Menteri Ekonomi melalui ucapannya menekankan kefahaman bersama mengenai kedudukan ekonomi semasa serta hala tuju Kementerian dalam memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, produktiviti dan pendapatan yang lebih baik untuk rakyat.

Walaupun pertumbuhan KDNK kekal kukuh pada 6.0% bagi suku kedua 2026 dan inflasi pengguna terkawal pada 1.8% pada Julai, tekanan kos input serta realiti perbelanjaan isi rumah kekal menjadi cabaran yang perlu ditangani secara berterusan.

Seiring aspirasi RMK13, pendekatan Kementerian memberi penekanan kepada pembinaan bakat, hubungan antara produktiviti dan gaji serta mobiliti sosial. Kejayaan pembangunan tidak hanya diukur melalui pelaksanaan program, tetapi melalui hasil yang boleh dirasai dan diukur melalui pekerjaan, kemahiran serta peningkatan pendapatan rakyat.

Melalui budaya kerja berteraskan kesegeraan, kerjasama merentas silo serta pendekatan berorientasikan hasil, Kementerian Ekonomi terus komited memastikan setiap dasar dan intervensi membawa nilai yang lebih besar kepada rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara.



๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐€๐–๐€๐Œ, ๐๐„๐’๐€๐‘๐€ ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐†๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐‡๐ˆ๐๐†๐†๐€ ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐๐„๐‘๐€๐“๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐†๐ˆ๐€๐๐“ ๐ƒ๐„๐’๐“๐ˆ๐๐€ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€
21/08/2026

๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐€๐–๐€๐Œ, ๐๐„๐’๐€๐‘๐€ ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐๐Ž๐“๐Ž๐๐†๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐‡๐ˆ๐๐†๐†๐€ ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐๐„๐‘๐€๐“๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐†๐ˆ๐€๐๐“ ๐ƒ๐„๐’๐“๐ˆ๐๐€ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€

๐Ÿ”ด [SIARAN LANGSUNG]Perjumpaan YB Menteri Ekonomi Bersama Warga Kementerian Ekonomi bersempena Perhimpunan Bulanan.Saksik...
21/08/2026

๐Ÿ”ด [SIARAN LANGSUNG]

Perjumpaan YB Menteri Ekonomi Bersama Warga Kementerian Ekonomi bersempena Perhimpunan Bulanan.

Saksikan siaran langsung sesi perjumpaan YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi bersama warga Kementerian Ekonomi menerusi Facebook rasmi Kementerian Ekonomi di pautan berikut:

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆSaksikan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi yang akan disempur...
20/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ

Saksikan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi yang akan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.

๐Ÿ—“ 21 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•— 8.30 pagi
๐Ÿ“ Bilik Seminar, Aras G

๐ˆ๐ค๐ฎ๐ญ๐ข ๐ฌ๐ข๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข:

Facebook: Kementerian Ekonomi
TikTok: .my
YouTube:

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti amanat serta perkongsian terkini berkaitan hala tuju dan inisiatif Kementerian Ekonomi.

Address

Tingkat 11 Menara Prisma No. 26, Persiaran Perdana Presint 3
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Ekonomi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Ekonomi:

Shortcuts

Share